Hati Mati Kerana Terlalu Percaya Dan Cinta Dekat Manusia

Cerita ni 6 tahun lepas. Bertahun² aku pendam sendiri. Aku ada anak hasil luar nikah dengan lelaki India. Aku kenal dia masa aku form 4 (ni masa aku kerja part time).

Aku ni tak pernah couple dengan mana² lelaki dari zaman sekolah. Aku bukan perempuan yang sosial. Nak bercakap dengan lelaki pun aku malu.

Jadi masa aku kerja part time. Dia orang yang bermulut manis tapi pemalu. Handsome tu ada la. Tak merokok. Minum arak tu ada la kot. Masa tu aku tak berapa rapat sangat. Tapi aku ada menaruh harapan dekat dia.

Aku berhenti kerja sebab nak focus SPM. Dari aku start kerja sampai habis SPM aku tak ada telefon sendiri. Dia mula nak rapat dengan aku melalui kakak sulong aku. Dia yang chat kakak aku tanye pasal aku.

After habis SPM aku sambung balik kerja dekat pharmacy tepi kedai yang dia kerja. Jadi hari² memang akan bertembung la. Melainkan hari cuti.

Aku pendekkan cerita aku. Masa aku form 6 aku pernah tido dengan dia. Dan ada anak luar nikah. Tapi aku dengan dia nekad pergi gugurkan. Yang ni mak abah aku tak tahu aku pregnant.

Dr dekat klinik tu dah bagi aku warning yang dia takkan tolong kalau aku pregnant lagi sekali.

Ya aku pregnant lagi sekali. Masa umur aku 19 tahun.

Bodohkan aku ni? Memang aku manusia paling setia dengan dia. Dia baik. Tapi dari broken family. Family aku semua kenal dia.

Bukan mak abah aku tak kesah aku couple dengan dia. Tapi sebab mak abah aku percaya dekat dia. Diaorang bagi aku keluar jumpa dengan dia.

Tapi lepas kes diaorang tahu aku pregnant, memang diaorang dah tak percaya dekat aku. (yang ni lepas aku keluar dari rumah dan menipu kata aku nak kerja dekat Melaka. Padahal hidup aku tak tentu arah sebab aku sendiri tak tahu dekat mana aku nak tinggal).

Sampai la aku Google satu tempat untuk wanita² mengandung tanpa suami dekat Johor. Dengan duit gaji aku yang ada 700 aku bertahan duduk dekat Melaka 2 minggu dan pindah terus pergi rumah perlindungan tu.

Itu pun aku tak dapat tahan sebab tekanan emosi² perempuan² dalam umah tu. Aku bertahan 3 minggu sampai la mak abah tahu yang aku tinggal dekat situ dan nekad nak bawak aku balik.

Hidup aku tak tentu arah. Dia tahu semua cerita pasal aku. Sebab aku masih lagi chat dia bagitau yang aku kat mana dan buat apa. Tapi masa yang sama dia tengah couple dengan perempuan India.

Dan aku masih lagi bodoh berharap yang dia akan bertanggungjawab sedangkan aku tahu dia takkan buat semua tu.

Yang paling sedih. Anak yang aku kandung ni. Mampu bertahan sampai 8 bulan je. Aku lahirkan anak aku dengan berat 1.8kg je. Macam² yang jadi dekat aku masa dia lahir. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan.

Yang paling aku rasa bersalah dekat mak abah. Sampai sekarang walaupun dah 6 tahun aku masih lagi rasa bersalah. Berdosa yang amat sangat.

Lelaki tu masih lagi cari aku. Cari sebab apa? Sebab dia rasa bersalah la kot.

Aku? Aku masih lembut tapi benci. Ye aku masih reply chat dia. Kadang 3 bulan sekali dia cari. Aku dah tak kesah. Sebab aku dah bahagia dengan anak aku sendiri. Nak move on aku tak boleh. Aku cuba lupakan tapi sakit.

Aku benci dengan namanya LELAKI.

Tapi aku tahu bukan semua lelaki mcm dia.

Mungkin sebab ni aku tak ditakdirkan untuk bersama dengan lelaki.

Sebab aku terlalu setia dan bodoh dengan apa yang lelaki nak dari aku.

Aku harap satu hari nanti hati aku terbuka untuk terima lelaki walaupun aku tahu takkan ada lelaki boleh terima status aku yang mcm ni.

Dari manusia pendosa.

– Anna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *