Hati-Hati Jika Anda Ada Tanda-Tanda Ini

Penyakit kemurungan telah dikenal pasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini.

Ia diramalkan ia akan menjadi antara penyebab utama masalah kesihatan di negara-negara membangun menjelang tahun 2020 selepas penyakit jantung.

Maka, tidak hairanlah makin kerap kita mendengar tentang mereka yang mengalami kemurungan, malah mungkin juga mengenali seseorang yang mempunyai penyakit ini.

Apa itu kemurungan ?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Tanda-Tanda Kemurungan.

(Ambil tahu tentang diri, keluarga dan sahabat anda)

1) Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan.

2) Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.

3) Cepat rasa letih dan tidak bertenaga.

4) Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.

5) Perasaan bersalah yang tinggi.

6) Rasa diri tidak berguna.

7) Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.

8) Hilang selera makan dan penurunan berat badan.

9) “Rasa lebih baik mati”, kadang-kala disertai dengan percubaan bunuh diri.

10) Rasa tidak tenteram dan mudah marah.

11) Kurang daya tumpuan dan ingatan.

12) Sukar membuat keputusan.

13) Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.

14) Kurang nafsu seksual.

15) Pergerakan menjadi terhad/kaku atau menjadi resah gelisah.

16) Mudah cemas atau fobia.

APA PERLU BUAT?

Jika anda mempunyai tanda-tanda ini segeralah meminta pertolongan daripada orang-orang yang dipercayai atau terus mendapatkan nasihat kaunselor/psikiatri.

Jangan malu untuk mendapatkan pertolongan sebelum terlambat.

– Pejuang Kemurungan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *