Posting aku ni bukan untuk cari jodoh, tapi untuk kongsi pengalaman aku yang aku rasa wajar untuk diceritakan kepada orang awam.
Tak tahu nak cari tajuk yang menarik untuk diberi dalam kisah aku ni. Harap cerita aku ni dapat beri pengajaran dan elakkan ramai orang daripada terkena.
Untuk yang pernah terkena macam aku, innalillah diucapkan moga kita lebih berhati-hati dalam buat keputusan. Untuk yang tak pernah terkena macam aku dan lain-lain, nauzubillah minkullukum aku doakan.
Aku rasa dalam kalangan pembaca IIUM Confession pun mesti ada yang pernah terkena macam aku.
Serba sedikit tentang aku, berumur 30-an, target untuk berhenti kerja makan gaji sepenuhnya umur 40 jika masih panjang umur. Masih ada 10 tahun lagi untuk capai target insyaa Allah. Masih bujang dan punya tanggungan keluarga di kampung.
Aku dilahirkan dalam keluarga B40 yang cuba ubah ekonomi diri dan keluarga.. tak pernah aku merungut dengan apa-apa kemampuan yang ibu bapa aku sediakan sepanjang aku membesar.
Aku makan dan pakai apa-apa saja yang ibu bapa aku sediakan. Aku syukur yang penting ibu bapa aku dah buat yang terbaik dalam kemampuan mereka..
Alhamdulillah kini aku ada kerjaya aku sendiri, kategori bujang M40 dan bisnes kecil-kecilan aku sendiri.
Di sebabkan target aku tu, aku work hard (sebab aku sedar diri aku bukan silver spoon family) and work smart untuk menyimpan dan melabur dalam nak capai target-target aku.
Tipulah aku tak ada jatuh dan kecundang ditengah jalan tapi alhamdulillah aku tetap terus bangkit. Tak mau stuck dalam emosi negatif, sedih dan stress lama-lama. Bahagia perlu dicipta sendiri dengan izin Allah, insyaa Allah.
Nak dijadikan cerita akibat tekad aku tu, setiap kali duit simpanan aku cecah Rm7-10k, aku akan laburkan supaya dapat atasi kos inflasi tahunan Malaysia 2-4%.
Sama ada dalam bisnes, emas, ASB, unit trust, saham, hartanah atau pembangunan kemahiran diri. Alhamdulillah aku tak lupakan zakat 2.5% untuk jumlah pendapatan aku dilunaskan setiap tahun sebelum berakhir.
Untuk kitaran kali ni, simpanan aku sudah mencecah Rm7k yang aku mula kumpulkan masa bulan August tahun ni… jadinya, aku mencari jalan untuk kerja sambilan untuk dicukupkan sehingga Rm10k..
Jadi pertengahan Oktober baru ni, terlintas satu iklan di MukaBuku, dapat “RM180 – RM250 / hari” dengan hanya kerja data entry, yang boleh bekerja dari mana-mana dan waktu kerja yang fleksibel iaitu dari pukul 9.00am – 9.00pm. Aku pun click lah whatsapp link tersebut…
Admin whatsapp tersebut reply aku dalam bahasa inggeris, menanyakan sama ada aku berminat untuk bekerja sebagai sambilan / sepenuh masa. Jadi, aku pilih untuk jadi sambilan.. seterusnya aku diberi whatsapp link ke admin lain yang dipanggil sebagai instructor.
Jadi.. instructor ni tanya aku sama ada aku dah bersedia untuk teruskan dan jika sudah bersedia, dia akan jemput aku masuk dalam whatsapp group yang dipenuhi dengan parttimers dan fulltimers lain.
Yang aku perasan, admin dan instructor tu akan guna profile dan nama platform Z@l*r@ dan beralamat di Singapore. Dalam profile mereka, mereka link kan sebagai Z@l*r@ merchant partner.
Mereka terangkan yang marketing platform mereka legit (siap mereka share website company) untuk bantu merchant clients mereka dalam Z@l*r@ untuk increase click rate untuk produk-produk yang clients mereka jual.
Group whatsapp tu dinamakan sebagai Amb*r Group & A&C Comm*rc* (aku masuk 2 group konon nak buat pendapatan tambahan lebih). Tapi untuk mengelakkan diri ku tamak, jadi aku mula dengan 1 group dulu..
Jadi, aku hanya aktif dalam Amb*er Group. Masa aku mula-mula masuk group tu, aku diperkenalkan kepada ahli lain, aku lihat ada juga orang-orang baru seperti aku sebab lepas aku masuk tu, masih ada yang baru invited dalam group tu.
Aku tengok dalam group tu sangat aktif membincangkan komisen masing-masing. Mereka akan kongsikan bank slip komisen amaunt setiap kali mereka dapat.
Aku tidak memulakan kerja sambilan aku pada hari pertama dan kedua. Dalam masa 2 hari pemerhatian aku tu, ada 2 orang yang DM (direct message) whatsapp aku untuk bertanya sama ada aku dah mula atau tak, ada yang bertanya aku betul-betul percaya ke dengan platform ni.
1 orang ni profile muka nampak baik (Cina), 1 orang lagi profile pakai purdah (Melayu). Dalam kalangan mereka, ada yang kaum melayu, ada yang cina, ada yang india… (Niat aku, bukan nak perkauman di sini, aku nak highlight… baik ke buruk, ni semua sikap individu tu sendiri)
Aku ada cuba untuk research pasal company ni dan kerja-kerja ni, tapi belum jumpa posting yang mencurigakan lagi…
Hari ke-3, aku bermula selepas pulang dari tempat kerja.. aku diberi task satu persatu. Bermula dengan Trial task.
Aku disuruh tekan link Z@l*r@, then add to cart, screenshot kepada customer service, then merchant confirmation, sent payment kepada merchant account, refunded capital+10% komisen.
Task pertama aku RM54. Berjaya refunded capital dan komisen. Task ke 2, harga kos aku RM146.
Aku pun teruskan task aku… tetapi… customer service tu kata.. task ke 2 aku ni joint order, jadi aku kena completekan order nombor 2 dan task ke 3 untuk aku dapatakn balik capital + komisen aku..
Order aku ke 2 dengan komisen 10%. Aku terus kan juga… order ke 3 aku RM899.. aku makin curious juga lah, harga kos makin naik.. tapi dengan instinct yang tak berapa nak sedap hati ni, aku teruskan juga demi modal + komisen yang bakal aku dapat semula nanti…
Setelah completed task ke 2, task ke 3 yang akhir aku ni.. ada 2 order ada aku kena completekan… harga kos meningkat, order dalam ke task ke 3 aku, RM2.6k dan RM6.4k…
JADI… aku stuck di task ke 3 untuk order terakhir sebelum aku dapat refund, sebab aku mana cukup duit sampai RM6.4k….
Aku sebenarnya da rasa macam aku kena scam dah… masa tu aku betul-betul susah hati, sebab duit simpanan aku menyusut…. jadi aku keep silent masa tu dengan customer service tu selama 2 hari..
Customer service tersebut follow up semula dengan aku, katanya merchant bagi 50% discount sehingga jam sekian selepas aku minta delay 2x.
Disebabkan dia kata aku akan dapat full refund bersama komisen aku right after the task completion, tanpa lengah aku proceed the last order untuk 50% discount tersebut selepas delay kali ke 2……..
Nak dijadikan cerita, selepas payout transaction successful, tup tup customer service tu kata dalam system aku punya payment terlebih masa dari waktu delay pertama. Jadi, aku kena keluarkan kos another 50% balance out of RM6.4k…
Aku requote balik mesej dia yang masa delay ke 2 yang dia approve tu, dia kata tak boleh sebab dalam system tak captured masa delay ke 2 tu. Then, dia kata kalau aku tak proceed lagi 50% sebelum 9.00am esok, modal aku akan hangus… tanpa full refund… masa tu….
Aku rasa macam aku B*D*H ya amat. Pertama kali aku tertipu dalam bab kewangan dengan modal yang agak besar bagi aku. Malam tu aku sangat sangat down… tapi aku tak boleh nak nangis, sebab masa tu aku tengah keluar makan dengan kawan aku….
