Hati Berbunga

Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin sudi siarkan confession ni. Nama aku Humairah. Umur 25 tahun.

Cerita dia macam ni, aku sukakan kawan tempat kerja aku. Aku namakan dia Idris. Dia ni good looking orangnya. Sangat handsome, kulit putih dan berbudi bahasa.

Aku suka dia bukan sebab good looking tu. Tapi sebab dia berbudi bahasa dan sopan kalau bercakap dengan orang sekeliling. Kitorang kenal pun dekat tempat kerja.

Aku sebenarnya dah banyak kali tepis rasa suka ni. Setiap kali dia berbuat baik aku selalu fikir normal laa tu. Cumanya aku perasan baik dia dengan aku dan baik dia dengan orang lain berbeza. Kalau dengan aku dia sangat caring.

Aku makan sorang dia temankan, aku lapar dia offer coklat dan selalu bagi nasihat pasal gaya hidup sihat.

Kalau tak ada kawan kerja lain mesti dia akan tanya benda personal macam “sebelum ni ko pernah bercinta?”, “mesti ko ramai ex kan?”, “mesti ramai orang suka ko kan?” dan banyak lagi.

Aku ni tak ada laa cantik mana pun. Biasa jer kulit pun tak cerah macam dia. Maaf laa aku memang macam ni bukan downgrade diri sendiri cuma aku sedar yang kitorang macam langit dan bumi.

Tapi aku sedar yang diri aku juga berharga. Jadi dengan pertanyaan2 dia tadi aku terfikir juga kalau dia tak berminat dengan aku kenapa dia bertanya? Aku pulak selalu mengelak untuk jawab.

Aku tak suka berkongsi kalau niat orang yang bertanya sekadar ingin tahu. Untuk apa kan… tak penting pun. Kami sebaya jadi aku sudah tak berminat kalau nak bercinta lama2.

Pernah dia dapat tahu yang aku dan ex hampir berkahwin, dia terus menanyakan sedalam apa aku sayangkan ex dan apa yang membuatkan aku sayangkan ex. Ciri2 apa yang ada pada ex.

Aku pun tak nak laa main tarik tali jadi aku ceritakan pada dia. Lepas dengarkan jawapan aku muka dia tenang sahaja.

Dia hanya senyum… aku pun tak tahu apa maksud dia. Aku mungkin jatuh suka kepada dia kerana dia seorang yang baik dan pembersih. Di tempat kerja macam tu laa kat rumah aku tak tahu laa.

Pernah aku mengadu ada lelaki yang pervert terhadap aku, dia yang membantu.

Jadi setiap kali perlu berurusan dengan pekerja lelaki tersebut dia yang akan membantu aku menguruskannya atau mewakilkan aku. Dia pastikan lelaki itu tidak bercakap atau mendekati aku.

Masa tu aku rasa terharu dan sangat berterima kasih dekat dia. Sememangnya aku takut sebab ini kali pertama berlaku ke atas aku.

Kawan perempuan yang lain boleh pulak menganggap ianya perkara biasa dan ketawakan aku. Katanya lelaki tersebut selalu melanggar bahunya.

Dia menganggap itu perkara biasa. Maaf tidak biasa untuk aku. Untung ada Idris yang lebih faham berbanding kawan perempuan aku dan membantuku.

Setakat ini tiada siapa yang meluahkan perasaan. Aku sedar kami tidak sekufu.

Mana mungkin aku yang memulakan. Aku tidak meletakkan harapan apa2. Ada jodoh ada laa. Cuma hati ini berbunga setiap hari setiap kali dia caring terhadap aku. Kadang aku segan jugak.

Aku pernah terfikir jika suatu hari aku memang dengan dia mesti satu pejabat mengecam yer laa sorang good looking sorang lagi hurmm. Dalam pejabat ni ramai juga yang meminati dia tapi dia tak melayan.

Jadi selalu jugak laa aku kena jeling dengan gadis2 tuu. Perempuan ni kadang2 tak support kaum betul laa. So annoying. Hahahaha.

Kakak2, abang2 tolong doakan yang terbaik untukku dan Idris. Mohon doanya agar jodohku dipermudahkan dan bersama orang yang menyayangi aku. Semoga salah satu dari kalian doanya diangkat oleh Allah. Terima kasih…

– Humairah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *