Hati-Hati

Salam semua para pembaca, aku nak ringkaskan penulisan aku ni.

Aku bukan nak buat ayat panjang-panjang ataupun bebel yang entah apa-apa. Cuma nak share cerita merangkap nasihat dan teguran terhadap manusia yang tak bertanggungjawab.

Aku adalah isteri kepada suami yang membawa Grab selepas di buang kerja faktor kemelesetan ekonomi selepas PKP.

Aku juga bekas seorang Akauntan dan berhenti setelah mengalami ‘ketoksikkan persekitaran pekerjaan’ dek kerana banyak masalah kerana mengandung.

Jadi banyak apoiment dan MC maka banyak kerja tertangguh atau di serahkan kepada rakan sekerja.

Hanya Allah yang tahu bertapa aku sayang pekerjaan aku setelah 5 tahun bekerja dan aku JARANG AMBIL CUTI MAHUPUN APPLY segala CUTI kerana aku sangat sibuk.

Tapi mengenangkan anak pertama (umur aku pun dah nak masuk 34, so tua dah) dan menghargai rezeki yang Allah dah beri dalam rahim ni, aku pekak kan telinga dan tetap mengambil cuti untuk memastikan kandungan sihat saja.

Maka bermulalah fasa kesusahan dalam rumah tangga yang kami bina setelah setahun (hampir 2 tahun bulan Jun ni).

Dipendekan cerita, aku berhenti kerja dan suamiku masih membawa grab kerana tidak mendapat kerja yang sesuai,

Sebenarnya bukan memilih kerja, dia hanya memohon kerja yang cukup-cukup memberi kecukupan dalam rumah tangga pun dah bersyukur.

Pendek kata tak lah mintak kerja macam yang dia penah kerja sebelum ni, tapi lepas komitmen makan minum dan lain-lain okey lah kan?

Tapi tak diberi rezeki. Maka aku dan dia saling berjimat dan support each other dan aku bersyukur dengan kesederhanaan ini.

So setelah beberapa bulan aku pun selamat melahirkan baby Boy, yang sihat dan tak ada masalah, Alhamdulillah walaupun mak dia selalu sakit dan bemasalah masa mengandung, Baby sihat walafiat.

Balik pada Tajuk, kerana adanya adik baby. Suami aku pulun bawa Grab untuk mencukupkan keperluan aku dan adik baby ketika dalam pantang maklumlah,

Aku pantang sorang2 sebab mak aku dan mak mertua dah takda nak tolong jaga. Ambil CL pon mampu seminggu je untuk cukup kuat urus diri.

Alhamdulillah baby dan susu tak ada masalah so kurang lah stress dalam otak ni. So nak dijadikan cerita, baru-baru ni, suami aku balik dari kerja terus mandi dan menyendiri dalam bilik lain.

Aku pelik lah, tak pernah-pernah dia macam tu. Selalu balik kerja akan kejar anak dulu.

Tetiba dia masuk bilik dan tersenyum, kemudian dia bertanya kepadaku. Okey ke harini? Ikan tu awak masak apa? (Lauk pantang) aku pun menjawab macam biasa,sebab itu jelah soalan dia hari-hari.

Tak sengaja mata tertumpu dekat jari kaki dia dan alangkah terkejutnya aku melihat jari kaki dia luka.

Aku terus sentap tangan dia dan melihat siku dia kemudian tengok lutut dia. Aku terus mental dan rasa sedih sangat. Aku tahu suamiku berhati-hati ketika bekerja. Lagi2 ketika hujan dan jalan licin.

Aku pun bertanya ‘kenapa boleh accident’ dia menceritakan ada kereta dari lane paling kanan nak naik flyover dekat paling kiri main sailang mentang-mentang tiada kereta.

Dan suamiku sempat membreak tapi dek kerana jalan licin, dia tak dapat kawal motor dan jatuh.

Kereta tu pulak sebab jalan takda kereta lain dia dah slow boleh LARI MACAM TU JE. Suami aku tak sempat melihat number plat kereta kerana dia blank ketika terjatuh dari motor.

Katanya, mujur tiada kenderaan ketika itu, dia cepat2 teringat Anak dan isteri maka dia gagah bangun dan tolak motor ketepi jalan. Dalam hatiku, Ya Allah nasib baik kau perlihara suamiku. dan aku bersyukur.

Pada DRIVER hantu tu, kalau kau adalah dia or adalah salah seorang jenis DRIVER YANG DAH LANGGAR ORANG lepas tu LARI, AKU DOA SUATU HARI NANTI KAU RASA KESEDIHAN KEHILANGAN ORANG YANG KAU SAYANG DENGAN CARA LANGGAR LARI.

Aku bukan mintak ganti rugi. Atleast kau berhenti tolong lah angkat mangsa yang accident sebab kau. Mana hati nurani kau sebagai manusia? Fikir kejar masa sebab tu meluru laju? Fikir kau takut kena keluar duit ganti rugi?

Tak fikir ke kalau jadi apa2 dekat suami aku or mangsa yang kau langgar? Dengan anak tak kenal lagi ayah dia? Kalau yang menanggung ibu ayah dah tua dan sakit pulak macam mana nasib diorang? Eh hati nurani kau mana haa?

Aku tak boleh brain orang yang sejenis LANGGAR LARI ni.. Kau ingat ye, kepada sesiapa penah menjadi salah seorang DRIVER GILLER ni, Kifarah ni nyata tau. Apa yang kau buat ni kau akan dapat balasan bahkan lagi teruk dari itu.

Mentang2 hari malam dan takda siapa akan tahu apa kau buat, kau main tinggal je mangsa yang tergolek kat tengah jalan tu?

Tanggungjawab laaa sikit. Fikir la nyawa orang lain. Kau tak rasa ke nyawa orang tu lagi berharga dari masa yang kau kejar? Dari destinasi yang kau tuju?

Biasa lah, orang dalam pantang ni mental pun tak stabil. Aku menaip ni pun selepas tidur kan adik baby bangun malam nak susu.

Alhamdulillah Allah still perlihara keluarga kecilku. Aku berharap sangat suamiku akan ada rezeki lain dan aku harap adalah rezeki ku selepas ini di alam pekerjaan walaupun usia dah lanjut.

Buat pembaca, maaflah karangan aku sedikit out of topic, sebab aku meluahkan apa yang aku rasa dalam hati ni yang dah bercampur aduk, yang asyik teringat2 kalau jadi apa2 dekat suami.

Di kesempatan ini juga aku nak mintak Doakanlah rumah tangga kami bahagia hingga ke anak cucu. Aamiin.

– Fina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *