Hati Berbolak Balik

Salam lebaran untuk semua. Ni kali ketiga sebenarnya saya menulis di sini. Kali pertama & dua dulu berkenaan post partum (meroyan) lepas beranak and then seterusnya sis jadi pembaca jela dekat page ni.

Tapi malam ni minta maaf saya nak meluah sebab taktahu nak consult dengan siapa. Kenapa taktahu? Sebab perkara ni perkaitan dengan family sendiri dan suami.

Alhamdulillah raya pertama pagi petang ok, walaupun ada perselisihan faham dengan suami takpe sis pendam senyap sebab bersyukur dah balik raya pertama di Kelate dengan family pun ok.

Krisis nya (bagi sis ia adalah krisis) di sebelah malam. Masih takde pape sampai suami sis keluar jap cari nasi untuk kenyangkan perut dia dan mak sis datang cuba bertanya hal family kecil sis. 

Sis nak clarify sis tak kesah suami keluar tu sebab dia tak boleh duk terperap je dalam rumah lagi dilarang atau tanya banyak nanti dia cakap macam duk dalam penjara. Jadi sis biar je sambil-sambil sis pun ada anak kecik kan jadi nak tidurkan dia so takde hal.

Cumanya bila mak sis duk bertanya kenapa sis sampai suami nak kena cari makan dekat luar sebab ye la hari raya kan makanan ada, tanak je la nasi lauk ada. 

Buat masa sekarang ada nasi impit sahaja which sis dah tanya suami dia nak ke tak, dia taknak so ok la dia nak keluar.

Sis pun bongok jugak kan tak offer nak tanak nasi ke apa entah la sis malas pastu suami kalau dia cakap taknak, taknak la dia, jangan dipaksa nanti angin (mudah baran la sebenarnya).

Berbalik tadi pada mak sis duk tanya pasal family kecil sis which sis ok je tapi sebab sebelum-sebelum ni kalau apa-apa pergaduhan dengan suami,

Suami sis akan ws mak sis duk cerita la perangai sis yang buruk ini takpun dia hantar video ceramah dekat mak sis, so sis tak boleh nak salahkan mak sis kenapa dia nak tahu lagi. 

Sis pula dari kecik memang tak biasa bercerita apa-apa even pasal diri sendiri pun dekat family apalagi kalau dah kawen kan, pandai la settle sendiri.

Jadi terbalik pula dengan suami sis dia apa-apa memang bagi tahu mak dia tapi tula bila konsep macam tu dia nak apply juga dengan mak sis, mak sis jadi khuatir la dengan anak perempuannya ini.

So tadi mak sis duduk tanya la dengan anak memang suami sis ni jenis tengking marah ke. Anak sis baru setahun lima bulan. Balik kampung kalau tak menjerit menangis memang tak sah la sebab baby kan.

Tapi suami sis bukan seorang penyabar. Selagi anak tak diam dia akan marah jadi la apa benda yang boleh dibuat gaduh yang mana akhirnya anak dan maknya terkena tempias.

Saya memang kesian dekat anak tapi tak berkemampuan nak buat apa-apa sebab suami yang drive. Kalau menjawab pun macam tu je la sis mampu, nak gaduh lebih-lebih takut sis dia ugut cakap tetiba kang tak jadi balik kampung sis.

Jadi mak sis duk bertanya la perangai suami sis memang macam tu ke. Sis cakap pun takdelah full dalam confession ni, cuma cakap macam tu la selagi anak tak diam. Pastu mak sis tanya lagi kalau apa-apa memang macam tu ke.

And mak sis tahu suami sis asyik carut sis tapi sis cakap carut bodoh ‘je’ time benda tak kena di mata dia.

Sis sebenarnya nak bergenang air mata tadi sebab hakikatnya sis pernah dicarut macam-macam ‘babi, bodoh, takde akal, tak betul, time port martum dipanggil gila (mak mertua pun ada ws dekat suami cakap sis gila), barua, tak guna, mak tak guna dan segala carutan yang ada di dunia.

Tapi sis bodoh sis hadam je & memang ada time sis tak sabar sis akan menjawab dan berlaku pergaduhan.

Ok so mak sis tahu suami sis carut ‘bodoh je’ dekat sis. Mak sis tanya lagi parents dia macam man. Sis pun bagi tahu la parents dia pun macam tu… (so nak expect apa dengan suami sis.. dalam hati jelah).

Sis rasa nak lari balik Selangor dah time tu, sebab sis takut lagi banyak soalan mak sis tanya atau sis ternangis semua kat situ di malam raya.

Depan parents suami sis pun suami pernah marah cakap bodoh jadi sis pun rasa dah takde aib nak disimpan suami untuk isterinya.

Kadang-kadang keuar tempat public pun kalau dia badmood dia marah je sis depan public. Kalau bumi boleh lesapkan diri sis, dah lama sis request.

Jadi berbalik pada tajuk hati berbolak balik ni, sis sebenarnya rasa mak sis dia boleh sense perkahwinan sis yang tidak berapa bahagia di dalam ni. Tapi sis tengah baik dengan suami, jadi sis pun taktahu nak buat apa.

Mak sis nak suruh berpisah ke atau macam mana, tapi kalau mak sis tak suruh pun, sis memang ada niat sebenarnya ke arah itu. Cuma tunggu masa sahaja.

Perkahwinan yang bahagia bila suami badmood ni memang buatkan sis mentally exhausted sebenarnya tapi sis fikir macam-macam.

Sis kerja ok tapi bodoh pilih suami, walaupun suami setakat SPM sis tak pernah sekali mencarut suami bodoh dsgnya. Selagi boleh hormat dah tutup aib sis cuba.

Pastu mak sis bebel juga cakap macam nak kawen dulu sis tipu dia cakap ada diploma tapi diploma pun berhenti tengah jalan, sambung lagi sekali diploma pun berhenti sebab kewangan, suami kau yang bodoh sebenarnya tapi carut orang bodoh. Pastu sis pun tak tahu nak gelak ke sedih.

Pastu sekarang pun sis di ombang ambing tak tahu nak buat apa. Kalau boleh sis nak lesap dari dunia tapi kesian anak pastu sis tengah mengandung anak kedua (sis bodoh lagi sekali)

Tapi bila suami jenis baran ni nak doa anak ni bisu je senang baru dia taktahu langit tinggi rendah. Tapi fikir balik anak aku jugak nanti kenapa dia nak kena tempias. Jadi sis masih bersabar.

Pernah suami sis cakap macam mana la officemate sis boleh bersabar dengan perangai sis sebab dia tak boleh bersabar dengan perangai sis. Habis keturunan sis disumpahnya dasar kelantan la apa, tapi tula rasanya orang lain ok dengan sis.

Yang dia tak sedar dia yang baran bermusuh dengan ramai orang. Tapi entahlah dia cakap kita pulak narcissistic.

Sis penat. Sikit lagi kalau dah habis limit memang sis file fasakh..

– Mek Kelate (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Bodohnya kau sis. Masalah kau ada suami sampah. Kenapa kau nak doa anak kau yg bisu. Padanlah muka kau dpt suami mcm tu sbb kau bodoh. Selayaknya kau kena maki suami kau berbakul2.

    Tak payah lah confess kalau mmg plan nak jd bodoh sampai bila2. Kau diam2 redha je lah jadi kain lap kaki suami kau

    • kan. Laki yang bingai, anak dia yg tak berdosa pula disumpa jadi bisu. Mengucap panjang saya. ish ish

    • Salam sis,

      Pilihan terletak di tangan sis, satu pintu yang salah akan membuka sepuluh pintu salah yang lain. Lagi lambat lagi melarat.

      Bila sis hadiahkan diri sis suami yang salah, ia akan menghasilkan menantu yang gagal untuk makpak sis, juga mengakibatkan anak anak sis dapat bapak yang tak berfungsi untuk mereka nanti kelak dimasa hadapan. Mak sis, sis dan anak anak akan hancur mental dan fizikal. Senang di kotak katik.

      Tak puas dia maki sis, mak sis pun kena, nanti anak anak sis pula, satu keturunan sis jadi bahan supply maki dia. Maruah keluarga sis bergantung pada mood dia, begitu tak berharganya nilai keluarga sis lebih bawah dari kedudukan haiwan.

      Seorang ibu yang mudahnya tadah muka dimaki suami, kelak akan melihat anak perempuan nya menadah muka juga dimaki menantu lelaki. Masa tuh baru sis tahu, sis adalah punca dan pemula, ibu yang tak bahagia akan menghasilkan anak anak yang derita, bermasalah dan berpenyakit mental dan fizikal.

      Once sis bahagia, mak sis and anak anak pun, sis akan heret mereka ke tempat bahagia juga. Once sis menderita, dimalukan dan dihina, mak sis dan anak anak pun menerima nasib yang sama. Anak anak akan tengok dengan mata sendiri betapa sis redha dihina, kelak mereka pun redha dihina sebab mereka fikir itu adalah erti sabar padahal mereka salah mengertikannya. Kids akan example apa yang dia lihat.

      Keputusan ditangan sis, sama ada nak stay atau break the cycle. Saya faham perempuan Melayu memang jenis asal berlaki sudah, ada yang terlalu sayang sampai sanggup menderita, sanggup dihina, dah masuk tahun 2024 tapi pemikiran masih tahun 1992.

      I wish nothing but good luck to you, kalau dah hobi sis masuk sini meluah pasal suami, maksudnya anak anak sis pun bakal masuk sini meluah pasal bapak dia. Same bad story, history will repeat itself.

      Tutup salam.

    • Ntah nye..
      Spesis narsistic cenggini, wajib dipulangkan pd mak pak derang.. Bio mak pak dia bela anak dia..

  2. Slm sis, dlu sya pon fikir sya bodoh sgt sbb dpt suami yg x sma mentaliti n cpt marah, klaw di’lawan’ ckp dia, mmg akn kna ‘ceramah’ berjam2 atau ‘fastrack’ tgn naik ke mulut kita, so nk taknak, ‘pendam’ je mcm gng berapi.. tp bla dah lma2, dah ‘mangli’ org kta.. pon sya penah terbaca, klau Allah temukan kita dgn org tu, hendak2 jd suami plak, mesti ada ‘hikmah’nya, mngkin Allah nk uji kesabaran kita, atau nk tinggikn ‘darjat’ kita klaw kita sabar, w/pon sabar tulah yg paling ‘sakit’, bila ditahan2.. kita yg menanggung ‘siksa’ mnyimpan dl hati (tunggu mse nk meletop je), abis2 kita doa jela, mohon dilembutkn hati dia, jgn ada perkara2 yg bole ‘trigger’ dia dsbnya.. so, kna jaga jela “mood” dia, klaw dia ok, suma ok.., cuma kita je yg ‘kurang ceria’.. takpe la, dunia ni bkn nya lama sgt.. kat Akhirat nt, para suami suma jawabla atas pertanggung jawaban msg2.., bkn tak tau hukum-hakam, dengar ceramah slalu, kwn dgn ustaz2, klau kita cerita kat org lain, agaknya kita yg akn dituduh ‘pembohong’..so, sabo jela, selagi bule.. Wallahua’lam

  3. Salam sis,

    Pilihan terletak di tangan sis, satu pintu yang salah akan membuka sepuluh pintu salah yang lain. Lagi lambat lagi melarat.

    Bila sis hadiahkan diri sis suami yang salah, ia akan menghasilkan menantu yang gagal untuk makpak sis, juga mengakibatkan anak anak sis dapat bapak yang tak berfungsi untuk mereka nanti kelak dimasa hadapan. Mak sis, sis dan anak anak akan hancur mental dan fizikal. Senang di kotak katik.

    Tak puas dia maki sis, mak sis pun kena, nanti anak anak sis pula, satu keturunan sis jadi bahan supply maki dia. Maruah keluarga sis bergantung pada mood dia, begitu tak berharganya nilai keluarga sis lebih bawah dari kedudukan haiwan.

    Seorang ibu yang mudahnya tadah muka dimaki suami, kelak akan melihat anak perempuan nya menadah muka juga dimaki menantu lelaki. Masa tuh baru sis tahu, sis adalah punca dan pemula, ibu yang tak bahagia akan menghasilkan anak anak yang derita, bermasalah dan berpenyakit mental dan fizikal.

    Once sis bahagia, mak sis and anak anak pun, sis akan heret mereka ke tempat bahagia juga. Once sis menderita, dimalukan dan dihina, mak sis dan anak anak pun menerima nasib yang sama. Anak anak akan tengok dengan mata sendiri betapa sis redha dihina, kelak mereka pun redha dihina sebab mereka fikir itu adalah erti sabar padahal mereka salah mengertikannya. Kids akan example apa yang dia lihat.

    Keputusan ditangan sis, sama ada nak stay atau break the cycle. Saya faham perempuan Melayu memang jenis asal berlaki sudah, ada yang terlalu sayang sampai sanggup menderita, sanggup dihina, dah masuk tahun 2024 tapi pemikiran masih tahun 1992.

    I wish nothing but good luck to you, kalau dah hobi sis masuk sini meluah pasal suami, maksudnya anak anak sis pun bakal masuk sini meluah pasal bapak dia. Same bad story, history will repeat itself.

    Tutup salam.

  4. Salam,dik..

    Laki nko rasa tak selamat, dik.. Dia cermin diri, banyak beno kekurangan.. Tapi egois..
    Tu yg dia keje maki nko je..
    So tolong stop jd boddoe, ek..
    Ambik tahu hak nko sbg isteri..
    Lawan laki sengal mentel nko cara bijak bio sampai dia se’eh .. Agagagagaa..
    Dasar narsistik!
    Sendiri bangang, nak lepas kat pasangan..
    Apa punya suami laa..
    Mak pak mentua nko tu bahlol..
    Boleh geng dgn mak dak Halip Hajiss..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *