Hati Mati

Pernah tak.. Kamu berada pada 1 saat yang sangat sakit..

Hati kamu tersangat sakit.

Yang tak tertanggung rasanya.

Dan nak luahkan pada seorang figura yang bernama emak.

Mak masih sihat. Aku bersyukur.

Syukur kerana masih bisa lihat emak di depan mata.

Sungguh aku rindu. Rindu untuk meluahkan segalanya pada emak. Menangis semahunya.

Rindu nak dengar bait kata dari figura emak yang mengubat jiwa.

Tapi.. aku tak boleh. Sebab aku tak sanggup nak lihat mak sedih dengsn ceritaku.

Emak, anakmu ini sangat tak ok. Jiwanya terluka. Dia nampak sihat tapi jiwanya sakit.

Jika mak nak tahu siapa yang buat dia sakit sehingga sebegitu.

Suaminya..

Suaminya lah yang buat dia sakit.

2024. Detik dimana anakmu ini tahu segala penipuan suaminya.

Rupanya suaminya yang dianggap seorang family man, suami yang baik, ayah yang penyayang rupanya seorang yang sangat jahat mak.

Aku bersyukur mak Allah bersama anak mu ini. Allah lah yang mendorong penemuan segala kebohongan kecurangan suami.

Mak.. sungguh anakmu ini tidak tahu mana silapnya mak.

Mak pernah kata, anakmu ini seorang anak yang bijak. Isteri yang solehah. Matanya cantik. Kulitnya putih. Anak2nya comel. Didikan agamanya bagus. Rumahnya cantik dan bersih.

Mak selalu kata anak mak sorang ni mak selalu rasa lega akan aturan hidupnya. Mak selalu kata mak bersyukur hidup anaknya yang sorang ini sentiasa bernasib baik.

Tapi, mak tahu tak sebenarnya dia sangat sakit.

Cukup la sampai sini sahaja, tak sanggup rasanya untuk ceritakan lebih lanjut.

Jijik jika teringat segala penipuan dan kecurangan sang suami. Rupanya sudah bertahun ditipu hidup2.

Hati mati.

Hati mati.

Hidup diteruskan hanya kerana 1.

Anak…

– Hati mati. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hidup nasib tak baik tu normal. Hidup sentiasa nasib baik tu yg tak normal, mgkn blh dikatakan problem

  2. Apa yang Hati Mati alami sama situasi yang sedang saya hadap sekarang ni. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tau. Bertambah sakit bila sakit tu tak dipeduli dan dipandang sepi. Sendiri pulihkan diri sendiri. Cukuplah Allah ada dan hadapi sahaja apa pun kemungkinan. Sampai tahap saya dah hilang rasa sayang pada anak² disebabkan kecewa pengorbanan selama ni tak dihargai langsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *