Hati Ini Dihiris Lebih Dalam Lagi

Hati ini di hiris lebih dalam lagi kali ini. Bukan tidak pernah terjadi perbalahan antara kita selama ini, tapi kali ini kamu pergi jauh dari batas yang sepatutnya puteriku.

Ya puteri ku, manis orangnya. Cerdik lagi bijaksana. Selalu mendapat tempat pertama ketika peperiksaan. Membawa piala dan juga hadiah dari sekolah. Mama bangga dengan mu puteriku.

Anakku, kamu yang pertama menghuni rahim mama. Darimu, permulaan untuk mama belajar menjadi seorang ibu.

Mama tahu, banyak salah dan silap mama. Maklumlah menjadi yang pertama adalah seperti ujian. Alhamdulillah dengan izinnya, mama perbaiki diri mama.

Jika tidak masakan sewaktu kecil dahulu, kamu puteriku selalu mengirim kad ucapan. Itu ketika kamu belum mengenal telefon, internet dan kawan kawan.

Berapa banyak kad yang kamu buat kebanyakannya mama simpan rapi didalam envelope di masukkan ke dalam kotak. Ada beberapa nya mama tampal di dinding ruang pejabat mama.

Sesekali rakan mama membaca dan memuji terasa bersyukur sekali mama di hargai begini oleh mu.

Manakan tidak, kamu katakan mama lah yang paling sempurna untuk di sayangi. Tiada ganti nya didunia ini. Mama lah insan paling cantik, kamu mahu menjadi seperti mama. Dan lagi, kamu sayang mama walau apa pun terjadi.

Kamu lukis gambar kita berpegangan tangan bersama melihat matahari dan pelangi. Seakan gambaran kita akan berbahagia selamanya.

Manis sungguh kamu ketika itu puteriku. 13/3/2018 puteriku tarikh kad ucapan tersebut. Kamu berusia 9 tahun ketika itu.

Kini, langit yang cerah bertukar mendung. Pelangi kian pudar. Mama bodoh! Mama jahil! Isya (bukan nama sebenar) benci mama!

Dan kini kamu mengatakan mama b#b# hanya kerana mama tidak menyuruh adikmu mengemas tempat tidur. Adik mu sakit malam itu puteriku.

Mama memberinya makan ubat. Kamu datang dalam keadaan marah, mama pon tertinggi suara ketika itu. Terus kamu menghukum yang mama tidak sayangkan kamu.

Kamu mencerca ibu dengan mulutmu yang mama suapkan air susu suatu ketika dulu. Terpana mama mendengarnya. Terdiam seribu bahasa mama melihatmu.

Papa datang ingin memarahimu, mama tahankan kerana sudah sampai waktu tidur. Besok kita semua bangun sahur, ibu ke pejabat dan kamu ke sekolah. Ibu tidak mahu panjangkan cerita.

Mama tahu kemuncak kemarahan kamu adalah ketika mama menetapkan parent setting di telefon kamu.

Kamu katakan yang mama telah mengganggu privasi kamu. Maafkan mama. Mama terpaksa sebelum mama lebih menyesal dan sebelum kamu melangkah lebih jauh. Mama rasakan itu yang terbaik untuk kamu.

Kamu anak yang bijak, berbagai ceramah kepimpinan di sekolah telah kamu ikuti sebelum ini. Yang paling kamu suka adalah ceramah ust ebit liew.

Kamu katakan yang kamu rasa bersyukur masih dikurniakan mama, kerana ketika di sekolah ustaz ebit liew ada bercerita perihal anak yatim.

Entah di mana silapnya kini kamu berubah. Bukan sahaja kamu berubah menjadi seorang yang cantik dan bijak malahan kamu berubah menjadi seperti memusuhi mama mu ini.

Sehingga kini tiada perkataan maaf dari mulutmu. Mama diam seribu bahasa kali ini kerana mama tidak boleh lagi berkompromi dengan mu puteriku.

Sebelum ini, mama akan memanggil kamu dan berbincang. Acapkali mama yang akan mohon maaf dulu mengakui kesilapan mama. Kita dah berjanji kan untuk berubah.

Tapi kali ini way too far puteriku. Hanya kepada Allah tempat mama mengadu. Sesungguhnya Allah yang memegang hati hati kita.

Mama telah kirimkan warkah kepadamu, dan mama tahu kamu telah membacanya kerana mama kirimkan sendiri kepada kamu melalui tangan mama.

Tapi sehingga kini, kamu masih diam membantu. Mengelak untuk berjumpa mama. Mama tahu mama tidak sempurna, tapi mama berusaha menjadi yang terbaik untuk semua kesayangan mama.

Terima kasih jika disiarkan. Terima kasih kepada pembaca. Mohon doa dari kalian agar puteriku ini kembali menjadi manis seperti suatu ketika dulu.

Sesungguhnya tiada nikmat yang terbesar sebagai ibu bapa selain mendapat anak yang soleh dan solehah. Akhlak yang mulia penghias diri.

Semoga segala doa dari kalian akan berbalik semula kepada kalian. Aamiin yra.

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *