Aku sangat jeles dengan orang yang berhati besar. Besarnya dia kerana dia senang memaafkan. Dia hanya fokus kepada baik setiap orang. Dihina, diperguna tetap mampu menjadi seperti mawar berduri. Hanya fokus pada matlamat hidup ni Lillahitaaalla Abadan Abada.
Hai aku Khaira tahun nie umur akan menginjak ke 28 tahun dan single. Sepanjang aku hidup ni tak ada apa pencapaian menarik dalam hidup aku. I’m totally loooser. Yes the best term!
Aku asalnya positif, workaholic dan tak kesah pasal balik malam untuk gain experience. Aku suka kerja aku yang more to serve customer walk in or online. Ramai yang kata aku ni peramah. Mereka yang kata bukan aku yang tekan lif naik sendiri wokey.
Aku tak kesah buat multitasking, hidup adalah mempelajari sesuatu, sama macam belajar dulu kan tak tido-tido sampai lewat pagi? Ala macam tak biasa dulu kalau dah lapar study gi terbang naik motosikal singgah kat kedai nampak makan maggi goreng fefeeling hindustan kejap pastu balik tido dan badan kau membesar dengan jayanya! Happy for you!
Tapi sampai satu tahap aku menangis tiap-tiap hari lepas balik kerja, aku jadi murung aku menjerit-jerit tak puas hati lepastu tidorla aku dengan air mata. Esoknya aku pergi kerja dengan sweet mata panda ni. Owh cute.
The worst part masalah aku nangis tiap kali balik kerja adalah bila aku kena handle account yang bukan expertise aku without guide, along aku belajar tu menggunakan google, whatsapp sana sini, without proper guide. Payah nak cerita jiwa aku sangat murung memang tiap-tiap hari diselubungi kemurungan ibarat awan larat gitu. Cuba untuk jadi teletubbies yang cerita dekat tempat kerja. Aku rasa loser dan lost bila aku tak dapat selesaikan masalah. Eyh ini ke tujuan aku hidup ni.
Aku dah cuba untuk encounter perasaan dan rendahkan ego aku untuk cuba selesaikan dan belajar benda baru. Akhirnya perasaan aku menang lalu aku berhenti kerja. The loooser.
Sepanjang kerja dekat situ memangla selalu kena maki dekat depan orang ramai tapi aku kuatkan hati tak nak nyusahkan mak aku, aku nak jugak mak bangga tengok aku leh berdikari tak harap dekat dia. Setahun lebih jugak aku keja situ. Aku
Kesilapan terbesar aku pernah buat. Aku berhenti kerja dan dapat kerja baru, tapi tak sampai sebulan aku dah berhenti . Entahla aku rasa tak senang, lebih kurang je mcam position first tu tapi design2 tu banyak kena buat, aku tanya lagi untuk apa kau hidup ni, kau tak tau apa diri kau sendiri. Apa yang kau nak ni. Jiwa kecik.
Yep aku dah macam salahkan takdir, aku dah start tak solat dan mengaji untuk tenangkan hati. Aku bukan tak tau apa hukumnya tak solat, aku bukan tak tau makna bacaan dalam solat, aku dah macam tak leh fokus dah. Rasa lemah je. Aku nak diri aku yang dulu ceria, suka positif, tak terkesan dengan apa-apa.
Dear hati kecik,
Kau tengok orang yang jiwanya besar tak pernah terseksa pun dengan kata-kata orang, fokus, tak berdendam . Barulah dia boleh berjaya. Bukan sikit-sikit cabaran dia. Entahla hati besar aku ni macam tak nak bangun dah. Mungkin benar hati besar dah berlubang terpaksa buat reconstruction semula, bila buat penstrukturan semula hati menjadi kecik. Kecewa.
Jiwa kecik ni ibarat salji-salji berguguran sejuk dingin dan sampai masanya terus hilang.
Entahlah.
– Khaira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit