Hati-hati Dengan Hati

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua. Sejujurnya, telah lama aku berhenti dari dunia ‘penulisan’ ini sejak aku sibuk dengan pengajianku di stpm 3 tahun yang lalu. Maka, terhentilah segala kegiatan ku dari perkongsian ilmu, kisah yang bermanfaan dan yang memotivasikan untuk aku tulis buat bahan bacaan pembaca. Sebenarnya, terasa besar juga kesan apabila sudah lama tidak menulis ni. Rasa malu untuk berkongsi cerita. Eh, Panjang pula mukaddimah.

Okay, sebenarnya aku nak kongsikan tentang pengalaman aku semasa baru mendaftar mahasiswa sebelum ini. Kisahnya bermula begini, aku berasa sangat gembira dengan tawaran masuk ke university awam dipenjuru utara Malaysia. Siapa je tak gembira dapat melangkah ke Menara gading kan? Alhamdulillah. Namun, dalam kegembiraan aku menimba ilmu disana, entah kenapa bermulanya pekenalan aku dan rakan cos aku Q ( bukan nama sebenar ) aku sangat tidak suka padanya. Dia ni perempuan taw.

Q seorang yang agak kalut, sebolehnya semua nak cepat dan kadangkala seperti mahu menjadi ketua pada setiap group assignment. Sebenarnya sebelum aku masuk u, kami pelajar-pelajar jurusan ekonomi telah pun dihimpunkan di dalam ‘group whatsapp’ bagi memudahkan para senior menguruskan kami untuk mendaftar. Maka, dari situ juga aku perasan si Q dia ni antara yang paling aktif dalam group tu dalam kalangan junior. Q ni pula adakalanya amatlah kelihatan gedik dan inginkan perhatian daripada abang-abang senior terutamanya.

Maka, sejak penilaian aku terhadap Q melalui media social sahaja telah pun membuatkan aku sangat tidak suka pada dia. Sehinggakan, aku selalu menceritakan kebencian aku pada Q kepada rakan sebilikku yang juga sama cos dan kelas dengan aku dan Q. Maka, apabila Nampak sahaja si Q ni berkeliaran di mana-mana, pasti akan ada usikan nakal ku dan rumet ku terhadap dia. Tapi kami tidak pernah mengejeknya depan-depan. Hanya aku dan dia sahaja tidak sampai melukakan hati Q depan-depan. Tak berani wei hehe.

Pada satu hari, entah bagaimana takdir Tuhan telah menetapkan aku dan Q satu kumpulan dalam salah satu subjek untuk group assignment kami. Aku amat tidak selesa dan selalu membuat muka menyampah aku di depan Q. Manakala, Q pula tetap dengan perangainya yang ingin menjadi ketua. Maka, bermulalah konflik antara aku dan Q apabila Q tidak habis-habis menekan aku untuk assignment kami sedangkan pensyarahku belum mengarahkan apa-apa lagi tentang projek assignment kami. Maka, berlaku lah sedikit pentengkaran antara aku dan Q di dalam group whatsapp.

Sejak dari peristiwa tu aku berasa sangat tidak tenang diatas kelantangan aku kepada Q . disebabkan hal itu, aku cuba untuk memuhasabah diriku kenapa aku terlalu bencikan dia sehingga dengan lantangnya aku sound dia mcm tu. Oh ya, disebabkan kecil hati dengan apa yang belaku, si Q ni bertanyalah pada roommate aku, bahawa aku marah pada dia ke? Nasib baik roommate aku pandai backup dia cakaplah aku tak marah dia pun ( walaupun sebarnya memang marah and geram pun haha ).

Berbalik pada muhasabah diri tadi, aku mula berfikir, si Q ni tidak ada apa-apa dosa pada aku pun. Yes, memang dia gedik, gilakan perhatian dan suka menonjolkan diri dalam beberapa perkara, tapi tetap benda tersebut tidak berbuat dosa kepadaku. Dalam keadaan serba salah, aku cuba mencungkil latar belakang tentang si Q. Rupa-rupanya, si Q telah kematian ibunya sejak dari zaman sekolah lagi. Dan dia hanya tinggal dengan ayahnya sahaja. Ayah Q ni sangatlah baik dekat Q. Memang manja and rapat betul mereka ni.

Sejak dari peristiwa tu, barulah aku faham kenapa Q ni perangai dia macam tu, sangat mendambakan perhatian dan sedikit gedik dengan lelaki. Yes, sebab ayah dia terlalu baik sangat dengan dia sehingga dia berasa semua lelaki pun macam tu. Selain itu, kerana Q kurang kasih sayang daripada ibu nya yang telah meninggal dunia. Q ni dia baik dan tidak memainkan perasaan lelaki pun walaupun dia tu gedik macam tu.

Dan, selepas je peristiwa tu aku terus buat baik pada Q. Aku tegur dia, aku cuba rapat dengan dia sampai dia pun pelik dengan perangai aku. Dari segi kehairanan dia kenapa aku tiba-tiba baik dengan dia, aku tahu dia tahu yang aku tak suka pada dia. Dan dia pula tak suka dekat aku sejak apa yang belaku dalam group assignment kami. Tapi masa tu, dia suka atau tidak kat aku bukan lagi satu masalah yang aku tahu aku dah berdosa kat dia ni sebab dah judge dia so aku nak buat baik dengan dia walaupun dia tak nak kawan aku sangat.

Alhamdulillah akhirnya, dia boleh terima aku dan kami boleh berkawan seperti kawan biasa. Aku rasa sangat lega sebab rasa benci tanpa sebab aku pada dia dah pun hilang. Ye, aku tahu kisah ini amat simple dah macam tak layak pun dicerita pada orang. Tapi, pengajaran yang aku nak sampaikan disini ialah, apabila kita cepat menilai seseorang dan cepat membenci seseorang, ketahuilah bahawa sebenarnya hati kita telah mula ada titik hitam, kerana kita sudah mula rasa diri kita lebih baik dari orang lain. Tidak kiralah walaupun perangai dia buruk, tetapi yang harus kita benci dan tak suka itu adalah perbuatannya bukan dirinya.

Selepas kejadian ini, ia membuatkan aku teringat pada kisah ustazah Halimah Alaydrus yang pernah tidak suka kepada muridnya tanpa sebab langsung. Dan perbuatan itu membuatkan beliau memohon maaf kepada anak muridnya diatas perbuatan beliau. Kerana, beliau berasa tidak tentetam dengan apa yang beliau lakukan sedangkan muridnya tiada dosa pun padanya. Selepas minta maaf, barulah hati beliau berasa tenang dan gembira.

Aku juga belajar satu benda yang baru juga. Kalau dulu, aku susah nak faham bila orang kata “ benci perbuatan dia tapi bukan orangnya” tapi harini, aku faham apa maksud sebenar ungkapan ini. Di setiap perbuatan yang pelik-pelik mesti ada sebab dan kisah di sebaliknya mengapa seseorang berperangai sedekian. Pesananku, sebelum kita menghukum seseorang, kenalilah mereka dulu dan janganlah menjadi seorang penghukum. Berhati-hatilah dengan hati.

Sekian coretan dari ku, terima kasih dan wassalam..

– Nur taha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *