Assalamualaikum. Aku perkenalkan diri aku sebagai Amirah. Aku penuntut sebuah Universiti Tempatan. Dan tahun ni merupakan final year dalam kos agama degree. Tolong doakan aku ya.
Sedikit tentang aku. Untuk korang boleh imaging aku ni macam mana. Aku seorang muslimah yang menutup aurat.
Takdalah 24 hours aku pakai tudung labuh, tapi pakaian yang menepati syarie la, alhamdulillah. Dan rupa paras aku, boleh dikatakan sedap mata memandang lah.-Hadza min fadhli rabbi-.
Biasa orang yang first time jumpa aku mesti akan kata aku ni lemah lembut, sopan macam tu lah. Tapi kawan2 aku ja tau macam mana perangai aku.
Aku biasa2 ja, ada masa aku gembira, ada masa aku gila2, ada masa aku tegas, n ada masa aku sedih, senang cer aku ni normal lah, aku manusia jugak kot macam korang.
Dan sedikit latar belakang family aku. Alhamdulillah aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang menitikberatkan soal agama. Ibuku seorang ustazah dan ayahku juga seorang ustaz. Alhamdulillah. Tapi aku nak tekankan kat sini, ustaz dan ustazah juga seorang manusia, tidak sempurna.
Kita ambik dan contohi yang baik2 sahaja. Dan fyi ibu ayahku ustaz dan ustazah yang mengajar di sekolah sahaja, bukan yang pergi dakwah sana sini.
Dan bukan yang jenis menonjol atau femes tu, No no. Ibu ayahku jenis humble n apa yang aku tengok diorang lebih kepada perbaiki diri sendiri dan keluarga.
Aku saja la bgitau korang, sebab sekarang kan banyak isu pasal pu, dai, ustaz dll, aku taknak la korang kecam aku ke ibuayah aku. Okayy.
And sekali lagi aku tekankan, manusia tak sempurna. So sudah2 lah kecam2 para pendakwah ni. Dalam yang korang duk kecam tu, ramai ja lagi yang baik dan boleh jadikan contoh. Macam Ustaz Ebit Lew, Ustazah Asma’ Harun, dll.
Ok waktu aku sekolah menengah dulu, aku sekolah dekat sekolah agama. Senior2 aku dulu macam brainwash kami tentang ikhtilat ni iaitu pergaulan antara selain jantina ni, haaa itu haram, ini harammm. Aku pun macam terbrainwash la sekali.
Beberapa tahun jugak la aku mengamalkan jaga ikhtilat ni, sampai nak dekat dengan lelaki pun tak, apatah lagi bercakap kan, macam parahnyaa wehh.
Sampai lah aku masuk univ, series awkwardnya aku rasa, bila ada kena buat esaimen, n yang melibatkan discussion dengan berlainan jantina ni.
Tapi lama2 tu ok lah kan. N lepastu baru la aku macam tau, kita boleh ja berikhtilat ni, tapi kena pada tempatnya lah, dan tak berlebih2an. Sebab yang aku tau dulu tu macam syadid sangat. So macam salah lah yang senior2 aku bagitau aku dulu tu.
Tapi aku takdalah nak menyalahkan diorang 100 peratus, ada bagusnya, bleh jaga diri semua tu, cuma macam matlamat tak menghalalkan cara. Sebenarnya semua benda kita kena sedang2, kalau terlalu syadid tu, mean dah ada silap kat situ. Benda apa sekali pun.
Satu lagi aku terpikir, kita ni perempuan, kalau terlalu jaga ikhtilat ni, aku tertanya macam mana nak boleh jumpa jodoh tu, nanti yang kita nak kahwin tu dengan lelaki.
Aku tak rasa kita boleh terus terima or kahwin ja tanpa kita kenal dia. Tanpa kita tahu latar belakang dan perangai dia.
Kita nak hidup dengan dia sampai mati kot, sampai syurga. Takkan nak perjudikan hidup kita ni dekat orang yang sembarangan kan.
Ok sorry aku terbebel pulak. Sebenarnya kat sini baru aku nak masuk point aku. Aku ada berkenalan dengan seorang lelaki ni, dia ex Univ aku n dah grade beberapa tahun yang lepas. Tua beberapa tahun la dari aku. And sekarang dia tengah kerja.
Sikit latar belakang tentang lelaki tu, dia dari keluarga yang baik2, seorang yang penyayang, suka memasak, sukakan kucing dll. Senang cer berakhlak la.
Dia pun ambik kos agama macam aku. Cuma dia bukanlah jenis suka menonjolkan diri dia tu macam ustaz, berseban, berkopiah tu semua, dia biasa2 ja dari segi luaran, tapi ada isi, haaa giteww.
Dia memang sungguh2 nak kahwin dengan aku lepas aku habis belajar ni. Aku pun macam takda fikir sangat, kalau macam orang yang baik datang, yang taat pada Allah dan Rasul-Nya, aku terima ja. Bagi pihak aku, aku macam terima lah.
Cuma satu ja masalah, ni dari ibu aku la. Ibu aku ni selalu la sebut2 kat aku pasal kawen ni. Ibu macam nak aku habis2 belajar ja terus kawen.
Aku pun asalnya dari jual mahal aku cuba lah try terima n kenal2 orang yang nak bekenalan dengan aku. And aku tunjuk ja kat ibu aku dan cerita kat ibu aku. Dan setakat yang aku kenal, aku rasa lelaki yang tadi tu ja yang macam berkenan dekat hati aku.
Sebab dia paling baik lah dari yang lain yang pernah aku kenal, dia bukan jenis yang menggatal, bukan jenis yang ambik kesempatan, dia suka mengalah, bukan jenis mengongkong, dan utamakan aku. Senang cer aku macam dah suka la kat dia.
Tapi bila aku tunjuk kat ibu aku, ibu aku kata dia ni berisi, tak sesuai dengan aku yang kurus, lepastu aku macam takkan la tu ja alasan ibu aku.
Lepastu ibu aku try la explain, and ibu aku pun malu nak cakap waktu ni, ibu cakap lebih kurang, “ibu malu nak cakap tentang ni, tapi kamu kena tau. Nanti bila dah jadi suami isteri, akan buat hubungan badan tu,
Kalau suami kamu lagi besar dari kamu, takut nanti kamu sakit sebab dia berat, tapi kalau kamu suka ibu setuju ja, tapi lagi baik kalau kamu jumpa yang kurus, sebab lelaki ni lepas dia kahwin dia akan lebih berisi sebab dia gembira dengan isteri dia”.
Aku waktu ni memang macam speechless sangat la, mungkin aku terlalu budak kot untuk pikir pasal semua tu, aku takpernah terpikir pun pasal tu. Dan sejujurnya berat la hati aku rasa, sebab aku dah mula terima dia dan dah mula sayang dekat dia.
Aku selalu terfikir, akan ada lagi ke lelaki yang baik yang akan datang lepasni. Aku cuba untuk dengar cakap ibu aku, aku cuba jauhkan diri dari lelaki tu, tapi dia try hard untuk dapatkan aku. Aku pulak takkan nak cerita pasal apa yang ibu aku cakap tu kan.
Aku sedih, aku rasa tersepit di antara hati aku sendiri atau taat kepada nasihat ibu yang lebih mengetahui dan berpengalaman.
Dan aku dah banyak kali buat istikharah tapi aku sendiri tak jumpa lagi jawapannya. Mungkinkah aku ni berjodoh dengan kematian. Aku pun taktau. Aku perlukan nasihat kalian dan doa dari kalian.
Maaf kalau terpanjang, aku sengaja jugak panjangkan confession ni supaya admin post. Terima kasih admin kalau post confession ni.
Aku harap akan ada nasihat2 atau cadangan yang baik buat aku dari kalian yang lebih berpengalaman. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis, aku hargai.
– Amirah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit