Assalamualaikum, nama saya Ana. Ni first time saya berkongsi & saya pun tak sure sy punya confession akan disiarkan atau tak. Maaf, ayat BM saya teruk sikit. Saya pelajar tahun kedua di US. Topik yang saya nak kongsi ialah Hati-hati dengan kata-kata especially kalau online, semua orang boleh baca.
Contohnya, ni kes sangat lama tapi saya just nak kongsi: Pelajar luar negara membazir duit rakyat. Asyik melancong. Saya mengaku, ya, mungkin sesetengah student luar negara membazirkan duit rakyat, tak study, asyik buang masa, tapi BUKAN semua yang macam tu. Bagi saya, tiada apa yang betul di alam maya. Ye, kami post gambar2 melancong, tapi kami tak post pon gambar kami belajar dari pagi sampai malam, kami bayar duit rumah letrik air semua, kami kerja di kampus berjam2 lamanya. Tapi apa yang buat saya terasa apabila saya baca komen orang post. Komen yang saya baca, hampir semua benci pelajar luar negara, cakap yang kami bazirkan duit rakyat. Sumpah saya terasa time tu. Komen korang memberikan gambaran kat saya bahawa semua student kat Malaysia benci saya, saya tak layak belajar kat sini, saya bazirkan duit rakyat. Saya jadi malu nak cakap2 ngan kawan2 saya kat Malaysia.
Situasi 2: Muslim Ban di America. Apabila ada ura2 yang mengatakan bahawa Malaysia termasuk list Muslim Ban, ada banyak orang komen kat post tu especially komen2 negatif. Antaranya ialah, “Alah, macam aku nak datang sangat US tu”. Serius, sumpah saya sangat sangat terasa apabila baca komen camtu. Korang boleh lah cakap camtu, korang ada kat Malaysia. Kami di US, bayangkan kami takleh keluar dari US sampai lah tamat belajar? What if kalau, selepas kerja kami menetap kat sini? Bayangkan bertahun-tahun tanpa jumpa famili dan kawan2. Bayangkan every wedding and death and joy in your family and you are going to miss everything because you are trapped in other country? (Note: saya tahu ada sesetengah student luar negara yang pernah tak balik sepanjang tempoh pelajaran di luar negara, tapi saya ngaku saya manja, saya rindu mak).
Moral ceritanya, everytime nak komen tu, especially kalau tak setuju ngan pendapat orang lain, please do so with respect and don’t spread the negativity. Itu yang saya belajar daripada orang putih kat sini sejak Trump dok bash group minoriti: Latino, Black, Trans, Muslim(aku ler tu). Ye, orang sini memang marah tapi diorang respond with peace and positivity (ada jugak la group yg buat havoc tu) dan ramai strangers kat sini yang tegur saya (sebab obvious gila saya ni Muslim sebab pakai tudung) untuk kasi semangat. “Don’t be sad! We are with you.” See! They spread the love and positivity.
Artikel ni mungkin tak bermanfaat macam artikel orang lain tapi saya rasa nak sharing malam ni. Dan mungkin saya saja yang ada perasaan macam ni (overly sensitif).
Sekian
Ana
– Ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit