Hati

Assalamuaalaikum kepada semua readers iium. Hai, nama saya Kuntum, sebab saya sukakan bunga jadi saya letaklah nama saya sebagai Kuntum… hee…

Tengok tajuk pun dah tau dah kan pasal apa, janganlah bosan dahulu ya sebab cerita saya ni ringkas sahaja. Semoga kalian sudi luangkan masa sekejap.

Tujuan saya menulis di sini adalah untuk meminta pendapat kalian semua dan berkongsi apa yang saya tengah rasa sekarang ni.

Adakah normal jika kita fall in love dengan seseorang sampai dalam setiap doa dan sujud kita pun kita akan mention nama dia padahal orang tu pun tak kenal pun siapa kita?

Kita ja yang berusaha bersungguh2 berdoa mention nama dia, mengadu pada Allah yang kita nak dijodohkan dengan dia, sebab saya pernah terbaca satu petikan ni ayat dia lebih kurang macam ni lah,

“Jika allah gerakkan hati dan mulut kita berdoa meminta apa yang kita hendakkan, maka allah hendak memberi sebab dia yang mengingatkan kita.”

Cerita dia macam ni, sebelum ni saya tak pernah kenal pun dengan orang yang dah saya jatuh hati ni, ada satu hari tu masa tengah bercuti dengan kawan2, saya ternampak dia dari jauh dan tertanya-tanya siapa kah dia.

Situasi ni kiranya macam jatuh hati pada pandangan pertama, haa lebih kurang macam tu lah gayanya, bermula dari situ lah saya selalu akan tengok social media dia ambil tahu segala activity yang dia buat,

Dia pula jenis yang selalu join activity bermasyarakat contoh macam selalu tolong orang2 susah dan macam2 lagi lah program yang baik2 nih.

Social media dia pula kebetulan kawan saya yang tunjukkan sebab dia kenal siapa lelaki tersebut, cumanya dari social media juga lah kawan saya kenal dia pun. haha, dari situ saya mula selidik pasal dia.

Masalahnya sekarang ni orang tu bukan orang yang biasa2, orang ternama tapi saya jatuh hati dengan sikap humble dia bagi saya dia lain dari yang lain. Dia macam ada something yang buat saya tertarik sangat dengan peribadi dia.

Sebab ini pertama kali saya rasa attach sampai macam ni sekali.

Nak kata tak pernah bercinta atau jatuh hati sebelum2 ni pernah ja, cuma yang kalini rasa dia tu lain sangat. Saya pun tak tahu nak terangkan macam mana dekat readers semua, haha.

Mesti akan ada yang suruh saya approach ja dia kan. Hahaha… tapi saya faham, tak mudah nak approach dia, sebab level dia tinggi sangat.

Cuma mampu berdoa dari jauh ja semoga one day Allah pertemukan kami.

Rasa suka saya ni bukan sahaja baru lagi malah dah makan tahun dah, rasa suka tu tak penah hilang lagi sebab tu saya sentiasa selit nama dia dalam setiap doa saya tambah2 waktu bulan ramadhan memang saya doa habis2 lah kiranya.

Buat masa sekarang yang saya tahu lah, dia masih lagi single and available tapi tak pasti lah kalau dia dah ada seseorang dan dia sorokkan supaya orang tak tahu pasal personal life dia.

Tapi deep down inside hati saya ni, saya harap tidak lah. Hee, kawan2 dekat sini pun bole doakan jugak ya, mana tau ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya, hehe.

Sekian lah cerita jatuh hati saya ni, terima kasih pada yang sudi membaca dan memberi pendapat ya.

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *