Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kalau confession sy ini di post dia iiumc confession.
Okay fist at all, nama aku Abdullah (bkn nama sebenar) disini aku nk bercerita dan share mengenai hati seorang lelaki yang ramai orang tak tahu, yang tahu hati & perasaan seorang perempuan. Yela, perempuan jela yang ada hati dan perasaan.
Kalau nak di bandingkan hati siapa paling sakit dan hati siapa bnyk bersabar adalah hati seorang lelaki. Kenapa aku cakap hati seorang lelaki? Sebab dia sngt jelas, cuba kita tengok ayah kita. Sering kali kita sakiti hati dia, tapi dia bersabar. Sering kali dia terasa hati dgn kata-kata isterinya, tapi dia bersabar.
Kekadang tu pun hati seorang boyfriend pun boleh terluka dengan perangai girlfriend. Banyak kali si boyfriend nasihat, tapi girlfriend tetap buat. Lelaki ni dia tegur sebab dia sayang, dia jaga elok. Yela nasihat untuk kebaikkan jugak. Tu pun susah nak dengar.
Ni bagaimana hati lelaki berfungsi. Kami ni banyak terasa hati, makan hati, dengan kata-kata dan perbuatan. Tapi kami tetap harus sabar dan memaafkan kesilapan yang telah di lakukan. Kekadang kami tak luahkan. Sebab apa? Sebab kami ego. Ego kami tinggi. Kami lelaki. Harus tunjukkan sifat kejantanan.
Tu tak masuk bab soal cinta lagi tu. Siapa je cakap kami ni tak pernah kena reject teruk oleh perempuan? Kami pernah. Malah lebih teruk. Kami di malukan begitu je. Pastu perempuan ni ikut jantan yang tak senonoh. Kena game. Lepastu labelkan semua jantan sama. Apakah? Bila yang baik datang kau permainkan, kau friendzone kan, dan kau ckp “awak terlalu baik untuk saya” what??!
Satu lagi, cakap kami tak tunjuk effort tuk bersama. Perempuan tolong lah hargai kami, even effort kami sebesar zarah sekali pun. Bukak mata luas-luas. Effort kami bukan setakat buat surprise tuk perempuan. Tapi kami kumpul duit, sanggup berlapar, kami sayang keluarga korang mcm keluarga sendiri & kami ubah diri kami tuk bimbing kalian.
Perempuan jangan ingat kami ni takde hati dan perasaan. Kekadang kami cepat terusik. Tapi kami sabar dan maafkan. Sebab apa? Sebab kami nk tengok orang yang kami sayang bahagia. Dan juga, hargailah kami. Jgn smpai kami sudah tiada baru nak terhengeh-hengeh nak hargai, nak menangis air mata darah dekat kubur kami. Sekian. Assalamualaikum.
-Abdullah-
– Abdullah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit