Hati-Hati Dengan Jantan

Assalamualaikum. Nama aku Nur. Umur awal 30an. Apa yang aku nak kongsikan adalah pengalaman sendiri. Aku tahu banyak kisah yang orang alami macam aku.

Kisah ini bermula dengan aku berkenalan dengan seorang lelaki yang sebaya aku. Kami kenal di media sosial dan terus berhubung di whatsapp.

Kami dah berkenalan selama 5 bulan. Mula-mula susah nak percaya lelaki ni betul ke serius atau tak. Bila dapat tahu nama dia, so aku cari semua maklumat dia google dan media sosial lain.

Dan kat media sosial dia pun ada mutual friend aku, so aku kira dia ni okay dan boleh dipercayai sebab background pun baik. Lelaki ni pandai, berpelajaran so aku pun agak tertarik dengan dia.

Semuanya okay dan happy je selama kami berkenalan ni. Dari awal dia cakap dia nak serius dengan aku. Dia banyak cerita masalah dengan aku. Hari-hari kami bermesej dan call macam couple.

Aku tak syak apa-apa pasal dia. Tapi lepas beberapa bulan kami berkenalan, kantoi yang dia dah bertunang dan masih tunangan orang. Aku memang terkejut dan menggeletar bila dapat tahu.

Ni pun terkantoi dari media sosial dia. Media sosial dia ni memang tak nampak langsung yang dia dah berpunya dan bertunang. Aku pelik jugak. Korek punya korek akhirnya terkantoi siapa dia.

Aku memang tak sangka. Aku tanya kenapa tak putus betul-betul baru cari orang lain? Dia pandai buat cerita dia kata banyak sebab.

Aku tak percaya tapi sebab aku dah mula sayang dia dan dia kata dia pun sayang aku, jadi aku cuba bagi masa kat dia.

Oh btw, dia ni aktif kat semua media sosial. Fb, instagram, twitter, tiktok semua dia ada. Apps lain aku tak pasti lah sebab aku dah malas nak ambik tahu.

Makin lama makin banyak benda yang aku ragu dengan dia sebenarnya. Banyak benda yang dia tipu sebenarnya.

Kami tak pernah dating macam couple lain. Kalau jumpa, kami makan lepas tu kami balik. Tak pernah kami spend masa yang lama. Kat situ pun aku dah syak something.

Tapi dia ni pandai mengayat, pandai buat cerita. Aku pun cuba percaya dia lagi. Dia pun banyak gunakan aku. Aku perasan yang tu.

Aku terpikir juga kenapa dia tak mintak tolong dengan tunang dia. Aku rasa sebab dia tak nak tunang dia nampak dia ni tak mampu dan susah.

Ada lagi lain hal yang aku dah tahu tapi aku diamkan dan aku nak tengok jawapan dia. Bila aku tanya, seperti yang aku jangkakan, dia menidakkan jawapan dia.

Aku sabar je dengar jawapan dia dan aku buat relax je. Aku kena play cool. Aku tahu dia ada game dia dan aku cuba follow game dia.

Dalam masa yang sama sebenarnya aku makan hati, aku pendam apa yang aku tengah rasa. Aku tahu kalau aku cakap hal yang aku dah tahu ni dia akan marah aku.

Aku tahu dia sayangkan tunang dia dan memang nak kawin dengan tunang dia. Tapi kenapa gunakan aku? Kau tak rasa bersalah ke mainkan orang perempuan macam ni??

Aku dah nekad untuk jauhkan diri dari dia dan buang perasaan aku sebab aku tahu dia akan tetap kawin dengan tunang dia.

Tak mungkin dia akan putus dengan tunang dia walaupun dia cakap dia selalu gaduh dengan tunang dia. Tapi tu mungkin alasan dia je untuk berseronok dan gunakan perempuan lain.

Aku sedih sebenarnya. Sedih orang gunakan aku. Tapi dari pengalaman ni aku akan lebih berhati-hati dengan mana-mana lelaki lepas ni. Aku takkan mudah percaya lagi dengan mana-mana laki.

Aku ingat dia ni lah lelaki yang betul-betul akan aku kawin tapi aku hanya tempat untuk dia rasa bahagia lepaskan dari masalah yang dia hadap.

Tahun demi tahun aku mencari jodoh tapi kali ni pun aku tak dapat lagi. Aku dah tahap redho dan pasrah dah pasal jodoh ni. Aku terima semuanya dan aku pikir mak abah aku je yang aku ada untuk aku jaga.

Sekian sahaja dari aku..

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *