Hati Suami, Ibu & Mentua

Salam semua, saya harap luahan ni disiarkan. Sebelum ni saya pernah juga menulis beberapa luahan tapi luahan berdasarkan emosi semata.

Jam 3.40 pagi sekarang dan saya rasa cukup rasional untuk saya meluah di sini untuk minta pendapat semua.

Sekarang cukup 18 hari saya bersalin dan berpantang di rumah mama saya nun jauh di Timur. Saya bekerja di kotaraya dan suami pun sama.

Kami tinggal berasingan dari mertua saya dan kerap juga melawat mertua/mertua datang ke rumah untuk berziarah.

Sejujurnya pada awal saya tiada langsung masalah dengan perkara tersebut dan memang rezeki mertua anak-anaknya yang berkahwin semua tinggal berdekatan dengannya (masa perjalanan 20-30 minit).

Maaf saya tak tahu nak start dari mana dan dengan siapa. Banyak bermain di fikiran dan saya kebanyakkan memendam sendiri.

Sebelum bersalin (anak sulong) dan saya anak sulong keluarga juga, saya sudah maklum pada suami untuk berpantang di rumah mama sendiri. Suami tiada masalah dan tiada halangan.

Selepas bersalin suami cuti paternity seminggu dan pulang semula ke kotaraya pada minggu lepas.

Disebabkan minggu ini Isnin cuti, saya request suami untuk balik jenguk saya dan anak.

Saya penat berjaga malam dan selalu meluah pada suami untuk mengadu. Mungkin saya pun salah mengadu/meroyan pada suami masa dia tengah kerja dan sedang sibuk audit minggu ini.

Saya jarang mengadu pada mama saya sendiri untuk elakkan dia risau dan tambahan dia juga sedang menjaga ayah saya yang stroke. Mama saya berkerja dan tidak dapat fokus 100% untuk menjaga saya dalam berpantang.

Namun mama saya memang menjaga ketat pemakanan, berkenaan bedung, membeli lauk dan buah berkhasiat untuk saya dan jika berkesempatan dia akan mandikan anak saya sebelum dia keluar bekerja.

Kalau tak sempat, makcik saya (adik-beradik mama) akan datang ke rumah saya untuk bantu memguruskan anak dan saya.

Emosi saya terganggu bermula dari saya start rasa contraction lagi. Ibu-ibu semua maklum sakitnya contraction, kalau orang tanya apa-apa pun rasa nak marah.

Masa tu suami saya otw untuk melihat saya di hospital dan ibu mertua juga maklum.

Sepanjang contraction, mertua kerapa ws dan call bertanyakan keadaan saya. Saya tiada masalah untuk reply/angkat selagi saya mampu.

Yang saya terasa hati sangat bila mertua kerapa call beberapa kali dan saya tak sampai hati nak cakap direct dengan mertua jangan call dah sebab tengah sakit, jadi saya ws suami minta maknya jangan call saya untuk bagi ruang pada saya.

Saya tidak tahu apa yang dimaklumkan oleh suami saya pada maknya tapi selepas tu mertua saya ws panjang suruh saya minta ampun pada suami dan suami juga dalam masa sama ws benda yang sama.

Ya saya tahu saya perlu minta maaf jika apa-apa terjadi masa proses kelahiran dan saya memang dah plan untuk cakap face to face dengan suami di labour room nanti dan saya dah tak mampu nak tulis ws panjang-panjang sebab tengah sakit contraction.

Saya tak tahu kenapa saya rasa nak marah bila mertua ws begitu. Saya yang tengah menahan kesakitan dan dia pula seolah berceramah pada saya.

Sebelum ni saya memang kerap bergaduh dengan suami dan selalu meluah dengan mertua (yang ni cerita lain) dan saya dah stop bercerita dengan dia sekarang atas beberapa faktor.

Saya tak menafikan nasihat mertua memang betul, cuma bukan pada timing yang betul. Jadi saya nak minta pendapat semua kalau benda sebegitu saya ni layak ke untuk terasa.

Kedua seusai saya melahirkan anak, mertua call saya maklum muka anak sama dengan suami dan saya pun tiada masalah, yela bapak dia, sama pun sama lah.

Tapi yang saya terasa bila mertua sambung bagi tahu ‘….sejuk sikit hati’. Berderu rasa nak marah, kita yang baru beranak ni dia boleh cakap macam tu. Habis kalau anak ni muka saya, panas ke hati dia?

Ketiga, saya baca ws antara mertua dan suami. Bila dia pos baju baru untuk anak dan tanya suami saya, mama ada belikan baju tak untuk cucu, kata cucu sulong.

Suami saya cakap tak ada sebab nanti anak cepat besar plus kami dah beli baju yang pada saya mencukupi pada tempoh bayi.

Dan mertua saya reply cakap mama saya ‘kedekut’.

Pada masa itulah saya rasa sangat sedih dan kecewa dengan perangai mertua yang selama ni saya respect dan mama saya sendiri tak pernah cakap buruk pasal mertua saya.

Padahal mama saya la selama berpantang ni yang keluarkan duit untuk beli lauk saya, ubat itu ini dan siap hadiahkan dua gelang emas untuk anak saya tapi disebsbkan tak beli baju, mertua saya cakap mama saya kedekut?

Sebenarnya banyak lagi yang nak saya tulis based on tajuk tu tapi saya terlalu penat.

Saya tulis sekejap lepas tu rasa nak padam tapi nanti saya juga yang pendam dan makan hati sorang-sorang sekurangnya saya rasa lega sedikit.

– Jantung hati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *