Assalamualaikum semua. Semalam ada laluan iklan sponsored di fb saya mengenai penjualan tanah lot malay reserve di sekitar selangor.
Tujuan penulisan saya ialah untuk mengajak pembaca yang berminat lebih berhati- hati dengan iklan begini sebab ia sangat attractive.
Harga pemilikan untuk tanah lot boleh dibina seunit banglo dilengkapi dengan infrastruktur dan surau. Ditambah pula semua kos ditanggung oleh pihak pemaju seperti snp dsbnya. Harga setiap unit dibawah 150 ribu.
Saya ingin kisahkan apa yang telah saya alami. Lebih 7 tahun yang lepas. Semasa itu saya berkira-kira ingin memiliki tanah pemilikan sendiri untuk membina rumah idaman di kawasan berkejiranan yang selesa dengan harga yang mampu milik…
Sebab pada masa itu rumah teres yang berkeluasan standard unit intermediate diusahakan oleh pemaju amatlah menekan… melebihi 500 ribu dan mengikut kawasan ada yang mencecah 800k.
Jadi option yang terbaik pada pemikiran sayalah ialah pembelian tanah lot malay reserve.
Urusan jual beli snp sangatlah mudah semua ditanggung oleh pemaju. Perjanjian pemilikan adalah 2 tahun… siap tukar status tanah pertanian ke geran individu… menarik kan.
Temu janji dibuat dengan agen hartanah syarikat berkenaan untuk lawatan ke tapak lokasi.
Pengurusan di pejabat pemaju juga memang amat menyakinkan. Siap ada beberapa cawangan dan setiap premis pemaju di kawasan yang boleh dikata pesat membangun bukan kedai kaki lima.
Ditambah pengurus syarikat cum owner seseorang yang agak berpangkat bekas pesara di agensi kerajaan.
Setiap kali progres dekat tapak untuk tanah jualan fasa lebih awal akan diupdate menerusi pautan internet. Memang menyakinkan.
Namun semua ini hanya mainan licik si pemaju. Syarikat guaman yang menguruskan snp juga turut bersekongkol di atas penipuan penjualan dan pembelian harta tanah ini.
Saya akui kesilapan adalah dari pihak saya kerana tiada ilmu dalam urusan pembelian harta tanah ini.
Full stop. Tetapi ianya tidaklah bermakna pihak penjual bebas untuk menipu sebab memang nawaitu syarikat ini sedari awal untuk menipu pembeli-pembeli seperti saya.
Kawasan -kawasan yang ditipu yang saya tahu ialah sg merab , jenderam hulu dan kuala langat.
Untuk yang berminat membeli saya sarankan bacalah ilmu-ilmu berkaitan urusan jual beli tanah malay reserve. Equip yourself with knowledge.
Lantiklah peguam sendiri yang akan menjadi penasihat dan menjaga kepentingan anda. Ini saja yang boleh saya sarankan.
Sebenarnya ramai yang sudah tertipu dengan syarikat ini. Bukan tiada usaha membawa kes ini ke pengadilan tetapi selalunya usaha ini ibarat win on the paper only. Inilah yang terjadi pada saya dan yang lain yang saya ketahui.
Cuma ingin saya tekankan, peguam yang bersekongkol ini juga pernah bertanding di satu daerah di pantai timur sewaktu pilihanraya yang lalu tetapi gagal.
Menerusi rakan peguamnya yang saya temui, walaupun saya tak menggunakan perkhidmatannya,
Ada satu kes yang melibatkan urusan jual beli tanah jutaan ringgit antara seorang yang berkedudukan tinggi di syarikat nasional utuh malaysia dengan peguam cum ala-ala ahli politik ini… yang diselesaikan diluar makhamah.
Dia membayar ganti rugi sebab dia mempunyai kepentingan untuk mendapatkan projek dengan syarikat nasional.
Perihal owner atau pengurus syarikat pemaju pula berselindung di sebalik imej penaung dan pengelolaan pusat-pusat tahfiz.
Saya tidak kata iklan yang lalu di fb saya dikendali oleh pihak yang sama. Tetapi saya lihat cara pengiklanan macam sama modus operandinya. Walahualam.
Saya cuma minta semua orang lebih berhati-hati supaya tidak tertipu.
Oleh itu saya minta sesiapa yang berminat untuk berurusan dengan pembelian harta tanah begini berhati-hatilah.
– Rapi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit