First of all, saya nak ucapkan selamat hari wanita kepada semua wanita. Saya ingin berkongsi pengalaman pahit buat semua dan ingin sekali mengingatkan kepada semua wanita khususnya agar sentiasa berhati-hati.
Semalam merupakan detik hitam buat saya yang diganggu oleh seorang remaja lelaki, bangsa dirahsiakan kerana tiada unsur racist disini. Sedikit intro, saya Sarah dah berkahwin dan ada seorang baby boy. Saya berpindah ke satu kawasan apartment beberapa bulan lepas kerana dekat dengan rumah pengasuh. Pengasuh sangat bagus, and for the sake of my baby saya dan suami decide untuk pindah. Sebab senang and baby tak perlu ulang alik naik kereta. Jalan jem, rasa tak selamat, dan baby kerap meragam, factor masa, tu semua punca kami berpindah. So back to the story, kawasan apartment (kos rendah) yang kami baru pindah ni ramai bangsa ‘ini’ yang tinggal, my bad sebab tak betul2 survey tempat tu before pindah. Satu pengajaran for next time. Nasib baik tak jadi beli apartment tu. Sekarang just menyewa.
So, dah macam habit dekat mana2 pun, for any races, kalau dah geng dia je yang dominan dekat sesuatu tempat, naik lemak la kan. Sama jugak dekat kawasan saya ni. Dengan bising nya, sifat pengotor buang sampah tepi tangga, kencing merata, parking macam hak milik bapak sendiri and ect. Itu perkara biasa, dan saya masih boleh hadap lagi. Nak dijadikan cerita, semalam pada waktu lunch hour saya balik kerumah untuk lunch dekat rumah je sebab lupa nak bawak cash. Sebabkan malas nak meminjam dengan kawan office, saya balik je lagipun jarak rumah ke office 10 minit je. Selepas park kereta, saya dah perasan ada orang dekat hujung blok tapi tu normal lah, memang biasa ada orang pun kat situ. Sampai je dekat depan grill rumah, tengah syok cari lubang nak buka mangga, that guy come approach me from behind. Rasa tak enak kat situ. Macam common penjenayah, mula2 tanya arah kawasan kat situ. Saya pusing kepala sambil scan atas bawah sambil2 tu jugak bagitau arah tapi tangan still buat2 buka mangga. Dah terbuka sebenrnya, tapi takut nak masuk dalam takut orang tu follow sekali.
Lepas saya dah menjwab soalan tu, dia masih distu buat2 call someone nak Tanya betul tak arah jalan tu. Cliché sangat. Lepas tu dia Tanya kedai depan tu ada jual kondom ke idok, hai la budak ni aku sepak jugak kang. Saya just cakap kau pergi la Tanya sendiri and tangan still dekat mangga. Stanby kalau2 dia menjauh sikit, saya akan cepat2 masuk dalam. Tapi malangnya, dia masih nak bertanya soalan lagi. Siap bersandar tepi dinding lagi. Kau ni, lain macam dah ni. Belum sempat dia nak create nonsense question, saya dah potong, “Kau ni dah kenapa, boleh blah tak!” Lebih kurang lah, sebab saya kalau boleh masa tu nak je lari jauh2 tapi sebabkan pakai kain, bukan seluar seperti biasa, so larian saya mungkin sama laju dengan dia yang hanya perlu berjalan je. Masa ni saya dah kunci balik mangga, tak jadi lah nak masuk. Nanti ape2 hal yang jadi kat dalam, orang dah tak Nampak. Better stay lua at least akan ada orang yang lalu.
Malangnya, time2 macam tu ramai yang keluar bekerja. Keadaan sunyi. Then guest what, dia dah start niat dia yang tak elok tu. Boleh pulak dia turunkan seluar dia separuh yang mana menampak kan *****, luckily saya sempat pandang tempat lain, kalau tak trauma jugak lah. Terus saya ketuk pintu jiran sebelah umah, saya yakin ada tuan rumah sebab saya kenal. Cuma dia tak buka sebab maybe takut, plus dia perempuan and ada baby jugak kat dalam. Saya just ketuk untuk takutkan that boy. Mula2 dia macam takut, tapi tengok macam no respond dari jiran saya, so dia datang dekat balik and Tanya husband ada kat dalam umah tak. The heck kau tahu aku ada suami still nak kacau aku ke ape. Niat hati nak snap je gambar, tapi takut dia makin agresif dan datang dekat untuk rebut telefon dari saya. So, batalkan niat. Then terus call pengasuh minta tolong anak bujang dia turun bawah. Masa tu baru la dia larikan diri. Then, terus call husband suh balik nak pi buat police report.
Dipendekan cerita, budak tu kami dah settle kan baiiiik punya. Bagi sedikit pengajaran, sekolahkan sikit, memandangkan ramai ‘pensyarah’ volunteer nak bagi kelas kat budak ni. Masa kejadian, ada lah bangsa2 dia keluar mayb untuk backup, tapi lepas je tahu sebab, mereka sendiri bagi green light. Sekarang mak bapak budak tu pun dah tahu perangai anak dia macam mana, dan minta maaf diatas apa yang berlaku, they feel sorry for that and they also take action. Katanya budak tu ada sedikit mental, tapi tiada apa2 surat pengesahan doctor. Katanya lah . The end.
Disini saya nak nasihatkan para wanita kat lua sana untuk sentiasa berhati2. Jenayah ada dimana2. Well, kaum wanita merupakan sasaran mudah bagi mereka. Jangan cipta ruang atau peluang kepada mereka untuk mengambil kesempatan keatas diri kita. Perlu double alert dengan keadaan sekeliling. Bak kata lecturer saya masa study dulu, kes jenayah takkan berlaku tanpa wujudnya 3 perkara, Penjenayah, mangsa, dan peluang. Jika salah satu dari 3 perkara ni tiada, maka kes jenayah tidak mungkin akan berlaku. Hope kita dapat elak benda2 macam ni dari terjadi kepada diri sendiri. Dan saya sangat bernasib baik tiada apa yang tidak diingini terjadi.
PS: Beberapa kerat kawan terdekat yang mengenali diri ini, mohon jangan tag wa .
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit