Hi dan Assalamualaikum semuanya. Nama samaran aku N. Aku dan suami telah bercinta selama 26 tahun sejak di bangku sekolah rendah lagi dan telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun.
Alhamdulillah kami dikurniakan 3 orang cahayamata yang baik2 dan comel2 semuanya. Sewaktu aku jadi tunangan suamiku dulu, aku pernah curang dengan suamiku dan kantoi.
Buat pengetahuan semua, suami aku sangat2 setia orangnya daripada zaman belajar sampai kerja setia dan sayang sangat2 hanya padaku.
Tetapi aku sebaliknya kerana aku berpegang pada prinsip, “selagi aku belum sah menjadi miliknya aku bebas berkawan dengan semua orang”.
Tapi jodoh kami masih kuat. Walaupun bermacam dugaan dan rintangan dia tetap menjadi suamiku.
Dan sebaik sahaja dia menjadi suamiku, aku nekad untuk setia dan cinta hanya pada suamiku. Perkahwinan kami sangat bahagia. Kami saling jujur dan percaya antara satu sama lain.
Berkomunikasi, saling bertanya tentang kerja masing2, bahagi tugas menjaga dan mengurus anak dan perbelanjaan seharian. Kami sangat bahagia walaupun hidup dalam keadaan sederhana.
Bermula episod hitam setelah 8 tahun kami berkahwin. Suami aku kena pindah ke cawangan lain.
Disitu dia bekerja di bawah bos wanita yang lagi tua daripada suamiku dan disinilah segala2nya bermula.
Wanita itu isteri orang merangkap bos suami aku selalu care dengan suami aku dan selalu mengadu masalah dia dan akhirnya bercinta dengan suamiku.
Suami aku yang selama ini hanya akulah satu2nya perempuan didalam hatinya telah berpaling arah. Dah mula pakai password phone. Nyorok wassap dan call. Dan mula cari salahku.
Sangat2 sedih kerana waktu tu aku tengah sarat mengandung dan perangai dia berubah 100%, yang selama ini menemaniku jumpa doktor scan cek kandungan sekarang dah mula suruh aku pergi sendiri.
Selama ini tanya aku mengidam nak makan apa dan seboleh2nya cuba tunaikan dah tak peduli apa yang aku idamkan. Dah tak peduli perasaan aku. Suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab telah berubah 100 peratus.
Waktu aku nak operate anak ni aku just minta dia sehari ni sahaja tak berhubung dengan perempuan tu sebab ini diantara hidup matiku tapi suami still berhubung. X peduli perasaan aku.
Lepas operate aku tumpah darah suami aku tak ambil tahu langsung.
Waktu aku berpantang selama ini suami tidur sekali sebab gilir2 jaga anak sekarang biarkan aku tidur sorang2 dengan anak sebab dia sibuk melayan “bos” dia tu.
Aku dah puas nasihat dan pujuk suami dan bos dia tu tapi mereka dah kemaruk dan rasa apa yang mereka buat betul.
Suami aku ungkit salahkan aku curang waktu tunang dulu sebab tu dia jadi macam tu.
Aku cakap padanya lepas kita kahwin aku dah tinggalkan semua perangai nakal aku dan hanya setia padanya sahaja dan kita bahagia. Kenapa tiba2 jadi macam ni dia cakap ini semua berpunca dariku.
Sedih sangat waktu tu. Nasib tak meroyan jek. Akhirnya dengan bantuan kakakku dapat jejaki nombor telefon suami bos dia.
Bila aku cakap dengan suami dia tentang mereka suami dia melenting dan cakap aku pandai2 reka cerita dan tak pandai jaga suami.
Dan dia mati2 pertahankan isteri dia dan kata laki aku yang salah. Waktu tu aku down sangat. X tahu nak minta pertolongan siapa untuk hentikan semua ini.
Selepas habis berpantang, aku pergi ke pejabat agama untuk mohon cerai tapi pejabat agama bagi kaunseling dan sewaktu sesi kaunseling suami aku dia tak datang.
Dipendek kan cerita kami tidak jadi bercerai atas alasan anak2 dan Skandal dia masih isteri orang dan mereka tak dapat berlahwin kerana suami skandal dia tu tak nak lepaskan isterinya,
Walaupun aku berjanji dengan suamiku aku tak kan pisahkan anak2 dengan dia dan tak kan tuntut nafkah tapi dia masih tak nak lepaskanku.
Katanya masih sayang tapi padaku kalau hatinya pada perempuan lain dia tak lepaskan ku bermakna dia siksa aku dan pentingkan diri sendiri.
Mereka terus berhubung dan akhirnya Allah itu mana adil. Perempuan itu terkantoi dengan suaminya dan dari situlah mereka mula takut.
Dengan aku mereka tak takut sebab tahu aku tak boleh buat apa2 sebab kuasa cerai ditangan suami. Suami perempuan tu minta Maaf padaku dan mahu bersama2 hentikan semua ini.
Dipendekkan cerita, sekarang suami aku sudah berpindah tempat kerja dan suami perempuan tu dah buat macam2 agar mereka tak dapat berhubung lagi.
Alhamdulillah sekarang suami aku tak dapat berhubung dengan perempuan itu sebab suami perempuan tu dah block no suami aku daripada phone isterinya dan pantau semua gerakan isterinya.
Sekarang suamiku telah kembali seperti dulu cuma dia masih tak dapat melupakan perempuan itu. Kadang2 aku tengok dia nyanyi lagu2 putus cinta lepastu mula la termenung.
Dia sekarang dah tak nak share masalah dengan aku, bila keluar bersama anak2 pun dia leka dengan handsetnya.
Setelah hampir 6 tahun peristiwa itu berlaku, suami aku kini kembali seperti dulu dan aku ingatkan suami aku dah move on. Rupa2nya dia masih tak dapat lupakan perempuan itu.
Terkantoi bila dia tak sedar aku kat belakang dia. Dia email perempuan tu lepastu padam.
Bila aku tanya Dia kata itu cara dia ubat hati dia sebab Dia kata mungkin perempuan itu dah tak guna email tu sebab perempuan tu tak pernah balas pun tapi hati dia lega dapat email perempuan tu. Aku dah tak rasa marah @ sedih @ cemburu dah.
Aku dah tak taw apa yang patut aku lakukan. Macam2 aku buat tapi dia still tiada inisetif untuk melupakan. Aku buntu. Apa Jalan terbaik yang perlu aku lakukan???
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit