Assalamualaikum. Selamat berpuasa dan semua… Penulisan dari budak tua lepasan SPM pada usia 36 tahun. Itupon tak pass lagi.
Urusan Rezeki, Ajal dan Jodoh sepenuhnya kehendak Allah SWT. Percaya kepada Allah. Perancangan-Nya adalah Yang Terbaik.
Beberapa orang menganggap Saya dah jadi anti-lelaki. Saya cuma tersenyum. Nampak jelas yang bercakap itu tidak pernah bertemu dan tak kenal siapa saya.
Kisah saya berbeza… Ujian hidup saya juga berbeza dengan anda. Disini saya cerita bab nafkah, kecurangan dan pengetahuan agama dalam perkahwinan. Tentang Bab Kesihatan anak pelajaran anak, hutang loan dan lain-lain… lain kali…
Yup… I’m still single. Selepas 4 tahun penceraian. Tetapi bukan bermakna saya anti-lelaki atau serik untuk berkahwin lagi. Allah SWT belum izinkan jodoh saya untuk menemui saya.
Saya pernah dibesarkan dalam keluarga yang harmoni dan tiada penceraian,
Tapi Kami di kejutkan dengan cerita penceraian ibu bapa sendiri pada usia emas mereka ‘jodoh tak panjang atas asbab asbab tertentu’ kesan dari mulut jahat orang sekeliling dan hasutan hasutan iblis yang bertopengkan manusia, cukuplah saya sahaja yang mengenali dan mengetahui kisah nya.
Waktu saya dah berumahtangga dan sedang mengandung anak kedua. People always think i am well prepared in marriage. Because i learned. Tanpa sesiapa sedar itulah ujian Tuhan untuk kami sekeluarga.
Saya bertunang pada usia 19tahun dan berkahwin pada usia 21 tahun. Sebabkan bertunang awal. Urusan perkahwinan itu dipercepatkan.
Walaupun tak mahu walaupun membantah awal nya. itu keputusan muktamad keluarga. Maka bermula perjalanan takdir saya dalam Urusan rumah tangga.
Bekas suami tidak solat dan tidak tahu mengaji. Huruf Hija’iyah pun dia tidak kenal. Zero knowledge bab agama. bidang akademik pon tiada juga. Waktu berkahwin dia tiada apa-apa harta. Kereta pinjam family dia sahaja yang dia ada. Hantaran pon shared.
Selepas seminggu berkahwin dia dah masukkan semua barang kemas saya ke pajak gadai. kad bank saya jadi kepunyaan dia. (Saya bodoh dan tiada ilmu dalam kehidupan. Saya Rahsia kan sebab aib suami. Dan inilah kesilapan saya, taat tak bertempat.)
Saya pernah berusaha untuk ajar bekas suami solat, membaca Iqra’ baca doa-doa sama seperti saya ajar adik-adik dan anak-anak saya mengaji. Tapi betullah apa yang saya belajar dahulu bahawa pentingnya SEKUFU berkaitan perkara jodoh di dalam Islam.
Sesiapa yang bergelar ibubapa take noted. Ianya sangat perit bagi anak perempuan jika suaminya Tidak-Sekufu dalam perkara Hukum Agama.
(Disini saya belajar, jangan harap orang akan berubah selepas berkahwin. Bukan senang nak ubah tabiat yang dah sebati dengan hidup nya.nak kahwin belajar agama dulu bukan kahwin dulu baru belajar.)
Saya tidak mendapat nafkah zahir sejak mula berkahwin. Dan itu menyebabkan saya sentiasa bekerja dan untuk membantu dia. Di awal perkahwinan lagi, pajak gadai barang kemas saya itu perkara biasa. Bekas suami selalu tiada kerja tetap dan dia sentiasa ada masalah dalam kerja.
Bila dah stabil dengan kerja nya. Anak pon dah ramai. Walaupun dia dah ada duit. Dia tetap sama. Nafkah isteri itu pada dia cuma makan dan minum tempat tinggal.
Pakaian baru 2 kali setahun. (Disini saya belajar dalam rumah tangga perlu ada give and take. jika kita hanya memberi tapi tak menerima. Lama-lama makan hati.)
Impian saya agar bekas suami bawa saya dan anak-anak solat berjemaah. Belajar mengaji hidup kan sesi ta’alim dalam rumah hanya tinggal impian. Ianya cuma memori zaman kanak-kanak saya apabila ayah setiap hari ajar kami mengaji selepas solat berjemaah. Bercerita sirah nabi.
Jadi saya mula redha dan menerima hakikat bahawa anak-anak saya takkan membesar sepertimana saya dibesarkan. Dan saya yang mula mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab mendidik tiga anak lelaki seorang anak perempuan saya dan menguruskan rumahtangga.
Saya juga pernah berada dalam situasi.
Ada suami macam takda suami. Bukan berbulan tapi bertahun.
Saya belajar aib suami mesti ditutup.
Saya tutup aibnya rapat-rapat kerana itu perkahwinan kami bertahan selama 9 tahun dan baki 3 tahun lagi bertahan di atas kertas sijil nikah.
Total 11 tahun Tanpa Nafkah Isteri dan 3 tahun Tanpa Nafkah Anak-Anak. Dan penceraian ni lesen besar dia dari tanggungjawab bagi Nafkah Anak.
Sekarang dia bukan suami saya, jadi saya nak ceritakan buat panduan dan memberi semangat kepada semua wanita yang diceraikan suami hari ini disemua negeri setelah Kes Lafaz Talak Luar Mahkamah diputuskan Hakim Syariah sah jatuh.
Anda semua harus bangkit. Kuat kan semangat. Allah ada bersama kita.
Oh haa.. Perceraian saya menggemparkan saudara-mara saya kerana mereka tidak pernah dengar walau satu perkataan pun saya tunjukkan saya ada masalah dalam rumahtangga.
Yang tahu cuma Family, ibu saya dan adik-beradik saya kerana waktu itu bekas suami terkantoi dengan handphone-nya tertinggal di rumah…
“Ini Turning Point saya dalam perkahwinan – Saya mula sedar saya sudah kecewa dengan perkahwinan itu…
Dulu saya tak tahu mengapa Allah uji saya dengan segala perkara membabitkan Hukum Agama dalam perkahwinan. Saya selalu menangis selepas solat dan mempertikaikan takdir Allah SWT” Kenapa KAU uji aku begini Ya Allah. Apa dosa aku pada KAU? Apa dosa besar yang aku dah buat?
Take One Step A Day.
Everything will be okay. InsyaAllah.
Berbalik kepada diri saya yang akhir-akhir ini sering menjadi persoalan rakan-rakan yang dah mula bimbang dan bertanya-tanya bila dah bertahun-tahun saya hidup sendirian.
Doakan saya. Mana tahu ada antara doa kalian dimakbulkan Allah SWT dan jodoh baru saya itu akan bertemu saya akhirnya.
Saya tidak pernah terima Nafkah sebagai Isteri. Pegang duit suami. Uruskan kewangan gaji suami. Hahaha… Mesti seronok kan…
“Sayang… ni nafkah Sayang bulan ni saya bank in dah, belilah apa-apa Sayang nak beli.”
Andainya lelaki itu mampu penuhi apa yang saya terlepas dalam perkahwinan pertama sepertimana perenggan-perenggan di atas.
Walaupun dia mampu beri nafkah RM200 sebulan pun saya terima. The amount is not a problem to me. I can finance myself.
Keikhlasan Bertanggungjawab Membawa Keluarga Ke Syurga Allah itu yang nak dicari.
Jika ada bagi saya perkahwinan kedua dan harap nya yang terakhir… Saya mahu semua orang gembira dan bahagia dengan jodoh saya…
Dan… Jika tiada jodoh saya di Dunia, saya mahu semua yang meminta saya berkahwin dan yang mendoakan saya, bergembira berkumpul bersama-sama saya dan jodoh saya di Syurga nanti. Insya-Allah…
– Bunga kemboja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit