Hi semua. Nama samaran saya Rahsia (R). Di sini saya ingin ceritakan dimana kisah yang agak tragedi, yang perlu diambil pengajaran.
Saya cerita terus moral of the story buat semua manusia tidak kisah umur. Jagalah ikhtilat sesama rakan, dan berpadalah apabila berkawan.
Kisah ini berlaku pada hujung 2022, dimana saya dan suami, terjebak atau terlanjur **** bebas bersama rakan baik kami (pasangan suami isteri). Saya namakan pasangan rakan baik kami M untuk lelaki/suami dan F untuk wanita/si isteri.
Nota : cerita ini adalah sedikit ekstrim, siapa yang atas 18 mungkin tidak sesuai, tetapi, pengajaran ini perlu diambil oleh semua manusia ya.
Ringkasnya, saya seorang wanita yang ada rupa, hidup boleh dikatakan serba cukup bersama suami dan kami boleh dikatakan T20. Saya bertudung, tetapi pakaian saya tidaklah longgar. Saya memang jenis suka melawa.
Suami saya ringkasnya serba baik, berduit dan tidak culas tanggungjawab. Dan kami memang sexually active. Kami sudah berkahwin 7 tahun dan tak ada anak.
Saya (dan suami) berkawan baik dengan sepasang suami isteri. M dan F. M asalnya rakan sepejabat saya. Namun dia telah resign ke tempat baru. Disebabkan saya rapat dengan M, lama kelamaan saya rapat pula dengan isterinya, F.
Saya dan M tiada apa2 perasaan ya. Cumanya, ya, dulu saya memang suka tangkap mata lelaki melalui kecantikan saya dan M adalah antara lelaki yang tengok saya. Dulu adalah satu kepuasan bagi saya untuk menangkap mata lelaki. Jahilnya diri ini…
Ringkasnya, kami berkawan lama. Suami saya pada mula2 tak rapat pun dengan M & F. Tapi, saya bawa suami saya untuk melepak dengan diorang dan lama kelamaan kami pun rapat.
Ouh lupa cerita pasal M & F. M bekerja sebagai engineer di negeri jiran. F pula ikut suaminya, tetapi F ada bisnes di JB jadi saya memang selalu lepak dengan dia di JB.
F seorang yang cantik, lagi cantik dari saya. F kadang2 bertudung, kadang2 free hair. Beza dengan saya, saya sentiasa bertudung cumanya pakaian saya tidak longgar.
Kisahnya bermula, apabila suami mula rapat dengan M&F, kami berempat mula bercuti bersama2. Dan kami bercuti banyak kali di mana kami akan duduk sebumbung atau satu homestay.
Lama kelamaan, malu sudah hilang dari saya di mana saya sudah berani bukak tudung apabila bercuti dengan M&F. Namun, kalau keluar homestay/hotel, saya tetap bertudung. Cuma saya sudah berani freehair depan M. Suami saya pula tidak kisah sebab F pun freehair.
Makin lama, kami makin rapat dan kami makin hilang ikhtilat. Bermula dari kawan, kami kini sudah memakai pakaian yang sangat tidak sesuai apabila serumah (ketika bercuti).
Bayangkan, saya pernah masak BBQ bersama suami dan pakaian saya hanyalah singlet. Ya saya hanya pakai singlet depan M. F juga begitu, memakai pakaian yang daring depan suami saya. Hidup dan cara pakai kami umpama mat salleh, atau perkataan lain, pakaian kami seperti kami tidak ada Tuhan.
Long story short, kami selalu bermain “game” di homestay/hotel. Pada December 2022, saya tidak sangka saya akan terjebak dengan dosa yang sangat memalukan. Saya tidak salahkan sesiapa pun, sebab kami semua sangat terbuai akan keasyikan atau keseronokan atas keakraban kami.
Satu malam kami semua bermain game selepas makan bbq. Antara game yang kami main adalah uno. Kemudian, kami beralih kepada game truth or dare. Ouh ya, pakaian saya ketika bermain game hanyalah tank top dan short.
Game truth or dare yang kami main pada asalnya penuh dengan jenaka dan gelak ketawa. Namun, lama kelamaan, soalan2 truth itu bertukar menjadi soalan2 yang agak hangat (faham sendiri ya). Dan saya pun sudah hilang malu pada M&F. Pakaian kami pun sudah sangat revealing.
Jadi, kami berempat memang seronok dan terbuai dengan soalan2 yang hangat. Soalan2 seperti ini tidak patut disembangkan bersama kawan. Itulah, ikhtilat perlu jaga. Dan kami semua lupa batasan. Kami masing2 seronok menceritakan atau menjawab soalan2 Truth yang semuanya hangat.
Oleh kerana terlalu terbuai, si M pada mulanya memilih dare (bukan truth). Si suami saya menyuruh beliau membuat aksi yang tidak senonoh bersama F. Oleh kerana terlampau terbuai, kami tidak lagi kisah akan istilah batasan.
Kemudian, sesi dare turut di sambung oleh kami di mana si F&M pula menyuruh saya dan suami melakukan aksi yang tidak senonoh. Dan begitulah apa yang berlaku selama lebih kurang 20 minit.
Sampai satu tahap, kami punya sesi dare betul2 lupa akan nilai malu. Ya, kami berempat jatuh ke kancah maksiat (tidak perlu saya jelaskan).
Namun saya tidak pun menyentuh M, dan suami saya tidak pun menyentuh F. Kami cuma melakukan s**s di ruang tamu tanpa segan silu. Walau suami saya tidak menyentuh F, dia tengok si F&M dan F&M pun tengok kami suami isteri bersama.
Tapi saya bersyukur sebab walau kami berempat bersama, saya bersyukur saya tidak sentuh M dan suami tidak pun sentuh F. Kalau kami semua bersentuhan, saya pasti saya akan lebih depressed.
Setelah kejadian, pada mulanya semuanya normal tiada masalah. Kemudian, satu persatu masalah datang. Suami saya ditimpa kemalangan. F pula ditimpa penyakit.
Saya mula mengalami kemurungan dan disahkan menghadapi MDD. M&F tidak lagi hubungi saya dek kerana masalah yang kami semua hadapi.
Pada mulanya, saya masih sombong dengan Tuhan. Namun, satu hari, saya baca satu potongan ayat Quran lebih kurang macam dunia ini hanya permainan semata-mata.
Entah bagaimana, saya mula tersedar, kejadian saya bersama M&F adalah seolah2 saya hidup seperti binatang. Ya, seperti binatang. Hanya binatang sahaja yang tiada segan silu.
Saya mula tersedar bahawa saya sangat jauh dengan kebenaran. Saya mula kembali perbaiki solat dan saya baca terjemahan Quran. Saya baru tersedar bahawa hidup saya sangat kotor.
Saya mula suarakan isu ini kepada suami saya. Ringkasnya, beliau terima dengan hati yang terbuka dan kami masing2 melakukan solat taubat.
Mengenai M&F, saya jauhkan diri dari mereka kerana saya sangat malu. Saya malu saya ini seperti binatang. Saya tak tahu kalau M&F dah bertaubat belum tapi saya doakan mereka ditemukan hidayah. Namun, disebabkan MDD dan anxiety disorder saya, saya tak nak jumpa mereka lagi.
Kepada manusia di luar sana, jagalah batas. Janganlah terbuai dengan nafsu. Keseronokan nafsu hanyalah sementara, namun kedukaan, depression, luka di hati meninggalkan parut yang dalam. Jaga lah batas.
Doakan saya mampu menghadapi ujian saya sekarang. Namun saya akur, jikalau ujian ni mampu membuang dosa saya, saya bersyukur. Terima kasih.
– Rahsia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa (kecuali dosa syirik- Surah Al-Nisa’,4:48) semuanya. Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
Surah Al-Zumar, 39:53.
Puan tadabbur Al-Quran. Isikan hati & jiwa Puan dengan qalam Al-Quran ya..