Aku cuba nasib, DM orang-orang yang pernah DM aku masa aku mula-mula masuk. Mereka hanya blue tick kan aku. Jadi, malam tu… aku biarkan ia berlalu dengan rasa sangat “GLOOMY”. Tak tau nak habaq macam mana. Rasa broke ya amat…
Balik dari makan, sampai bilik… aku menangis… aku rasa B*D*H… aku p mandi, ambil wuduk, aku solat isyak dan solat sunat taubat…. aku istighfar dan baca doa nabi yunus dalam perut ikan nun tu banyak-banyak dan cuba tenangkan hati…
Aku hanya fikir positif, takpa lah… mungkin Allah izinkan untuk cuci dosa-dosa aku.. nak nak pulak, terbaca posting baru-baru ni di IIUM Confession “Mudahnya Haram, Sulitnya Halal” (https://iiumc.com/mudahnya-haram-sulitnya-halal/).
Terus teringat kerja-kerja lama aku dalam bidang kewangan, terus terang kata… kebanyakan realiti kerja kami dalam bidang akaun, cukai dan audit mendedahkan kami sangat tinggi dengan situasi begini…
Aku pun pernah ambil langkah keluar dari bidang tersebut untuk tak terlibat secara langsung sebab masa tu sampai ke tahap yang aku dah takda jalan keluar. Untuk kawan-kawan yang masih dalam bidang tersebut, please jaga diri dan etika kerja.
Jaga sumber berkat dan halal pendapatan kita, jika terkena situasi yang hala ke arah tak berkat tu, cuba dulu untuk cari penyelesaian unless betul-betul tiada jalan keluar untuk masih stay di situ.
Jadi, aku terus positif kan diri, aku anggap hampir Rm7k aku hangus tu bukan hak aku… dan aku dah kembali tenang.. Aku akan mula balik dengan cara lain dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
Keesokan harinya, mereka semua left dari Amber Group tersebut..
Aku mula research lagi sekali tentang modus operandi mereka, dan rupanya…. masih bersepah lagi iklan-iklan tersebut dengan modus operandi yang sama.. mereka akan guna nama platform e-commerce yang besar-besar untuk bina trust kita dengan mereka (Penipu a.k.a. Scammer).
Sejujurnya aku memang tak halalkan dunia akhirat setiap sesen pun duit yang mereka scam aku tu. Aku sangat hustle untuk simpan duit tu sampai RM7k.
Hati-hati lah kawan-kawan semua. Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan tersebut… tambah-tambah yang ada duit cukup makan ni, jangan la buat task-task tersebut…
Modus operandi nya mudah:
1. Whatsapp link.
2. Part time/fulltime for data entry, e-commerce agent dan seumpama dengannya (Fulltime siap ada EPF and EIS tau)
3. Komisen RM160-RM500/hari.
4. Add to cart barang, screenshot, transfer duit ke merchant bank account (i.e. personal bank account).
5. Selepas siap task, all the group members akan left group dan tinggalkan kita tanpa berita.
PLEASE….tolong la hebahkan sharing aku ni… dan ingatkan kawan-kawan, ahli keluarga semua… jangan terpengaruh dengan iklan sebegini….
Sekian, terima kasih sudi baca cerita aku sampai habis…doakan aku berjaya capai target impian aku…doakan aku dapat bayar zakat lebih dan bantu orang ramai juga.. Aku doakan kawan-kawan semua dapat jalan keluar dari setiap kesulitan yang ada.. Aamiin ya Rahman…
Sama-sama kita jadi orang yang bersyukur sentiasa dan terus berusaha untuk dalam apa jua aspek jihad (usaha) dunia dan akhirat.
Surah An-Nur ayat 37 dengan terjemahannya:
“(Iaitu) orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan (perniagaan) dan tidak juga oleh jual beli daripada mengingat Allah, melaksanakan salat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari (Kiamat) ketika hati dan penglihatan menjadi guncang (berbolak balik disebabkan hari Kiamat itu).”
– Nun Wau Ro (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit