Tak adil bila hati isteri tak di timbang tara kan.
Tapi konon sebagai suami yang ada kuasa untuk decide, isteri kena dengar.
Kalau pengalaman mengandung, berpantang even membesarkan anak kecil tu suatu yang indah, mesti isteri tak kisah nak beranak 10 pun.
Ini jangan kan indah, emosi up n down isteri ketika mengandung pun di anggap mengada-ngada, nak perhatian, perangai budak2.
Kalau la suami ni tahu bertapa bergolak emosi, termasuk hormon, termasuk tanggungjawab pada family dan kerja.
Menangis ke, merajuk ke, marah ke, semua tak de tempat di mata suami.
Isteri silap, marah dia macam la isteri baru berzina dengan jantan lain. Macam isteri baru lepas bunuh mak dia. Bila marah tu, memang tak boleh nak marah secara gentle?
Tak. Ego. Kena tinggi suara. Kena tunjuk muka bengis. Masa tu isteri tengah bawak anak kau dalam rahim? So? Tak penting pun. Yang penting marah kau, n betulnya kau.
Setiap perkara berlaku masa mengandung, gaduh atau terasa hati, mmg sangat susah nak lupa.
Maaf kan mungkin. Lupa tidak. Tahun sebelumnya hal kucing. Yang berdarah hati wujud rasa benci mengandung.
Terpaksa bermuhasabah bukan anak ni salah. Kali ni soal kerja. Lepas tu ada hati suruh beranak lagi, sakit penat lelah mengandung pandang macam takde apa.
Even dalam berpantang pun kalau bergaduh tu, bergaduh lah, tak denya kesian.
Sebelum ni gaduh dalam pantang sebab terasa hati ngan mak mertua kau sendiri. dekat aku kau lepas kan kemarahan kau. Kau tinggal aku bodoh2 macam tu.
Aku menangis pun, bagi tahu kau aku sedih pun macam cakap kat tiang. Bila budak dah keluar, sakit lapar dia semua isteri.
Suami? Cuci berak pun tak pernah nak volunteer. Cakap baby ni fragile. Takut. Anak kau kan??
Isteri berusaha meyusu badan, sikit support pon tak de. Belikan pump? Beli kan storage beg? Mana ada? Siap komplen peti ais dah penuh dengan susu perahan.
Tu belum masakkan makanan baby. Tahu tak makan dua kali sehari utk anak bini tu WAJIB?? Lepas tu suruh mengandung lagi dan lagi.
Bila isteri nak ambil langkah mencegah semua kena consent suami. IZIN suami. Huh. Suami yang tak membantu? Dapat hadiah syurga ke?
Suami kalau elok takpe. Ajak solat mengaji?? Sekali pun tak pernah. Suruh anak solat? Lagi la. Anak sendir tak pernah nampak kau solat.
Lepas tu tanya kenapa bini degil? tak menurut kata 100%?
Kau pun degil ngan Tuhan, kau ada hati komplen bini degil dengan kau. Kau memberi pun berkira susah payah kau.
Kau provide pun tak mampu ikut kehendak aku. Isteri tak bising. oh kira ok je semua? Tahu tak suami kena soal nanti pasal tanggungjawab n nafkah?
Lepas tu ugut, kau la buat kerja tambah duit ni. cuci cuci. macam tu? Kau lelaki patutnye cari duit 100% kau.
Hari ni aku doa, moga kau dapat rezeki jodoh lagi. Kahwin la kau nak sangat berbini lagi kan. Boleh la beban kumpul anak tu kat bini baru tu pulak.
N boleh la dia bayar kan rumah yang kau pun suka duduk sekali. Suruh bini tu beli kereta yang kau prefer, baru la kau suka nak jagakan.
Semoga makbul la doa aku. Hari Jumaat. Aamiin..
– Miya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit