Hati Seorang Ibu

Aku ibu kepada sepasang cahaya mata. Si abang dah menganjak menengah atas tahun depan. Adik baby lagi masih cengeng.

Aku nak tanya ibu-ibu kat luar sana, especially yang ada anak tinggal di asrama. Normal ke kita sentiasa rindu kat anak? Rindu macam mana tu aku cerita kat bawah.

Aku dengan si abang memang tak pernah renggang. Dari dia kecil, usia 4 tahun sampai habis sekolah rendah dia dengan aku sepanjang masa.

Maksudnya, dia pergi balik tadika, ke kelas muzik ke, ke kelas renang ke semua dengan aku, sampai lah habis darjah 6. Tunggang terbalik hidup aku dia sentiasa ada kat situ co-driver.

Husband aku kerja 12 jam, ibaratnya pergi bulan, balik pun bulan. Cuma offday dia akan sentiasa ada kat rumah. Kerja aku yang agak fleksibel menyebabkan anak sentiasa dengan aku.

Makan pakai dia semua aku urus, suami aku bantu je time balik kerja, time cuti, ringan tulang je alhamdulillah. Makan pakai anak aku memang terjaga sebab sepanjang dia sekolah rendah kan masih belum ada adik sampai la hujung darjah 6 baru ada adik.

Jadi, aku yang sangat suka layan anak walaupun aku garang orang kata, anak aku sentiasa bawa bekal ke sekolah. Suami aku pun bawak bekal pergi kerja. Sampai ada kawan-kawan yang akan jengah tupperware dia setiap hari tengok menu apa aku bekalkan.

Aku masak pagi-pagi, bekalkan sandwich ke, bihun goreng, nasi goreng, western cuisine, macam-macam menu kat suami dan si abang. Tak larat sangat pun si abang akan dapat nasi lemak bungkus dengan kuih suami atau aku belikan sebelum pergi kerja. Dia pun happy dapat bekal.

Sampai la darjah 6 pernah kawan dia tegur kenapa mak awak selalu bagi bekal sebab mak saya tak pernah bagi? Kesiankan anak-anak ni. Mereka memerhati.

Anak aku Allah rezekikan akademik alhamdulillah, cikgu-cikgu semua mengharapkan dia masuk MRSM. Tapi kami decide hantar ke SMKA sebab kami nak dia faqih agama dulu, upper form decide kemudian. Dia follow je walaupun dia sedih sikit sebab teringin nak masuk MRSM jugak.

Lepas buat pertimbangan bersama-sama, dia ok. Masa minggu pertama duduk asrama, kebetulan hari ketiga selepas pendaftaran sekolah abang ada buat potluck sambutan Ramadan bersama parent, mestilah aku pergi. Abang call nak spaghetti.

Sampai je kat sekolah, abang lari ke kereta, masuk terus peluk aku nangis. Aku nangis jemaah la jawabnya, jemaah sekali mak aku yang aku bawak masa tu. Adik baby terpinga-pinga. Hihi. Abah on the way dari tempat kerja.

Aku mintak dia luah apa perasaan yang mana aku hormat apa sekalipun perasaan dia, sekalipun rasa nak keluar. Dia cuma cakap rindu kat mama abah dengan adik, tapi sekolah tu ok sangat. Jadi takkan dia nak lepaskan sekolah yang ok semata-mata nak duduk dengan mama kan?

Abang cakap dia kena belajar bertahan sebab ini pilihan dia. Aku lega abang tak kena buli dan sebagainya setakat permulaan di asrama. Dah 3 tahun berlalu pun alhamdulillah dia survive. Moga Allah jaga dia sentiasa.

Cumanya, aku ni memanglah terkesan sangat bila anak keluar dari rumah (mula tinggal di asrama). Target aku Form 4 baru masuk asrama, tapi ketentuan Tuhan tiada yang dapat menghalang. Kebetulan masuk je asrama, Ramadan pun menjengah.

Aku jadi tak lalu makan, sampai kan berat aku turun hampir 10 kg (aku tipu orang sekeliling cakap 7 kg je lost).

Aku rindu melampau kat abang, makan roti Gardenia yang RM1.20 tu separuh untuk waktu berbuka, dan kenyang sampai waktu berbuka esoknya. Ada sulam sikit dengan kurma dan susu kambing separuh cawan, selebihnya air kosong.

Alhamdulillah perut tak meragam, cuma suami aku risau aku nangis tak henti teringat anak bila depan makanan. Normal ke?

Sekarang dah 3 tahun berlalu pun aku akan pastikan setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad aku akan melawat dia. Abang pun Sabtu dan Ahad akan skip lunch di dewan makan sebab tunggu makanan aku bawak. Setiap 2 minggu balik je, Ahad pulang ke asrama dengan bekal aku masak.

Tapi tulah dah 3 tahun berlalu pun aku masih lagi nangis cuma kekerapan dah makin rendah. Seminggu sekali atau dua kali, yang pasti tanpa gagal setiap Ahad waktu hantar abang balik asrama confirm air mata jatuh.

Ada petua tak nak hilangkan kesedihan daripada ibu-ibu kat luar sana? Tahajjud aku memang kat bilik abang kebanyakan waktu. Perasaan tak boleh berpisah dengan anak tu susah sangat nak luntur. Ada petua? Atau ni normal je?

Aku taip ni baru lepas nangis. Sebagai anak yang pernah dilepas bebas oleh ibu, aku nak jadi ibu macam mana mak aku didik aku. Dia lepaskan aku dengan doa. Keputusan aku mak ikut je dengan doa. Jadi aku nak la jadi macam tu. Tak nak kongkong anak.

Sebab tu decision untuk masuk asrama Form 1 pun anak aku take part dan decide sendiri lepas bincang pro and cons dengan aku dan suami.

Aku nangis yang sekarang ni sebab teringat keputusan anak aku, yang mana usulnya bermula daripada aku jugak. Upper form, aku bagi pilihan sama ada dia nak teruskan di situ, atau nak cuba apply SBP yang ada aliran agama, atau MRSM. Aku yang cari pasal? Pastu aku gelabah. Haha…

Taklah macam tu, cuma aku tak boleh selfish. Aku dah ada kehidupan dan kerjaya, anak aku sedang membentuk masa depannya. Jadi aku kena lepaskan.

Sejujurnya aku dan suami nak dia sambung aliran agama sebab feedback guru subjek agama dan Arab dia sangat positif.

Tapi memandangkan abang dah besar, aku nak dia mula belajar membuat pilihan sendiri with minimum guidance. Nanti lepas SPM dah nak keluar dari kepompong keluarga. Jadi biar belajar daripada sekarang.

Ikut hati nak je dia di situ sebab dekat, tapi sebab kami nampak abang agak lemau dengan potensi dan bakat dia ada, usaha sikit je dah boleh berada di kelompok atas dikalangan rakan-rakan, nampak macam dia boleh pergi lagi jauh, potensi abang ada lagi yang belum dikeluarkan.

Biar masuk elit school (kalau layak), biar dia berubah daripada comfort zone kepada combat zone.

Lepas fikir masak-masak, ulang ubah keputusan, dia cakap dah istikharah nak letak SBP yang jauh di negeri orang sebagai pilihan pertama, sebab setuju dengan pendapat aku dan suami untuk sambung aliran agama.

Exam dah selesai, tunggu keputusan. Tapi aku dah menangis siap-siap dah fikirkan kalau abang dapat, dan dia nak pergi, aku kena lagi kuat dan redha, ini pun pelajaran untuk aku jugak sebab nanti abang akan lepas bebas jugak, bak kata suami akulah.

Bukan nak anak duduk celah ketiak ye, kisahnye kehendak aku tak sama dengan emosi aku isunya sekarang ni. Aku nak abang berdikari, boleh buat keputusan sendiri, rasa akibat keputusan yang dibuat tu, tapi emosi aku ni yang perlukan sokongan.

Tolong jap ibu-ibu atau sesiapa sahaja yang boleh bagi sedikit nasihat, petua, doa, atau apa-apa sahaja untuk aku terus kuat. Aku perlukan sangat-sangat.

Sebab sebenarnya setiap kali bila abang buat decision untuk join atau tidak sebarang aktiviti, aku rasa bangga dan lega sebab dia boleh fikir baik buruk dan terima akibatnya sama ada baik atau sebaliknya.

Suami aku? Berkali-kali tanya betul ke ni sanggup lepas jauh? Haha, adehh la aku bingung.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *