Hati Mati

Nama aku Ashraff. Umur dah 35. Pernah berkahwin 8 tahun lepas.

Bekas isteri aku, aku namakan dia Bunga. Kami sama sama belajar kat Politeknik.

Lepas dia habis study, aku tak sabar nak kahwin. Tunang 4 bulan terus kahwin. Umur aku lebih kurang 23 tahun, aku dah jadi suami orang. Muda muda dah kahwin.

Mula mula kahwin memang susah, pulak tu baru mula kerja. Okey je janji Bunga happy. Aku buat 2 kerja. Siang kerja kilang – office hour. Malam tolong jiran jual burger.

Mula kahwin aku cuma mampu sewa bilik je. 6 bulan lepas kahwin baru mampu sewa rumah. Alhamdulillah. Bunga pun kerja, aku akan hantar dia pergi kerja, and amik dia balik sebab ada 1 motor je.

6 bulan kemudian aku belikan Bunga satu motor. Setahun kemudian aku beli kereta, after that belikan dia kereta. And now semua dah selesa, cuma Allah belum bagi rezeki anak kat kami.

Untuk aku, aku happy je janji Bunga ada dengan aku. Ada duit lebih, aku bawak Bunga jalan jalan makan angin luar negara.

Everyday aku tak sabar nak balik kerja, nak share everything dengan Bunga. Aku sayang sangat kat dia. Masa baru belajar buat IG pun, aku rajin je post gambar kami. Sweetkan..

Tapi sebab jiwa muda lagi, kerap je gaduh tapi tak lama sebab aku sunyi takda Bunga. Bunga ni jenis baran jugak haha, ego pun ada. Tapi okey je, aku dah lama kawan dengan dia. Dah faham.

5 tahun kahwin, belum ada rezeki anak. Ada cuba macam macam usaha, tapi belum berhasil. Bunga macam tu je. Aku je over dengan dia.

Sebab aku rasa benda tu biasa la aku tak sedar rupanya dia dah ada orang lain belakang aku.

Takda gaduh besar, cuma bila kantoi, dia mintak aku lepaskan dia. Tapi of course la aku usaha untuk baiki hubungan kami.

9 bulan aku betul betul cuba baiki. Solat sama sama, berjalan, cuba nak cari anak angkat atleast dia happy. Tapi pengakhirannya sia sia. Dia tetap nak berpisah..

Dia layan je aku. Baik je, cuma tak tau la, dia mintak aku lepaskan dia baik baik. Sedih aku, terduduk menangis masa lepaskan dia. Allah je la tahu sakit yang aku rasa ni.

Lepas dari tu, dia sendiri nak keluar dari rumah tu, kereta je dia amik, tu pun lepas aku paksa. Aku risau dia takda kenderaan nak kemana mana.

Macam aku pulak dalam iddah sebab lepas pisah, aku berkurung je dalam rumah, menangis, murung. Aku rindu dia. But then aku benti kerja sebab tak mampu bekerja. Dia tak cari aku langsung, aku contact dia pun, dia tak balas.

Tuhan je tau aku rindu Bunga sangat.

Aku resign, aku pindah rumah and tinggalkan negeri tu. 11 bulan lepas pisah, Bunga nikah dengan lelaki tu.

Aku tak dijemput pun, tapi aku naik kereta kakak aku & lalu depan rumah mak mertua aku. Cuma nampak khemah, tapi aku terasa sakit tu.

Walaupun aku tak dapat tau pape pasal Bunga, ada kawan kawan kami yang akan info kat aku pasal dia. Tau pun sekadar tau je, takda beriya aku nak korek pun.

30 may, genap 8 tahun aku dengan Bunga berpisah, tapi rasa sayang aku kat dia masih sama. Masih rindu yang sama. Padahal dia dah bahagia pun. Dah ada baby pun.

Sakit yang aku tanggung selama ni, rindu ni, Allah je tahu. Dia lah tempat sebaik baiknya aku mengadu.

Bukan aku tak cuba move on. Dah pernah kenal orang lain, dah nak bertunang, tapi aku yang tak boleh. Hati aku cuma ada Bunga.

Aku tak mampu tipu diri sendiri. Mengaji, solat, belajar agama, mana mana majlis ilmu aku join, untuk ubatkan hati ni. Tapi rasanya tetap lah sama.

Semoga suatu hari nanti Allah gantikan hati yang dah mati ni.

– Ashraff (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Move on bro. Ramai lagi perempuan yang jaij leboh bail dari bunga. Jangan buang masa lagi. Bunga pun dah lupakan lau. Apa lagi nak diingatkan.

  2. Hidup ini hanya sementara bro… Cuba utk belajar melepaskan… Allah sahaja yg selayaknya berada di hati kita… dunia dan seluruh isinya sepatutnya hanya dlm genggaman.. Mudah utk dilepaskan bila sudah tidak perlu atau bila ia mulai memberi mudarat…

  3. Bunga tu bukan wanita yg baik, curang masa masih jd isteri walaupun suami layan baik. Perempuan mcm tu tak layak dpt cinta suci awak, Allah tak tidur, Dia akan balas kejahatan tiap2 manusia, berdoalah, doa org teraniaya cepat makbul. Entah2 dia senyap2 makan pil perancang. Sekadar bersangka buruk.

  4. apa masalah ko nak sayang kan org yg buat mcm tuu kat ko?
    ko tak der maruah ke? dia dah pijak2 ko lagi mau nangis mau pikir perempuan tu?
    Ramai lagi yg baik laa. Ramai lagi yang bagus. Ko boleh jer nak bangkit tapi bodoh nak jugak meratap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *