Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya luahan ini disiarkan.
Aku Usu, baru menamatkan pengajian disalah sebuah universiti awam. Luahan ini adalah mengenai sikap kakak ipar ku yang aku panggil Kak Long. Keluarga aku terdiri daripada tiga adik beradik iaitu Along, Angah dan aku iaitu Usu dan aku merupakan satu-satunya anak perempuan. Along satu-satunya yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Angah masih tinggal dengan Ibu dan sedang memulakan perniagaannya selepas tamat belajar. Anak Along dijaga oleh Ibu dan kebetulan tempat kerja mereka berdua berhampiran rumah Ibu dan Ayah. Malah, Ibu sendiri yang beria menjaga cucunya.
Along sangat baik dan tak pernah berkira, hal ini membuatkan Ibu khuatir apa yang difikirkan oleh Kak Long kerana kebanyakkan perbelanjaan rumah ditanggung oleh Along. Bahkan, wang pendaftaran aku untuk masuk ke universiti juga di tanggung sepenuhnya oleh Along, katanya dia sudah berniat sekiranya aku berjaya memasuki universiti, Along akan tanggung perbelanjaan kerana pada masa yang sama Angah masih menuntut di universiti, jadi Ibu dan Ayah perlu bekerja keras untuk kami berdua. Ekonomi keluarga tidaklah terlalu teruk, tapi disebabkan Ayah kerja sendiri di kampung dan bergantung pada keadaan cuaca menyebabkan perbelanjaan agaj sesak. Namun, sepanjang aku di universiti, tidak pernah sekali pun aku meminta wang dari Along, Along akan masukkan wang tanpa diminta. Along merupakan seorang yang sangat pendiam dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja, jadi aku lebih rapat dengan Angah.
Tahun ini merupakan tahun kelima Along mendirikan rumah tangga dan untuk pengetahuan semua, Kak Long seorang yang sangat lemah lembut dan sopan. Tapi dapat dilihat Kak Long kurang selesa apabila berada di rumah kampung kami, Kak Long akan tergesa untuk pulang dan jarang sekali bermalam di rumah Ibu dan Ayah. Hinggakan ayah berkata, ‘mungkin Kak Long tak selesa, rumah kita takda aircond, bilik air pun satu.” Aku tahu Ayah nakkan yang terbaik, tapi begitulah kehidupan kami di kampung. sebagai maklumat tambahan, kedua orang tua Kak Long bekerja kerajaan dan Kak long merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik. Jadi kehidupan mereka agak senang jika dibandingkan dengan kami, begitu juga dari keadaan fizikal rumah.
Ibu sangat rapat dengan aku dan tak pernah sehari pun kami tidak berbual di telefon, begitu juga ayah. Ibu tak pernah menceritakan yang buruk mengenaik Kak Long walaupun aku tahu, Kak Long jarang sekali menolong Ibu di dapur jauh sekali kerja-kerja rumah yang lain.
Buat masa ini aku masih berada di universiti dan akan pulang dalam masa yang terdekat. Tadi aku menerima panggilan dari ibu, “Usu, tahun ni Along tak raya sini (merujuk kepada rumah ibu aku). Baru tadi Along cakap.” kata Ibu.
Tiada apa yang mampu aku katakan untuk meredakan rasa hati Ibu kerana dalam masa yang sama aku turut sebak apabila mendengar suara Ibu yang sayu. Kata ibu lagi, “Ibu nak tunggu Usu balik, tapi lambat lagi sebab tu Ibu call, Ibu kecik hati.” ”Kak Long mungkin taksuka kat Ibu dengan Ayah sebab kita bukan orang berada.” sebak rasa hati aku, aku katakan pada Ibu, ”Tak apa laa Ibu, Usu dengan Angah kan ada, kita raya laa empat orang, nanti Usu balik ya bu.
Tahukah kalian, walapun ditabur dengan wang ringgit yang banyak, bukan itu yang mereka mahukan. Setiap tahun saudara mara akan tanya mengenai Along, Ibu hanya mampu senyum. Tapi aku tahu, di hati kecilnya, ibu sangat terkilan. Ibu takkan mampu untuk meluahkan pada Along kerana Ibu sangat menjaga hari menantunya.
Aku masih memikirkan jalan terbaik untuk aku tegur sikap Along yang terlampau menurut kata isterinya itu. Aku bimbang hidupnya kan hilang keberkatan dan redha Ibu. apa jalan terbaik untuk aku sedarkan Along bahawa Ibu terkilan dengan sikapnya?
Adikmu,`
– Usu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit