Hati Isteri Siapa yang Tahu

Hai korang. Dengar lah luahan hati aku ni.

Aku Amy, 24 tahun, baru je berkahwin tahun ni. Tadi ada terbaca kisah seseorang dalam IIUM Confession ni yang takutkan perkahwinan. Yes, aku pernah takutkan perkahwinan sebelum aku buat keputusan nak berkahwin. Aku takut salah pilih suami.

Ibu aku pernah cakap, “Kesalahan perempuan yang paling besar adalah apabila dia salah memilih suami.” Aku mengakui benda tu banyak betulnya.

Anak-anak tak boleh memilih orang tua mereka. Mereka tak ada peluang dan tak boleh decide orang tua macam mana yang mereka mahukan. Jadi peluang tu terletak pada kita perempuan.

Carilah suami yang boleh membimbing kita dan keluarga kecil kita nanti supaya mereka tak perlu rasa menyesal dilahirkan dalam keluarga yang sebegini atau sebegitu. Sebaliknya rasa bersyukur mempunyai keluarga kecil yang sederhana dan harmoni.

Isunya sekarang ni, aku baru berkahwin. Aku takdelah nak kata aku dapat suami yang tak baik, baran dan sebagainya. Suami aku ni baik. Baik sangat, samada pada aku, keluarga aku, dan keluarganya sendiri. Dia cukup serba-serbi menyediakan nafkah aku dan bertanggungjawab.

Tapi korang, aku perasan, suami aku ni tak tahu jaga perasaan aku. Dia tak abaikan aku, dia tak pernah tinggi suara apatah lagi memaki. Cuma dia kalau bercakap, macam tak fikir dulu perasaan aku. Kalau aku dengar perkataan yang keluar dari mulut dia tu, akan buat aku terasa hati.

Contohnya, korang, dia cakap dia homesick. Yes, dia rindu rumah mak dia. Korang rasa patut ke dia cakap macam tu?

Aku ni dah tinggalkan keluarga aku untuk hidup sama-sama dengan dia, dia boleh cakap macam tu dekat aku. Seolah-olah lepas berkahwin, dia ada tanggungjawab lain yang perlu dia utamakan sebelum keluarga dia.

Dan dia seolah menyesali perkara tu. Bila dia homesick, dia akan banyak diam dan termenung. Aku ni memang macam tunggul je.

Kedua, suami aku ni memang tak peka langsung pasal aku. Apa yang aku suka, apa yang aku tak suka. Kalau berulang kali pun aku bagitahu semua tu, dia takkan ingat. Bila marah, dia akan jawab dia lupa.

Contohnya, aku ni tak makan daging-daging berdarah, apa semua. Tiap kali makan luar atau mana-mana, dia akan tanya aku, “Kenapa tak makan daging?” Dari zaman bercinta lagi dia macam ni.

Mula-mula aku ingat normal la gurau-gurau. Rupanya tak, ye korang. Dia memang seolah tak ambil peduli atau tak nak ambil tahu. Padahal kalau tentang dia tu, aku korek habis dekat mak mertua apa dia suka, apa dia tak suka. Effort sangat, ya. Stress sangat.

Ketiga, suami aku ni bukan jenis yang akan back up aku atau menangkan aku kalau dalam hal yang melibatkan keluarga dia.

Ok, untuk pengetahuan korang, aku ni dulu bukan lah pilihan keluarga dia, atau paling tepat sekali bukan pilihan mak dia. Ye, aku bukan menantu pilihan. Ujian jugak la dulu mula-mula nak kawin, lepas dah pujuk punya pujuk baru dua belah keluarga setuju. Baru mak dia terima aku.

Tapi aku tak tahu la terima sepenuhnya atau tak. Sebab aku selalu dapat layanan bare minimum tau korang. Adik perempuan suami aku pon baru berkahwin.

Mak mertua aku ni layan menantu lelaki lagi ramah dari aku menantu perempuan dia ni. Kadang ramah tu macam sengaja tunjuk depan aku.

Of course, aku terasa. Bila aku cakap dengan suami, dia kata aku overthinking. Bila dia sendiri dengar dan nampak depan mata, dia suruh aku banyakkan bersabar. Habis hati aku ni siapa yang nak peduli? Suami sendiri pon macam ni.

Keempat, suami aku ni bukan jenis sweet atau romantic. Dia sangat la tak boleh fikir untuk surprise bunga ke, coklat ke, semua tu tak terlintas kat fikiran dia. Nak ingat tarikh-tarikh penting kami lagilah jauh sekali. Waktu sebelum kahwin pun macam tu, korang.

Aku ni dah macam meminta-minta dibagi bunga, baru dia bagi, tu pun sebab nak pujuk aku. Dia ni tak sensitif bab-bab ni. Bagi dia asalkan dia tak curang, so dia dah cukup menjaga hati aku.

Padahal hati perempuan ni mendalam lagi. Dahagakan perhatian betul. Ini simptom orang baru kahwin, pembaca jangan nak judge eh.

Lepastu, kalau nafkah batin yang satu tu, dia tak culas. Masalahnya benda tu keperluan dia. Konon terpaling hebat lah. Kalau bab ni, ye lah dia tak culas. Bab emosi aku yang tak terjaga ni, dia biar je.

Aku penat sangat korang, bila fikir balik perkahwinan ni bukan nya sekejap. Dia macam satu benda yang long-term punya, kau kena hadap. No turning point.

Kaum perempuan ni tak boleh escape melainkan bersabar. Sabar dan terus sabar. Tapi sampai bila? Aku cuma nak didengar dan difahami. Cukup.

Kaum lelaki kalau ada yang membaca ni, korang kena tahu, isteri korang sehabis baiknya nak rumah tangga harmoni. Kalau dia silap, bimbinglah dia. Kita orang perempuan ni senang dibentuk kalau kena dengan caranya.

Kes cerai zaman sekarang ni bukan sebab orang ketiga je. Aku dengar time kursus kahwin ustaz tu ada cerita, sebab kes remeh-temeh pun boleh cerai, kes suami tak reti sidai tuala lepas mandi, kes isteri masak tak sama macam masakan ibu.. macam-macam korang.

Yang mana belum berkahwin tu, korang fikir lah dua, tiga, empat, lima, enam kali ye. Fikir sampai dah habis masak baru decide untuk kahwin. Tak kisah lah dengan pilihan orang tua ke, even pilihan sendiri pun.

Yang saya cerita ni baru secebis dari kehidupan rumah tangga yang baru dibina. Akan datang semoga lebih bahagia. Salam Februari semuaaa.

– Amy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Ginilah kak.. Perkahwinan ni xde yang perfect.. Setakat pendam tak jadi apa.. Utamakan diri sendiri dulu.. Laki ko beli daging ko masak daging pastu ko beli grabfood utk ko.. Laki ko x bekap.. Ko bekap diri sendiri.. Stand up for yourself.. Kalau dia pon buat bare minimum ko pun buat bnda yg sama

  2. Nak wat camne, lelaki mmg rasa benda2 camtu remeh temeh. Yg penting nafkah duit dia bagi, batin dia terjaga, batin (emosi) kau ni benda kecik yg x perlu diambil kira pon. Pastu terkejut kenapa isteri curang. Lol.

  3. Pengalaman sy ubah bbrapa pkara utk berdamai dengan diri.

    1. Alihkan fokus. Sy fokus, fikir dan kenang pd pkara2 baik yg suami buat dan kurangkan fokus atau fikir benda yg x sesuai dgn sy, Yg ni sy terima dulu seadanya.
    2. Sy buat apa yg sy harapkan kpda suami tanpa berharap balasan. Cth. Sy nak suami bagi bunga. Sy lebih dulu bagi bunga utk suami. At least sy x dapat psgn yg buat mcm ni tp sy masih mampu buat utk suami.
    3. Sy selalu nyatakan bahagia, bersyukur bersamanya. Memuji sekecil2 usahanya dan perubahannya. Berterima kasih sekerap mungkin pd apa2 yg tlh dilakukan dan diberikan. Terima kasih abang, sbb selalu letak baju kotor dalam bakul. Sekali skala kirim msg romantik. Senyuman abang semalam sangt manis sampai terkenang2.
    4. Selalu tanya apa suami suka dan kurang suka. Bagi selalu apa yg dia suka dan bahagia. Higlight yg kita buat atau bagi sbb dia suka benda tu.
    5. Mohon maaf pada suami dan minta cadangannya bagaimana cara menjadi isteri lebih baik.
    6. Yg paling penting dr semuanya ialah berdoa. Mohon pada Allah agar kita dapat spt yg kita harapkan. Dan doakan juga agar kita ikhlas buat semua itu sbagai ibadah kita melayan suami, membahagiakan suami kerana Allah.

    Kalau tgk macam semua isteri pulak yg buat kan. Tapi cuba dulu..buat saja dulu.. innsyaAllah puan pasti akan terkejut akan hasilnya. Tapi perubahan itu pasti perlukan masa. Dan nikmati prosesnya sebagai pkara yg membahagiakan. Maaf jika salah bicara. Wallahualam.

    • kan betul tu, kadang2 mcm isteri kena korban lebih, sabar lebih, tapi kita kan sedang dalam ibadah, apalah sangat ketidakselesaan kita yg sekejap berbanding tggjawab yg besar yg dh di ambil oleh suami kita waktu akad tu. Diaorg tanggung lebih bnyak drpd kita tau. Itu yg selalu saya cakap kat diri saya, ibadah ni tak susah tak juga senang. Lihat pada suami sbg tempat kita melakukan taat pada Allah. Perempuan amat mudah nak masuk syurga melalui redha suaminya.

      Pada pasangan yg bnyak melanggar syariat agama, Nak sama2 berjalan menuju Allah kita kena tegakkan syariat di dalam rumah tangga dulu. Belajar hukum hakam Allah, yg wajib kita laksanakan, yg haram tinggalkan. Slow2 kita berjalan Allah akan bagi jalan. Kita dh ada guideline dlm islam, Al-quran & sunnah. Kita jalan kan itu dulu, manis dlm rumah tangga akan perlahan2 masuk, insya allah. Pernikahan itu ibadah, bila kita tahu cara nak beribadah, bila kita dh ada ilmu untuk beribadah, insya allah perkahwinan tu tak susah dah.

  4. Terima kasih semua untuk comment yang positif, sedikit sebanyak saya rasa terpujuk.. terima kasih korangggg :) saya akan berusaha jadi isteri yang lebih baik.. semoga tuhan ampunkan salah silap saya dan jadikan keluarga kecil saya lebih harmoni.. Aaaminnn

  5. Dlm RT ni jgn dilayan benda remeh temeh tu.Normal la suami igt mak..sebab mak dia dah besarkan dia dari kecik…

    Cuba syg mak mertua tu mcm mak awk sendiri mesti cemburu tu slowly hilang

    Lelaki ni mmg kurang fokus bab2 fakta.Dorg akan ulang2 tanya seolah kita x pernah bagitau..so abaikan aje lah..nk cr lelaki perfect mcm AI mmg susah..asal dia x pukul awk..bkn kaki betina…jaga solat..beri nafkah..ok lah dek…

    Jgn termakan dgn hasutan iblis dan hawa nafsu utk rosakkan keharmoniam RT awk…belajar menerima dan syukur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *