Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih admin kalau siarkan confession ni. Saja nak berkongsi.
Saya seorang wanita berusia 20-an. Sejak kecil ibu memang nak sangat anak2 dia jadi ustaz dan ustazah. Belajar agama, belajar quran, masuk universiti dan alhamdulillah we made it.
Kami 3 beradik semua dah habis degree dan seorang adik tengah sambung master. Alhamdulillah. Melihat ibu dan ayah gembira buat kami pun gembira.
Alhamdulillah ada yang sudah berkahwin dan sudah bekerja. Semua rezeki yang Allah beri ni saya yakin berkat doa ibu dan ayah. Ujian? Ada. Tapi alhamdulillah berkat doa dan kekuatan kedua ibu ayah buat kami sebagai anak2 menjadi kuat menjalani hidup.
Baru- baru ni adik menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya. Boleh katakan adik berperwatakan seorang wanita muslimah yang bertudung labuh dan baik.
Apa yang terbayang oleh kami, jejaka pilihannya itu juga sepertinya iaitu mungkin seperti seorang ustaz atau rakan sepengajiannya. Lebih2 lagi adik sedang sambung master.
Begitu juga ibu. Membayangkan seorang sosok ustaz yang akan menjadi pasangan adik. Yang dapat membimbing adik dan sebagainya.
Namun, jejaka itu bukanlah seperti yang ibu harapkan. Dia seorang lelaki biasa yang bagi ibu tidak setaraf dengan adik. Dia tidak belajar tinggi. Sekadar sekolah menengah. Apatah lagi bukan seorang ustaz atau yang tinggi ilmu agama. Ibu tidak mengizinkan adik bersama dengan lelaki itu.
Lama adik berdiam diri dan memncilkan diri. Dapat lihat wajah sedih adik dan betapa dia berusaha menutup kesedihannya. Tak lama lepas tu, adik sudah seperti biasa. Namun, saya dapat lihat adik tidak seceria dulu.
Satu hari adik mesej saya beritahu bahawa dia sedang usaha untuk turut dengan kemahuan ibu dan cuba lupakan jejaka tersebut. Namun sukar. Katanya lelaki itu baik dan ibu tidak membeei peluang pada dia untuk membuktikan itu.
Ibu meluahkan perasaannya pada saya. Dia inginkan yang terbaik untuk anak2 nya. Ibu selalu merasa gagal memberikan yang terbaik utk anak2 nya. Ibu mahu anak2 anya senang. Ibu menyalahkan dirinya yang tidak mampu belajar tinggi.
Ibu meluahkan dia ingin salah sorang anaknya hafal quran. Dan itu adalah adik. Kerna itu ibu ingin adik menikah dengan ustaz yang dapat membimbing adik. Dan dapat membimbing keluarganya kelak.
Ibu bukanlah merendahkan orang yang tidak berpelajaran tinggi, namun bagi ibu adik layak dapat yang lebih baik. Ibu cuma inginkan yang terbaik.
Perkara ini berlarutan selama setahun dimana ayah berusaha memujuk ibu. Selepas ibu dan ayah berjumpa dengan ibu bapa jejaka tersebut.
Bagi ayah, ayah boleh percayakan jejaka tersebut. Pelajaran bukanlah ukuran kebahagiaan. Yang utama adalah pegangan dan kesungguhan. Dan kini, insyaaAllah mereka akan disatukan tidak lama lagi. Dan ibu sudah merestui keduanya.
Saya percaya ramai yang mempunyai kisah yang serupa. Dihalang keluarga kerna kedudukan dan taraf. Berbincanglah dengan baik. Janganlah bermasam muka dan meninggalkan keluarga yang telah bersama sedari kecil. Mereka cuma mahukan yang terbaik.
Sebagai seorang anak, hormatilah mereka dan berbincanglah. Buat baik dengan mereka dan jangan sesekali pinggirkan mereka.
Saya doakan semua yang bakal mendirikan rumah tangga, agar dimudahkan segala urusan. Membuat persiapan secukupnya dari segi rohani dan jasmani.
Pernikahan adalah sesuatu yang mulia. Jangan hanya kerna mempertahankan cinta, keluarga tergadai. Berdoa dan berserahlah pada Allah. Kerana Dia lebih mengetahui. Doakan adik saya ya.
Maaf andai confession ni bosan. Terima kasih.
– Anak mak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit