Hati Kayu

Assalamualaikum semua. Sedikit pengenalan ringkas, saya dah berkahwin baru setahun 5 bulan. Belum ada anak.

Selama kahwin ni biasalah ada turun naiknya. Bahagia sama naik dengan derita.

Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas saya demam so stay rumah 2 hari. Suami bekerja seperti biasa dan balik office hour.

Apa yang saya perasan suami saya ni tak reti nak luahkan sesuatu melalui perkataan dia lebih kepada perbuatan.

Tapi masa saya tak sihat tu memang dia tak tanya langsung la dah ok ke? Dah surut ke? Nak apa2 ke? Offer buat air pun tak. Saya juga bangun buatkan air.

So takpe la, semalam balik dari rumah mak mertua, suami bawa makanan tapau memang mak dia suka bagi banyak makanan.

Kami ni berdua je, suami pulak jenis tak makan banyak, tapi saya pun tak faham kenapa suami ni jenis berat mulut betul untuk cakap tak atau stand up at least cakap something.

Saya tengok makanan yang minggu lepas pun tak sentuh lagi tambah lagi makanan.

Satu lagi peel suami saya ni dia makanan tu kalau dah lebih sehari dia memang tak makan da, saya faham sangat da tapi dia cakap dia makan sikit2 padahal dia tau dia takkan makan.

Satu lagi perangai dia yang saya cepat berbulu je rasa yang dia suka menipu benda2 kecik.

Contoh kalau saya tanya berapa harga beli tu dia akan sebut harga yang murah dari asal. Saya betul2 benci orang yang tak jujur/jawab main2.

Saya dah cuba cakap banyak kali tapi suami tak boleh ditegur kalau saya tegur cepat sentap cepat melenting macam dia je betul.

Dia tak pernah nak dengar betul2 hadam apa yang saya cuba nak sampaikan saya bukan nak dia jadi perfect, memang dia ada kekurangan yang basic pun ada tapi biarlah aib tu kami je tahu.

Lagi satu suami jenis pendiam juga tak peramah dengan family saya pun dia banyak senyap je tak ada inisiatif. Kadang2 saya yang rasa malu macam dia tu tak nak bergaul.

Bila saya tegur alasan dia dengan keluarga dia pun dia tak rapat kenapa nak bergaul dengan family saya and dia cakap memang dia taknak berkawan. Ya Allah apalah nasib saya dapat suami macam ni.

Lama2 saya rasa tawar hati. Saya rasa betapa penatnya kawin. Saya lebih rela tak kawin smpai mati, atleast saya boleh keje mana2 je tak kira waktu tanpa terikat dengan sapa2 pun.

Time saya sakit tu pun dia ajak saya keluar dengan moto katanya macam mana nak sihat kalau asyik melepet je. Dan juga time tengah lemah tu saya melayan juga dia berborak walaupun mamai2 dengan ubat.

Bile time dia sakit reti plak dia melepek pastu membatu je tak bercakap. So saya tahan sebab macam duduk dengan orang bisu saya tegur je, terus la bergaduh.

Sebab itulah ada confession ni, saya nak tanya kenapa ada lelaki yang hati nya keras buta perasaan macam tu.

Memang lah lelaki melayu tak romantik dan mungkin suami bayangan saya selama ni muncul dalam drama tapi takkan la setakat tanya ‘awak dah rasa sihat sikit ke’ pun tak reti.

Apa punya kayu. Manusia jenis apa takde common sense macam tu. Sedikit sebanyak memang terseksa jiwa raga.

Tapi entah la kalau pembaca semua rasa pendekatan saya yang salah. Silent treatment saya dah buat.

Ada masa dia cari saya balik ada masa saya yang cari dia dulu minta maaf.

Tapi saya penat, saya rasa macam saya sorang yang berjuang dalam hubungan ni, saya rse saya yang banyak jadi lelaki dia jadi perempuan yang banyak merajuk.

Adakah dia sekadar bekerja untuk melepaskan bebanan komitmen bulanan sahaja. Penat pikir komitmen smpai tak reti nak validate perasaan isteri.

Bantulah saya beri kata2 semangat. Bagi yang nak menyindir saya mohon jangan la saya dah ckup teruk down.

Kalau takde benda baik nak cakap, jangan la ye. Minta doakan juga penyelesaian terbaik. Basically at this point anything is fine.

– Delima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *