Hai semua. Hari ni terdetik rasa nak buat confession sebab banyak kali jumpa laki orang yang menggatal dalam game, dan yang terbaru, dua minggu lepas.
Aku bujang lagi, kerja stabil. Cuma hobi aku lain sikit. Aku suka main online game. Lagi-lagi sekarang ni banyak game mobile yang best.
Cuma aku nak pesan dekat isteri-isteri luar sinun, sila pantau kegiatan suami anda main game ya Puan-puan.
Sekarang ni banyak gila game yang ada sistem “kahwin”. Ya, sebab dari situ players akan ada teman untuk buat aktiviti dalam game.
Cuma bila kau dah hari-hari dengan partner gaming kau jeβ¦.. akan ada bibit-bibit perasaan sayang. Especially bila ramai yang buat syarat wedding partner tu mesti jantina berlawanan.
Ramai sangat yang terjebak. Aku tak la, sebab aku suka pakai character lelaki. Kantoi pun kalau run dungeon dan kena pakai voice chat dalam Discord.
Tapi sejujurnya la aku cakap, 9/10 players lelaki yang dah kahwin ni GATAL.
Diorang bagitahu diorang dah kahwin, tapi masih lagi menggatal dengan players perempuan. Duk sayang sana, sayang sini, siap bagitahu rindu lagi tu.
Aku terkena dengan sorang players ni. Asalnya nak points je nikahkan chars kami. Eh tiba-tiba dia jadi lain pulak. Dah berani panggil aku sayang, duk cakap rindu.
Aku dah rasa nak termuntah. Dia dah ada kat rumah dengan bini dia, masih lagi menggatal dalam game. Siap tanya aku duduk mana, boleh pergi minum-minum.
Aku serius tak selesa gila. Aku cuma nak points, boleh redeem barang dalam game. Tapi dia dah buat aku macam bini dia. Online lambat, desak-desak aku online hari-hari untuk dia.
Bila dah sampai cakap rindu sangat kat aku sampai tengok bini tak lalu, aku pun apa lagi, terus quit ya. Haaaa memang tak lah aku nak melayan jantan tak guna dalam game.
Aku baik lagi tau, bagi aku siapa diri aku di real life terlalu privasi untuk didedahkan. Aku terus berhenti main game tu. Cuma itu lah aku nak pesan, pantau la laki korang yang kaki game tu.
Ramai sangat perempuan gedik dalam game. Kawan aku pernah habis beribu topup dekat “bini” dia dalam game, buat beli costume la bagai.
Last-last menyesal tak habis.
Lelaki yang main game tapi tak gatal tu, syabas la aku ucapkan.
CUMA dekat jantan-jantan gatal ni ha. Ingat la bini kalian kalau kalian dah beristeri. Tak payah layan gamers perempuan gedik lapar perhatian dalam game.
Kadang-kadang diorang tu catfish je. Jantan, tapi ngaku perempuan. Ada yang curi gambar orang lain letak dekat DP dia.
Main game sekadar main game sahaja. Tak perlu nak bersayang-sayang sangat. Nanti jatuh sayang betul, baru tahu. Banyak ye kes orang bercerai-berai gara-gara jumpa orang lain dalam game.
Nampak macam bodoh je tau. “Hek eleh, main game macam budak-budak, nak risau apa.” Percaya lah cakap aku. Dugaan dia tu besar gila.
Sebab apa, kebanyakan game akan memerlukan korang sentiasa buat events dengan partner dalam game. Jadi banyak spend time. Dan dari situ, tahu-tahu je lah dugaan dia macam mana.
Kalau nampak macam suami tu pelikkk je melekat dekat phone tu, boleh da usha game tu ada sistem kawin ke tak. Hehehe.
– Lulu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit