Hati-hati Sebar Berita

Hai salam. Terima kasih kalau admin siarkan confession ini. Sebenarnya ni bukan cerita, cuma sekadar mahu berpesan. Ringkas sahaja.

Rata-rata orang zaman sekarang suka menyebarkan berita. Pantang nampak berita sensasi, share post, quote di Twitter. Bukan sekadar share, tapi kadang-kadang disertakan lagi dengan kata-kata nasihat dari diri sendiri. Syukurlah kalau nasihat, tapi kalau makian? Hm.

Saya bukan siapa-siapa. Bukan lulusan agama. Bukan orang ada-ada. Hanya orang biasa yang asas agama, insyaAllah ada. Saya cuma ingin berpesan, tak salah bila kita nak nasihat orang. Tak salah nak memberi pandangan sendiri. Tapi hati-hati. Jangan sampai membuka aib orang. Ya, berita sensasi. Ya, satu Malaysia dah tahu. Tapi jangan, janganlah kita menjadi salah satu “ejen” penyebaran berita yang berunsurkan gossip, kutukan, ejekan, atau apa-apa yang tidak mendatangkan faedah.

Betulkan saya jika saya salah, tapi bukankah dalam Islam, kalau hendak bercerita sekalipun, tak boleh disertakan nama? Jangan sampai orang boleh kenal siapa yang kita maksudkan. Ni kalau nak cerita ambil pedoman lah kan. Kalau kutuk ke, hm kutuk tu pun tak boleh sebenarnya.

Saya risau, sebab (betulkan saya lagi jika salah), andai kata dengan asbab kita klik “share”, kita klik “retweet”, kita akan menjana dosa dari situ. Tak berhenti- boleh jadi macam MLM. Allahu. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan.

Jadi, saya harap sahabat semua boleh berfikir dua kali sebelum berkongsi sebarang berita lebih-lebih lagi kalau yang namanya gosip. Bahaya. Di dunia mungkin lepas, di akhirat? Allahu. Nauzubillah. Jom sama-sama berubah, inshaAllah.

– Zaid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit