Hati Kecewa

Assalamualaikum. Terima kasih jika confession saya disiarkan. Tujuan saya bukan untuk meraih simpati atau perhatian tapi cukup untuk mendapatkan sokongan dan pandangan daripada pembaca.

Saya berumur 30. Bila mana saya merasakan umur saya semakin meningkat, saya telah berusaha untuk mencari jodoh di tinder. Sebelum ini saya telah mencuba di portal mencari jodoh yang lain tapi tidak berhasil. Dan nature kerja saya yang tidak ramai lelaki telah membuatkan saya susah bertemu jodoh.

Dan akhirnya saya telah berkenalan dengan seorang lelaki yang tua setahun dan saya rasakan dia begitu serius untuk berkenalan dengan saya. Perkenalan kami bermula pada raya tahun lepas. Alhamdulillah perkenalan kami berlanjutan sehingga akhirnya dia telah menyatakan perasaannya kepada saya.

Sepanjang perkenalan kami, berbagai perkara telah berlaku sama ada baik dan buruk. Kami juga telah berkenalan dengan family masing-masing dan telah merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Walaupun dapat di lihat perkenalan kami berjalan dengan lancar, namun kami juga banyak bergaduh. Dan setiap kali kami bergaduh, saya yang akan memujuk si dia walaupun bukan salah saya. Disebabkan rasa sayang, saya jatuhkan ego saya dan bertahan dengan sikapnya yang tidak menentu.

Ketika gaduh, dia tidak akan membalas mesej2 pujukan saya selama berhari-hari. Dia juga ada menyatakan yang kalau boleh, bila berjumpa, bukan dia seorang sahaja yang mengeluarkan duit. Saya tidak kisah tapi dia menyatakan perkara ini ketika perkenalan kami baru berusia sebulan. Walaupun pelik, saya tetap teruskan untuk berkenalan dengan si dia.

Dan apabila terlalu kerap bergaduh hanya kerana perkara remeh, saya membuat istikharah sekali lagi. Jujur hati saya tidak tenteram tapi saya taknak disebabkan perkara2 luar mempengaruhi perasaan saya. Saya doa kepada Allah untuk tunjukkan petunjuk yang jelas agar hati saya tidak berbolak balik.

Sehingga la pada bulan 11 tahun lepas, saya mendapat tahu bahawa si dia telah putus tunang. Itu pun saya tahu daripada status fb si dia. Allah nak tunjuk pada saya. Sepanjang perkenalan kami, dia tidak membenarkan kami berkawan di fb atau ig.

Rupa-rupanya kawan saya berkawan dengan dia di fb. Daripada situlah saya tahu segala aktiviti nya di fb. Bagaimana dia melayan kawan perempuan di fb, rupanya dia telah bertunang ketika berkawan dengan saya. Namun, kerana turut kan rasa sayang, saya masih menerima dia dan kami tetap berkawan seperti biasa.

Tapi hati perempuan, suspicious tetap ada apabila saya melihat dia melayan perempuan di fb dengan begitu mesra sekali. Layanan itu bukan seperti kawan lelaki dengan perempuan biasa tapi bagi saya tidak manis untuk seorang lelaki melayan kawan perempuan tapi dia telah mempunyai saya sebagai teman wanita nya.

Perhubungan kami telah sampai bertemu family masing-masing. Dan saya juga sebenarnya hairan bagaimana family dia boleh tergamak membenarkan anak nya membawa saya ke rumah sedangkan anak nya sedang bertunang dengan perempuan lain.

Dan apabila saya terlalu suspicious, saya telah menyuruh kawan saya yang berkawan dengan dia di fb untuk pm fb dia. dan di ruangan pm itu, dia mengaku dia belum ada girlfriend dan berbesar hati untuk berkenalan dengan kawan saya itu.

Hancurnya hati saya bila tahu. dan saya telah memutuskan perhubungan kami tanpa memberi sebab. Namun, bodohnya saya apabila saya merayu kembali walaupun dia tidak membalas langsung mesej2 saya, sehinggalah dia melepaskan saya kerana dia cakap saya telah tuduh dan hina diri dia.

Jujur, saya tidak tuduh dia, saya ada bukti pm dia dengan kawan saya. Dan akhirnya saya memberitahu perkara sebenar namun dia tetap dengan ego dia. Dia tidak mahu meneruskan perhubungan dengan saya.

Dan sehingga hari ini, hati saya begitu kecewa. Kenapa saya yang merana sedangkan dia happy? Kenapa saya yang sedih sedangkan saya tidak curang pada dia? Apa salah saya sehinggakan dia tidak boleh memaafkan saya yang hanya meminta untuk putus?

Kenapa saya boleh berikan peluang berkali-kali pada si dia tapi dia tidak langsung mahu meberi peluang kepada saya? Adakah dia tidak akan kembali semula pada saya? Atau saya yang terlalu bodoh untuk terus berharap sedangkan saya tahu dia tidak baik untuk saya?

Saya mengharapkan pandangan daripada pembaca untuk bantu saya redha dengan apa yang berlaku? Adakah betul tindakan saya? Kenapa dia seperti menyalahkan saya? Apa yang saya patut buat?

– Miss U (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *