Hati Kita Allah Yang Pegang

Assalamualaikum, terima kasih admin sebab siarkan cerita aku ni. Nama aku Namira, usia dah menghampiri 30. Saja nak meluah sebab hati aku masih rasa tergantung.

Aku baru selesai mengerjakan umrah pertama aku bulan lepas. Kebiasaan orang single macam aku memang akan selitkan doa pasal jodoh.

Sejujurnya, aku memang rasa tak ada harapan dah sebab aku jenis tak bergaul dengan lelaki dan pandangan aku pada lelaki agak skeptikal. Lagi-lagi lelaki melayu.

Mungkin sebab aku sendiri yang low self-esteem. Habis semua aku pukul rata. Sebab tu doa aku pun macam tak bersungguh. Aku doa:

“Ya Allah kalau aku layak dicintai dan dinikahi maka jodohkanlah aku dengan lelaki yang baik”

Habis. Tu jelah doa aku bahagian jodoh.

Allah yang pegang hati kitakan? Jadi jangan sombong sangat, kalau Allah berkehendak sekelip mata je. Aku boleh jatuh suka dekat lelaki ‘melayu’ masa di Madinah.

Sejak tamat sekolah dulu, inilah kali pertama aku suka seseorang unconditionally. Padahal orang tu kalau diikutkan memang bukan type aku. Tapi kalau dia senyum, punyalah berbunga hati ni.

Aku cuba kawal perasaan, buat rileks. Yelah kita ni nak pergi beribadat raih cinta Allah. Takut tersasar niat. Rugi.

Jap. Aku ada soalan. Mata orang lelaki ni memang tak boleh diam ke? Mata tu cuba lah pandang langit ke pokok ke. Tak pasal aku dah salah tafsir.

Okay, kita teruskan cerita di Mekah pulak. Masa nak mula tawaf tu kami gerak secara berkumpulan ikut belakang mutawwif.

Tapi disebabkan punyalah ramai orang berasak, tak pasal aku dah ketinggalan jauh.

Jadi aku teruskan jelah, risau jugak sebab first time buat tawaf ni.

Masa permulaan pusingan ke-3. Aku baru nak lambai tangan “Bismillahi Allahu-”

Mata aku boleh terpegun pandang dia tengah angkat tangan berdoa di Multazam. Lama jugalah aku pandang, baru istighfar dan mula balik tawaf.

Lepas siap umrah semua, aku pun balik bilik tak dan fikir apa pengsan terus.

Keesokan hari dan hari-hari yang berikut, aku makin keliru. Kenapa Allah hadirkan dia dalam hidup aku? jodoh ke? atau semua ni hanya ujian.

Setibanya aku di Malaysia, aku cuba menidakkan perasaan aku. Mungkin dia hanya dugaan, kalau aku terjumpa dia di sini mungkin aku takkan jatuh suka pun. Mungkin ni semua sebab aura di Tanah Haram sahaja.

Tapi dalam diam aku tertunggu-tunggu. Kalau dia tertarik dekat aku mesti dia akan contact aku. Bukannya susah mana nak cari aku. Tapi tak. Tak ada apa-apa berlaku.

Aku cuba cari social media dia dekat semua platform. Tapi tak jumpa satu bayang pun.

Dalam masa yang sama aku minta Allah jauhkan dia kalau dia bukan untuk aku sebab aku mula risau, dengan status dia. Yakin ke dia bujang? entah-entah dah kahwin tak pun duda.

Sampailah satu hari aku minta tolong kawan aku whatsapp dia. Tanya sama ada dia dah berpunya atau belum kalau belum nak berkenalan. Lama juga dia ambil masa nak respond soalan ni siap dah bluetick.

Aku punya berdebar rasa nak block siap-siap. Takut terima kenyataan. Kenapa susah sangat nak jawab kalau dah berpunya? Terkejut agaknya bunga pulak yang cari kumbang. Akhirnya dia reply,

“Maaf saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak”

Allah, tersentap hati. Bayangkan aku yang dah lama tak jatuh cinta dan Allah dah bukakan hati aku, hanya untuk aku rasa sakitnya patah hati.

Betapa teruknya aku rasa bila jatuh suka dekat suami orang. Sudahlah hampir setiap hari aku tatap gambar dia.

Aku tak sangka yang benda ni boleh terjadi dekat aku sedangkan aku cukup marah kalau dengar cerita “tersuka” suami orang. But now, jadi dekat diri sendiri. Nauzubillahi min zalik.

Ya Allah kau lenyapkanlah perasaan ini dari aku.

Sampai ke hari ini, aku masih cari hikmah kenapa semua ni terjadi. Aku terlalu angkuh ke selama ni?

– Namira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

    • Engko ni kan Maidin. Dari post lepas aku perati ko. Memang sejenis batu api dari neraka ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *