Hati-hati Wahai Perempuan

Assalamualaikum wbt. Saya Cik Kiah. Tak pandai berniaga, tapi pandai paksa orang beli. Bujang senang. So, tiada kaitan dengan pemandu Grab dan anak orang yang hutang PTPTN. Haha.

Okey, cukup sekadar itu saja pengenalan diri. Izinkan saya tukar kata ganti nama diri “saya” kepada “aku” supaya senang nak cerita.

Aku pun tak reti sangat nak cerita. Tiada bakat dalam menulis. Maaf kalau bosan. Harap mesej aku sampai.

InshaAllah aku cuba sampaikan mana yang termampu dengan niat nak bagi kesedaran terutama kepada golongan perempuan yang sering dipandang lemah macam aku (padahal tak lemah pun) supaya sedar diri untuk menjaga keselamatan diri.

Aku rasa ramai wanita yang alert, cuma ini utk tingkatkan lagi selari dengan tawakal.

Aku ni jenis orang yang tak berhati-hati sangat. Tapi tak adalah tak hati² langsung. Bagi aku, apakehal nak hati2 bagai. Siapa je nak ada niat tak baik dekat aku.

Bahkan aku selalu rasa orang tak sedar pun kewujudan aku dimuka bumi ni. Semua orang ligat buat hal masing² dalam putaran mata aku yang kuat memerhati orang ni. Tapi kdg² aku takdak akai nak baca akai orang.

Dari zaman belajar, walaupun aku ni ada geng/kawan rapat aku suka gerak sorang² pergi kelas ke, pergi kerja ke or pergi mana². Serius, aku tak takut.

Bagi aku rimas nak tunggu orang dan rimas orang nak tunggu aku. Tapi tempat yang aku ada tujuan dan biasa pergi jela. Sebab aku tak adalah berani pergi sorang2 smpai KLCC dan tempat2 crowded area KL (ni confirm akan ajak kawan teman).

Maksud aku, berani aku bertempat. Tak berani aku pun bertempat. Ya , aku ni suka benda tengah². Bagi aku benda tengah² ni selamat. Tapi tetaplah ada kelemahan aku dalam mengamalkannya haha.

Ok ni aku nak masuk cerita, tadi pengenalan je. Kelemahan aku, aku rasa dunia aku ni selamat tanpa was² dan syak wa sangka (betui ka ejaan) bantai je lah. Sebab utama aku rasa macam ni sebab circle kehidupan aku yang agak selamat.

Maksud aku, aku ni tak terdedah sangat dengan segala benda negatif dari sudut tempat kerja, pergaulan, keluarga dan dll. senang nak gambarkan hidup aku bukan macam budak tebing, terdedah dengan risiko jenayah.

Seram tengok hidup laura n kawan perempuan dia tu. Aku rasa aku kurang risiko la dengan circle aku yang agak selamat sehingga aku lupa aku bermastautin di sebuah bandar dalam negeri selangor.

Tapi bila banyak kisah² yang agak tragis berlaku dalam hidup aku menyebabkan aku rasa aku kena lebih hati² dan buka mata aku luas² yang statistik jenayah di negara kita ni agak tinggi. Tawakal penting dan usaha pun penting.

Nanti korang akan tengok aku berubah jadi agak penakut dan agak berhati² setelah apa yang berlaku pada kisah 4 dan 5 terutamanya sebab dah ada akai nak fikir. Disebabkan aku tak ingat sangat garis masa yang tepat dan nak ringkaskan cerita so aku listkan dibawah kisah² yang tragis tu.

Kisah²:

1. Masa aku sekolah rendah, balik dari dapat keputusan UPSR, ada lelaki yang bawa van putih tahan aku dengan sorang kawan perempuan aku.

Masa tu aku naik basikal. Dia panggil nak bagi gula², tapi aku dengan kawan aku tak nak ambik sebab mencurigakan. Lepastu, mereka nak tarik bawa masuk Van. Mujur aku dengan kawan aku sempat kayuh laju gila sampai rumah.

2. Masa aku menengah bawah, Aku balik sekolah jalan kaki, rumah aku kurang dari 1 km. Bila aku melintasi bus stop, tiba2 ada sekumpulan lelaki yang serbu bus stop tu dan mengelilingi aku.

Nasib aku sempat menyelit bawah bangku panjang yang diperbuat dari simen (tak tahu korang dapat bayangkan tak). Tapi aku berjayalah larikan diri dengan menyelitkan badan. Nasib aku kurus.

Tapi sampai sekarang aku tak faham diaorang nak buat apa dan motif diaorang. Tapi aku lari tak henti sampailah ke rumah. Lepastu, aku tak jalan kaki dah. Abang aku ajar aku bawa motor sendiri pergi sekolah sebab kwsn kampung kan.

3. Masa aku tahun SPM, aku selalu tidur lewat malam sampai 2 pagi macam tu. Sebab aku pelajar aliran sains tulen. So nak kena strugle sikit belajar sebab aku bukan pandai sangat. So kedudukan bilik aku ni satu²nya bilik dekat dapur (masa tu tak renovate lagi).

Lepas aku tutup lampu, aku ambil bantal dan decide nak tidur dekat bawah. Hati aku tergerak tak nak tidur atas katil malam tu. Baru je pejam mata, aku dengar dan nampak bayang orang kokak tingkap cermin bilik aku. Aku nampak bayang sebab ada lampu rumah jiran aku.

Lepas tak berjaya kokak, aku dengar orang tu pulas tombol pintu dapur nak cuba masuk rumah. Aku lari tanpa traffic light masuk bilik mak ayah aku.

Abang aku dengar mak aku menjerit terus buka pintu utama, tapi dah hilang orangnya. Tapi nampak la kelibat lelaki yang berlari. Cermin bilik aku penuh dengan tapak tangan orang yang nak kokak tu. Lepastu, itulah modal aku kalau malas cuci cermin, haha.

4. Ni baru lagi berlaku, hujung tahun lepas. Aku cuak nak masuk pasal ni sebenarnya, risau bekas housemate aku dapat detect aku confess. Korang doakan tak kantoi tau, haha. Sebab malu pulak. Macam acah je confess2 ni. Haha. Gurau2.

Ok saje santai2 sikit sini kemuncak kisah aku jd agak insecure. Tapi sebelum masuk kemuncak, aku cerita sikit eh pasal sesuatu yang aku rasa takdir ni Allah dah bagi hint dekat aku supaya hati². Tapi biasalah aku hamba yang lemah tidak mengerti sebelum terjadi. Chewah.

Aku duduk sorang dekat taman permainan, acah nak baca buku situ sambil menghirup angin sepoi2 bahasa. Masa tu dalam jam 10.30 pagi. Biasa lah kan kalau orang lepak taman hujung2 minggu.

Lagi pun, taman tu bawah apartment yang aku duk sewa tu je. Sekeliling aku, ada orang joging, ada orang main basikal n dll. Tiba², seorang lelaki bermotor mendekati aku yang tengah duduk di sebuah bangku.

Muka aku cuak la kan. Dalam hati aku asal lelaki ni. Tiber. Dia nak ragut buku aku ke (sebab masa tu aku bawa buku aku je). Jahat betul apa aku fikir. Tapi nampak tak aku hati2 jugak sebab da besar kan. cuma kurang hati².

Lepastu, dia tanya aku buat apa dan bla² smpai dia bukak dompet dia tunjuk kad polis. Dia mintak aku beredar dari situ dengan sangat sopan tapi tegas.

Otak aku berfikir dengan laju, asal banyak2 orang dia tegur aku. So aku decide aku nak perasan. Mesti abam polis tu nak mengorat aku. Korang pun mesti fikir macam tu kan. Haha. Tapi, malangnya perasan aku tu sempat beberapa hari sahaja.

Lepastu, aku terkait dengan pengedar dadah sehingga menyebabkan aku dan housemate aku terpaksa berpindah dan berpisah ke bilik sewa.

Yang ni aku tak boleh nak perincikan details, sebab panjang sangat. Kalau ada komen nak tahu, nanti aku sambung. Kalau tak, cukuplah sampai sini saja sebagai pesanan aku kepada kaum hawa. Maaf panjang sangat nak cerita.

5. Kisah tragis ni berlaku masa aku dalam perjalanan nak ke tempat kerja awal tahun bulan januari, aku naik motor sorang satu dengan kawan aku sebab hari tu aku kena jadi runner. Korang jangan ingat aku kerja food panda pulak, haha.

Lepas kes 4 yang terpaksa aku pindah rumah sebenarnya aku dah tak berani bawa motor aku sorang². Aku jadi pembonceng dia. Tapi serius hari tu aku terpaksa bawa motor sendiri atas tugasan kerja.

Lagi satu, aku memang ada kereta juga. So, kalau nak ikutkan trauma lepas kes 4, aku boleh bawa kereta. Dalam perjalanan ke tempat kerja, aku kena ragut masa aku tengah bawak motor.

Bayangkan tayar motor tengah berpusing aku boleh kena ragut. Aku langsung tak terfikir boleh berlaku. Beg aku dipotong guna pisau dan motor ditendang. Aku jatuh tersembam dan terseret sikit muka.

Nasib aku pakai helmet dan kaki agak luka berlubang (sampai sekarang tak baik lagi). Kurang wang hantaran aku, haha. Ni pun ada cerita detailsnya.. tak syok tak cerita details tapi jari aku dah kebas sebab lama menaip. Takpe if korang request nanti aku sambung.

Kesimpulannya, aku agak trauma dengan perkara2 yang berlaku ni. Kemuncak yang aku sedar aku trauma pada kisah keempat dan kelima. Selepas kes ke 4, aku sebenarnya di sahkan oleh doktor menghidap PTD iaitu posttraumatic disorder.

Aku jumpa doktor sebab simptom aku seperti sesak nafas n dll dan dah pergi klinik kesihatan tapi tiada apa2 penyakit fizikal. Korang boleh google pasal PTD.

Aku jumpa doktor pun bukan sebab aku plan nak jumpa tapi sebab aku ada hadir satu kursus kesedaran mental. Aku pergi atas tugasan kerja.

Tapi menariknya, doktor bagi aku surat rasmi untuk rawatan susulan jumpa doktor psikiatrik sebab disahkan PTD. Tapi tak sempat nak pergi, aku kena ragut sehingga menyebabkan aku tak boleh drive, kaki injured.

So lepas kejadian tu aku nampak perubahan positif pada diri aku sebab semua simptoms tu dah hilang. Aku pun sebenarnya berat hati nak jumpa doktor tanpa aku menafikan kepakaran mereka.

Tapi aku ada usaha cara lain untuk sembuh juga. Nanti ada kesempatan aku share. Kalau tak ada kesempatan aku mintak maaf sebab dah janji.

Maaf tak niat nak gantung2 cerita. Tapi serius terpanjang pula. Jari aku dah sakit. Maaf 10 jari aku manja semenjak PKP. Ok stay safe semua.

Aku harap semua orang terutamanya kaum perempuan berhati² walaupun kisah aku taklah tragis macam lockdoor (kisah korea). Aku pun tak tengok. Baca review cerita je. Tapi serius seram. Alhamdulilah nikmat PKP, mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.

– Cik Kiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *