Hati, Perasaan dan Redha Allah

Assalamualaikum semua… Aku Bojji (nama samaran), berumur 26 tahun, seorang pegawai bank dan sedang mengambil MBA secara sambilan… Doakan kejayaan aku, ye.

Hari ini, aku ingin meluahkan salah satu pengalaman pahit yang aku rasakan. Entahlah, hati aku berbelah bagi…

Aku baru sahaja mendapat tahu yang bekas kekasih aku sudah ada orang baru. Hahaha… Walaupun sudah dua tahun kami putus, tapi rasanya macam baru sahaja berlaku.

Ramai yang kata, “Alah, cari saja yang lain. Ramai lagi yang akan datang. Kau belum move on lagi ke?” Kata-kata seperti itu sering aku dengar. Aku cuba buat endah tak endah sahaja.

Namun, bila mendengar berita itu, jantung aku berdegup kencang. Kenapa aku rasa begini sedangkan sudah dua tahun berlalu?

Aku sendiri yang meminta perpisahan kerana kami sudah tidak lagi bersefahaman… Tapi, dalam hati ini, hanya Allah yang tahu betapa sakitnya keputusan yang aku buat pada masa itu.

Setiap hari, aku tidak pernah lupa mengingati dia… Seolah-olah perasaan sayang itu masih melekat di hati. Aku yang minta putus, tapi aku yang sedih? Pelik bin ajaib betul lah aku ni. Hahaha…

Sejak dua tahun lalu, aku cuba mencari yang baru, tapi masih belum jumpa seseorang yang betul-betul “melekat” di hati.

Demi Allah, aku dah move on… Biarlah dia bersama sesiapa pun, malah aku sendiri mahukan dia bahagia dengan orang yang layak bersamanya.

Tapi, kenapa aku rasa macam nak pitam bila dengar berita itu? Aku rasa mual, macam nak pengsan… Tapi dalam hati masih bertanya, kenapa aku jadi macam ni?

Rupa-rupanya, dalam dua tahun ini, aku cuba menganalisis diri sendiri. Aku bukan seperti orang lain yang mudah memberi hati, mudah jatuh cinta, atau mudah menerima orang baru. Tapi sebenarnya, bukan itu masalahnya.

Aku juga sukar menerima dan mentaati perintah Allah SWT. Aku tidak menjaga hubungan dengan Allah, solat fardhu aku tidak dijaga, apatah lagi membaca Al-Quran…

Aku sebenarnya perlu mencari cinta Allah dahulu sebelum mencari cinta manusia… Itulah kesilapan aku. Kenapa aku bodoh selama ini?

Aku pernah cuba untuk solat dan mengaji, tapi aku tetap terjerumus dalam hasutan syaitan. Aku tidak istiqomah… Aku terus menerus menyeleweng dari jalan Allah.

Allah telah memberikan aku pekerjaan yang baik, pendapatan yang stabil, keluarga serta rakan-rakan yang baik, tapi kenapa aku mendustakan nikmat-nikmat tersebut? Nauzubillah Min Zalik… Teruknya aku…

Aku berdoa agar hati aku sentiasa diterangi cahaya keinsafan, bukan hanya pada masa-masa tertentu, tapi setiap masa.

Berbalik kepada cerita tentang bekas kekasih aku tadi, sekarang aku rasa sedikit tenang kerana dapat meluahkan perasaan. Hahaha, terima kasih, Allah…

Kepada bekas kekasih aku (jika dia baca), tahniah dan semoga dia bahagia. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati aku.

– Bojji (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Satu bende bro, jngan pernah bandingkan diri kau dgn org lain. Setiap org ada jalan hidup yang berbeza. Ada yang boleh move on cepat, ada yang lambat. Itu semua normal. . Jangan pressure diri sendiri sebab kau rasa macam org lain dah move on, tapi kau masih stuck.

    Timing and perasaan kita lain2. Tak perlu nak ikut org sngt. Yang penting, kau usaha untuk jadi lebih baik, dgn cara kau sendiri. Jangan layan sangat kata org.

    Fokus dkt diri sendiri dgn proses kau. Move on ni bukan race. Tak ada siapa yang menang or kalah. Yang penting, kau happy dengan diri kau, hargai org yg dekat dengan kau skrg.

    Tak perlu rasa bersalah sebab kau dah putus hubungan tu. Kau buat keputusan pon sebab korang bukan on the same page lagi.

    Kadang-kadang, hubungan tu memang tak boleh dipaksa kalau dah tak sehaluan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *