Hasad Dengki Dan Ilmu Sihir

Salam Pada Semua Pembaca IIUM.

Tak pernah hayat aku share “luahan hati” kat org lain biarpun pada ahli keluarga sendiri. Tapi kali ini aku rasa aku kena kongsi benda ni untuk bacaan orang ramai. Dengki dan Sihir -menyihir dalam perniagaan ni dah jadi benda biasa dalam masyarakat kita. Tak tahu kenapa dah tahun 2018, nak masuk 2019 pon masih ada orang amal benda syrik macam ni.

Mak aku dah berniaga hampir 26 tahun. Berniaga kecil-kecilan je. Ada kedai makan di sebuah negeri di pantai timur. Di lokasi sekarang dah hampir 18 tahun. Dalam tempoh masa ni, macam dugaan datang.Tak kurang jugak orang tak senang hati dengan keluarga aku. Kalau sekadar bawa mulut kata itu ini, kami tak kisah, lambat laun hilang lah. Yang jadi masalah bila macam2 “benda” dihantar untuk rosakan perniagaan mak.

Nak senarai semua aku tak ingat jadi aku ceritakan 2-3 yang paling teruk.

Yang pertama kalau tak silap waktu aku form 5. Mak baru kahwin dengan ayah tiri. Bapa kandung dah meninggal waktu aku umur 9 tahun. Mula2 customer tak ramai. Benda biasa la tu. Tapi ada pekerja beritahu dia ada ternampak “benda” berdiri kat belakang kedai. Waktu tu jam 3 pagi, kami dah siap kemas kedai. Tapi dia tutup mulut je. Esok nya baru dia bagitahu mak.

Ada jugak customer beritahu, kedai gelap je. Ingatkan tak buka.

Kami buat tak kisah lagi.

2-3 hari lepas tu, ada sorang pekerja kedai ikut laluan kat belakang kedai waktu nak balik ke rumah. Kali ni, sampai ke rumah budak tu dia ikut. Satu family dia kena kacau sepanjang malam. huhuhu…

Lepas tu baru la mak pergi berubat. Baru lah lega . Kedai pon kembali ceria.

Yang ke-2 , rasa aku kat universiti waktu ni. Ada sorang mak cik , kerja kat kedai. Masalahnya mulut dia.Huh…waktu dia membebel tu habis semua jenis binatang keluar.Kuat mengilai pulak tu sampai ada customer complain. Jadi mak tegur, control la sikit, umur dah lanjut bukan nya muda nak buat perangai macam tu. Dia sakit hati. Terus tak datang kerja.

Lepas tu macam-macam gangguan datang. Tapi Alhamdullilah, sebab amal ayat2 pelindung yang ustaz ajar ganguan2 tu tak tahan lama. Kami ingatkan dah setel tapi dia hantar lagi!

Dalam pukul 3 pagi gak, lepas siap kemaskan kedai kami dah nak balik rumah. Depan kedai ada kawan adik aku, geng mat rempit lepak main motor. Tiba ada bunyi benda bergaduh atas bumbung kedai. 2-3 minit pastu senyap.Sampai geng mat rempit tu pon senyap. Bila keluar pergi check, dia orang kata ada 2 benda mata merah bergaduh atas kedai. Confirm bukan kucing!

Bila pergi check memang bukan kucing. Musang. Kat kepala ada kesan tebukan untuk isi benda2 kotor. Tapi ada bangkai sekor je. Sekor lagi hilang. Aku yang bodoh ni pergi tarik bangkai musang tu dalam kedai. Tak pasal2 kena “cuci” kedai lepas tu.

Ada macam2 benda lagi yang dihantar. Yang paling tak boleh dilupakan, benang lilit mayat. Aku tak de waktu tu , ayah tiri aku yang pergi kutip benda yang dia tabur tu dan bakar. Selambe je pegang dengan tangan, esok demam.

Oh ya, Mak cik tu sebenar jiran dekat2 rumah. Sekarang setiap kali selisih dengan aku dan keluarga dia akan tutup muka dengan buku atau kain tudung. Malu kot.

Yang ke-3, macam biasa dihantar supaya kedai nampak gelap dan tak ramai customer. Kami teruskan gak berniaga macam biasa tapi sampai satu masa aku nampak muka mak ada nak ruam2 merah kat sekeliling muka. Selalu demam, pening2. Pergi klinik , makan ubat pon tak jadi. Barulah pergi berubat. Kali ni dia meracau sampai 3-4 orang kena pegang.

Kami diberitahu kena banyakkan selawat, baca ayat pelindung waktu buka kedai dan ada sebatang pokok tepi kedai tempat “syaitan” yang dihantar tu selalu duduk. Kena ambil paku 6 inci, baca ayat2 Quran dan pasung kat pokok. Macam biasa, semua orang tak nak buat jadi ayah tiri aku lagi yang kena. XD

Sampai terjatuh dia kena tolak.

Itu jelah yang aku boleh share. Tak larat nak tulis semua. Semalam sekali lagi mak pergi berubat.Sakit sampai tak boleh berjalan, tak boleh muntah. Meracau lagi sampai 3-4 orang kena pegang lagi.Dia satu-satunya wanita dalam family jadi dia yang selalunya jadi mangsa.

Alhamdullilah , hari dia ok sikit.

Untuk kedai tu, sekarang aku dah ambil alih. Mak bagi dia rehat puas2. Doakan bisnes kami makin besar dan boleh bertahan sampai la aku bersara pulak nanti.

Bagi orang yang ada hasad dengki sampai sihir -menyihir orang , lupakan la niat jahat korang tu. Kebanyakkan suspek yang hantar benda tak elok ke keluarga aku, hidup diorang makin teruk, tak bahagia pon. Ada suami ditetak oleh anak, ada yang kena kena cerai, ada yang bisnes lingkup, ada yang nak kena halau keluar dari rumah sewa.

Kegembiraan hasil dari rosakkan hidup orang lain tak kan tahan lama. Fokus bina kebahagian untuk diri sendiri bukan rosakkan kebahagian orang lain.

Bagi yang berniaga, fokus baiki bisnes sendiri bukan fokus pedajal bisnes orang.

– 12

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *