Hati Tisu

Assalamualaikum semua, saya gelarkan diri saya sebagai Teratai. Single, umur 30an berkerja di ibu kota.

Berkaitan dengan tajuk di atas, saya ingin meminta pendapat kawan2 dalam group ini jika ada yang pakar dalam psychology or mana2 nasihat untuk kuatkan semangat saya.

Saya kerja dekat company kecil. Sejak tahun lepas bos saya naikkan pangkat saya sebagai manager. Bawah saya, saya perlu jaga 4 orang.

Jika ada masalah complaints dari bos or bos saya tertinggi suara saya akan serta merta akan menangis. Memang saya tak boleh tahan.

All the complaints pasal orang bawahan saya. Maksudnya saya tak pandai untuk urus orang bawahan saya untuk buat kerja.

Kerja saya bukan hanya pantau mereka, tetapi saya juga ada kerja lain. Jadi saya kadang2 tak follow up kerja mereka & end up saya yang disalahkan.

Kerja company kecil dari A-Z semua saya yang urusan. Cuma basuh berak bos jer tak.

Jadi bila ada complaint & bos tertinggi suara saya akan tiba2 sahaja akan menangis & tak boleh cakap & nak explains apa yang berlaku. Perkara ini terjadi sudah 3-4 kali. Saya takut jika staff & bos cakap saya gila.

Jika bos tanya pasal kerja or suruh explain apa2 saya boleh jawab dengan lancar a-z tanpa gagap2.

Saya boleh deal dengan client dengan baik. Tapi jika bos marah or complaints saya jadi tak keruan & air mata mencurah2 & terus tak boleh cakap.

Untuk pengetahuan korang, saya mempunyai trauma zaman kecil saya dimana;

1) Masa kecil selalu dimarah oleh ibu bapa, mak selalu menyumpah saya.

2) Mak selalu memanggil saya dengan panggilan buruk & kasar.

3) Ayah dulu selalu pukul adik2 lelaki saya tanpa sebab. Seingat saya masa form 2 saya pergi sekolah menangis masa belajar sebab teringat ayah pukul adik2 lelaki saya. Saya ayah tak pernah pukul.

4) Masa kecil saya, saya kena gangguan seksual dengan abang & adik sendiri. Ini berlaku dalam pengetahuan ibu saya.

5) Ayah saya seorang malas kerja & kami sekeluarga hidup susah. Mungkin sebab itu ibu selalu marah2 kami.

Walaupun dibesarkan dalam keadaan ini, saya berjaya memang segulung ijazah & sekarang bekerja.

Tapi itu la, air mata saya ni sukar nak dibendung. Jika orang marah atau complaint pasal kerja saya tak boleh.

Saya kerja jenis yang betul2 buat kerja. Masuk kerja memang saya buat kerja sepenuhnya, tak ada main2.

Dulu cita2 saya nak buka taska, saya ada ambil khusus PAKK. Masa last khusus kami ada masa practical seminggu dekat taska.

Saya 1st time tengok suasana taska dekat situ. Cikgu2 marah anak2 macam anak2 ni haiwan.

Saya menangis dekat supervisor kami yang jaga masa tu. Cita2 terkubur sebab ibu tak bagi buka taska & tak ada support.

Selain itu, jika call ibu, dengan hanya satu perkataan keluar dr ibu boleh buat saya happy & dengan 1 perkataan juga boleh buat saya sedih & menangis. End up saya akan letak hp.

Begitula situasi hidup saya. Saya nak tanya mcm mana nak didik hati jadi kental?

Jangan kata saya manja, dulu balik sek rendah saya hanya jalan kaki kena lalui ladang getah, sawah pagi & hutan untuk sampai rumah. Nasib baik tak ada orang jahat jer dulu2.

Tolong doakan saya & tolong beri kata2 semangat untuk saya. Terima kasih in advance.

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. semoga awak terus kuat
    selalu baca doa penerang hati supaya awak tak gagap2 awak lebih tenang
    pray for u

  2. Maybe suruh boss ubah jobscope. Maksud saya ringankan ‘beban’ bukan semua kena buat. I been there. Kena buat kerja manager and kena jaga staff tak mudah. Saya resigned sebab boss tak nak ubah job scope. Kalau boss tak nak then awak cari kerja lain je. Daripada mental awak terseksa, baik awak cari kerja baru. Rezeki ada dimana-mana. InshaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *