Hati-hati Dengan Manusia Berupa “Duit Syiling”

Salam. Izinkan aku berkongsi pengalaman ditipu oleh ‘rakan baik.’ Nama aku Suraya dan aku berkerja di sebuah syarikat swasta di ibu negara. Aku masih belum berkahwin dan aku mempunyai seorang ‘crush’ merangkap BFF dan dia juga rakan sekerjaku. Setiap balik dari kerja aku suka berkongsi mengenai crush kepada kepada teman serumah, Nisha. Untuk pengetahuan anda, crush aku seorang sweet, caring dan gentleman.

Dia seorang ringan tolong dan tak pernah berkira dengan kawan. Sebenarnya, aku cuba sedaya upaya untuk tidak terjatuh hati dengan seorang mamat kasanova. Dan aku memang sudah lama menutup hati aku untuk mana-mana lelaki. Tetapi, aku nampak sesuatu yang orang lain tak nampak pada mamat kasanova ini, biar aku namakan dia sebagai Jay.

Aku terpikat dengan Jay ini bukan kerana sweet talker atau wajahnya yang menarik. Tetapi cara dia melayan semua kawan-kawan lelaki dan juga cara dia melayan ibubapa dia. Aku dapat rasa dia ingin berubah tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya. Sebab itulah aku tidak tinggalkan dia dan cuba untuk membantu dia untuk kembali ke pangkal jalan.

Berbalik semula dengan teman serumahku Nisha. Dia seorang yang sangat baik, sopan, lemah lembut dan banyak tolong aku bila aku kesempitan duit dan juga bila aku ada masalah dia akan sedia membantu. Aku dan Jay selalu hanging out together dan aku tak pernah lupa dengan Nisha. Aku bawa dia juga bila keluar dengan Jay. Sebab aku jenis tak lupa kawan dan aku tak mau housemate aku keseorangan bosan di rumah.

Nisha banyak support dan dengar luahan hati aku tentang Jay. Dia juga support aku untuk confess dekat Jay. Aku sebenarnya takut confess dekat Jay, kerana aku tak mahu kehilangan seorang kawan baik dan sekepala. Mesti jadi huru-hara dan friendship kami jadi rosak disebabkan perasaan ini. Jay sudah ada girlfriend dan aku tak mahu mengacau hak orang. Bagi aku biarlah aku simpan perasaan ini sedalam-dalamnya asalkan aku tak kehilangan seorang kawan baik seperti Jay.

Pada suatu hari, aku dapat rasakan layanan Jay semakin dingin kepada aku. Firasat aku mengatakan dia sudah berubah. Tanpa angin tanpa ribut, dia menghantar mesej aku supaya jangan hipokrit dan menjadi perosak hubungan orang lain. Mula-mula aku fikir itu hanya gurauan kerana kami berdua selalu saja bergurau kasar antara satu sama lain. Tapi lama-kelamaan aku mendapat tahu dia bencikan aku. Dia hide gambar profil wassap dan status daripada aku. Aku dapat rasa ada sesuatu yang terjadi dan aku terfikir apakah penyebab dia berubah menjadi seseorang yang lain.

Dia bukan lagi seorang yang sweet sepertiku kenali sebelum ini. Oleh sebab itu, aku menangis seharian kerana begitu sedih dilayan sebegitu dan gara-gara itu aku tak dapat tidur keran overthinking. Aku terpaksa pergi kerja dengan memakai glasses untuk menutup mataku yang bengkak kerana menangis. Nisha menjadi saksi kepada semua itu. Aku meminta penjelasan Jay tentang apa terjadi namun dia mendiamkan diri. Dia masih menganggap aku temannya tapi dia mahu aku jelaskan apa yang telah aku lakukan pada dia. Sumpah aku tak tahu kesalahan apa yang telah aku lakukan padanya.

Dia berubah selepas balik bercuti di Langkawi dengan seorang perempuan, tetapi aku tak tahu identiti perempuan tersebut. Dia juga mention dia dah baca teks daripada aku yang rosakkan hubungan dia dan bila aku minta dia tunjukkan teks itu, dia berkeras untuk tidak tunjukkan teks tersebut. Mungkin ada sesuatu yang dia sembunyikan.

Pada suatu hari, dengan izin Allah aku terjumpa sesuatu yang mengejutkan mengenai Jay dan Nisha. Rupa-rupanya Nisha dan Jay bertemu secara senyap-senyap tanpa pengetahuan aku dan mereka bercuti bersama di Langkawi. Tak perlu tanya macam mana aku dapatkan info itu, sebab aku memang cukup handal dalam stalking.

Betapa hatiku hancur dan sakit bila tahu mengenai hal itu dan ia membuatkan aku tak boleh tidur seharian memikirkan kenapa rakan baik aku sanggup tikam belakang aku. Aku syak rakan baik aku itu memburukkan aku di mata Jay kerana aku hanya berkongsi mengenai Jay dengan Nisha sahaja. Aku tau Nisha sejenis kaki pusing dan dia selalu menipu orang, tapi aku tak sangka dia sanggup bertindak sejauh itu terhadap rakannya sendiri. Dan lebih memalukan Nisha sudah berkahwin dan tinggal berjauhan dengan suaminya. Dia tak sedarkah perlakuannya keluar berdua-duaan dengan laki itu boleh dianggap nusyuz?

Bermula dari saat itu, hubungan aku dengan Jay menjadi keruh dan kami sering sindir menyindir melalui sosial media. Aku rasa sakit kerana difitnah dan dihukum tanpa penjelasan. Aku cuba untuk meminta penjelasan namun permintaan aku tidak dilayan. Dia mungkin tak tahu aku dah tahu yang dia keluar dengan Nisha. Aku rasa sakit sekali sehingga aku terpaksa ambil MC kerana tidak dapat fokus kerja. Oleh kerana aku rasa aku tidak akan menang dan tidak mahu mengusutkan lagi keadaan, aku mengambil keputusan untuk mengundur diri dan berdoa agar mereka berdua diberikan petunjuk.

Biarpun aku dibenci begini namun aku tak pernah benci Jay kerana aku tahu dia juga mangsa keadaan seperti aku. Dia seorang yang mudah percaya dan simpati kata orang. Aku tak tahu apa yang Nisha katakan mengenai aku di depan Jay. Sumpah demi Allah aku tidak pernah menjadi perosak hubungan orang dan aku tidak pernah sekali tikam belakang orang.

Nisha, mungkin sekarang kau sedang bergembira bila melihat aku menangis difitnah sedemikian. Betapa aku rasa diriku diperbodohkan sewenang-wenangnya dan mungkin sekarang kau sedang bergembira keluar dengan Jay.

Cuma aku ingin ingatkan, doa orang teraniaya tiada hijab dan suatu masa nanti kebenaran akan menang dan kau akan jatuh tersungkur. Dan satu lagi, ingatlah status kamu sebagai isteri orang dan janganlah memperlakukan suamimu seperti patung. Kepada Jay, aku doakan semoga sedar dan suatu hari nanti pasti kau menyesal kerana membuang seorang kawan yang ikhlas berkawan dengan kau tanpa melihat kekurangan ada pada dirimu.

Manusia sekarang sangat menakutkan dan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk memuaskan hati mereka biarpun menyakitkan hati orang lain. Pesanku agar berhati-hati dan jangan sesekali berkongsi rahsia peribadi dengan sesiapapun. Kerana dia mungkin gunting dalam lipatan. Tak sangka selama aku berhati-hati mempercayai manusia, aku tertipu dengan manusia bertopengkan musang yang didepanku seperti malaikat dan support kawan tetapi dibelakang dia menikam aku tanpa belas kasihan. Aku masih lagi merawat hatiku yang sakit dan berharap suatu hari nanti kebenaran akan terserlah menerangi hidupku.

– Suraya

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *