Hati Suami, Ibu & Mentua II

Untuk part I, (https://iiumc.com/hati-suami-ibu-mentua/).

First of all, saya ucapkan terima kasih kepada setiap komen yang membina dan sangat positif. Alhamdulillah saya cuba untuk berlapang dada dan kepada negatif komen juga saya berterima kasih.

Masih lagi berbaki dua minggu sebelum saya pulang ke kotaraya dan lagi 4 minggu untuk saya kembali bekerja. Sejujurnya saya tidak sabar untuk masuk ke office balik kerana di situ la masa saya diperuntukkan dengan baik dan menutup ruang untuk saya overthinking.

Saya cuba terima dengan hati terbuka setiap komen dari kalian dan saya cuba menyampaikan situasi sebenar tanpa tokok tambah untuk menyedapkan cerita.

Suami saya. Kami berkenalan lebih dari 6 tahun sebelum berkahwin pada tahun ke-7. Sejujurnya saya mengakui kata-kata orang, lama mana pun kita kenal suami, tak akan sama dengan selepas kawin.

Saya maklum suami memang panas baran dan saya boleh nampak effort dia untuk berubah selepas kawen.

Mertua juga berpesan supaya menerima anaknya seadanya. Taraf hidup mereka juga boleh dikatakan tidak sekufu dengan keluarga saya dan saya tidak ada masalah dengan perkara tersebut.

Tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Sifat panas baran suami lagi terserlah selepas berkahwin.

Tak sampai sebulan selepas kawin, ada pergaduhan antara kami sehingga suami membaling cermin besar di dinding bilik kami ke arah saya dan terkena luka di bahu saya.

Ya saya akui saya pun ada salah, tapi tergamak suami cederakan saya walauoun sedikit lukanya tapi meninggalkan kesan besar pada saya sedangkan ibu bapa saya pun tidak pernah mengangkat tangan pada saya.

Suami terus keluar rumah selepas kejadian tersebut, dan tanpa pengetahuan suami saya keluar membuat laporan polis.

Mertua cuba memujuk saya ke rumahnya dan saya cuba untuk berdamai, maka saya ke rumahnya selepas urusan di balai polis selesai.

Suami juga ke rumah ibunya selepas itu dan meminta maaf pada saya. Selepas itu, saya bergerak balik ke rumah sendiri dan suami mengatakan bahawa ibubapanya telah memarahi dan menasihatinya, cuma bagaimana cara saya tidak pasti.

Sebagaimana pembaca maklum, ayah saya adalah pesakit stroke dan mama saya yang menjaganya. Saya seorang yang memendam dan tidak bercerita dengan ibubapa apa-apa masalah yang ada, sama ada sebelum atau selepas kawin kerana fikir kesihatan ibubapa saya.

Cuma, satu kejadian tersebut sahaja yang saya cerita pada mama saya dan saya agak kecewa kerana sedikit pun mertua tidak memaklumkan perkara tersebut pada mama saya tentang kelakuan anaknya.

Selepas itu, banyak episod-episod yang berlaku tapi bukan fizikal tetapi lebih kepada mental. Pantang saya buat salah sikit, semua perkataan terus keluar dari mulut suami, “barua, babi, bodoh, tak guna, takde otak, menyusahkan” semua saya telan sorang-sorang.

Pada awalnya saya bercerita pada mertua kelakuan dan sumpah seranah anaknya,

Tapi bila bercerita, saya akan turn off sebab tiba-tiba sahaja mertua akan mengadu pula perihal suaminya (bapa mertua) yang tidak memberi nafkah, tidak bekerja dan sbgnya dan meminta saya bersabar dan terima sahaja perangai anaknya.

Maaf saya tak bodoh untuk kekal selamanya dalam perkahwinan yang toksik sepertinya. Untuk menegur makian anaknya pun tak mungkin dapat dia buat sebabkan perangainya sendiri suka menyumpah seranah anak-anaknya sendiri dan suka bercakap kasar.

Pada yang belum berkahwin, jangan percaya bila orang cakap, tengok layanan lelaki pada ibunya, macam tu la layanannya pada anda. Dia mungkin baik dengan ibunya, tapi dengan anda belum tentu.

Episod-episod saya makan hati berterusan sehingga kini. Walaupun dah melahirkan zuriat, tetap saya rasa tidak dihargai. Hari kedua anak warded kerana jaundice dan susu saya tiada pada masa tersebut, merupakan waktu paling berkecamuk dalam hidup saya.

Suami cakap saya sebagai ‘mak tidak berguna’ walaupun perkara tersebut adalah normal bagi wanita yang baru melahirkan. Walaupun selepas tu, kami ada ikhtiar dengan beli vitamin tambahan, tapi kata-kata yang dilemparkan meninggalkan kesan yang mendalam buat saya.

Apa-apa yang berlaku jika saya menjawab, dengan senang hati dia cop saya sebagai isteri derhaka.

Walhal sewa rumah saya bersifat ihsan dengan membayar separuh, kereta dia kadang-kadang saya akan bayarkan juga,

Bil air dan sebagainya saya juga yang membayar kerana ihsan sebagai isteri kepada suami yang mana kita tahu gaji tak seberapa, tapi tak pernah saya ungkit, mana laungan ‘derhaka’ pada isteri ketika itu? Tiada.

Saya boleh katakan yang suami saya ni sebagai narcissist dan bila ditegur katanya kita pula yang narcissist.

Mungkin ni confession terakhir saya tulis, doakan saya tidak berputus harap untuk hidup kerana yang tinggal dalam hati saya hanyalah sisa-sisa cinta sahaja.

– Si Jantung Hati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *