Hati Wanita Lembut

Kisah yang ingin aku ceritakan ini adalah kisah benar yang terjadi pada aku sekitar setahun lebih yang lepas.

Aku wanita yang berkerjaya baru menginjak 30an, bekerja di sekitar segitiga emas Kuala Lumpur.

Di kawasan ini, semua pekerja begitu kemas membawa penampilan masing-masing untuk menjaga imej syarikat. Tidak terkecuali juga aku dan rakan-rakan sepejabatku yang kebanyakannya wanita.

Berkasut tinggi, tudung berwarna sesuai pakaian korporat yang sopan dan kemas, bekerja dengan gembira, breakfast, lunch dan minum petang setiap hari tanpa jemu.

Rupa-rupanya setiap hari apabila aku dan rakan-rakan sedang makan di cafe. Ada mata-mata liar lelaki yang memerhati.

Aku dan rakan-rakan abaikan saja. Tetapi makin hari makin menjadi pandangan mata mereka. Makin lama mereka makin mendekati, dan akhirnya ternampak seorang lelaki dari kumpulan itu.

Lelaki itu rupanya yang cuba menarik perhatian aku. Gayanya seperti awal 40an, bertubuh tegap, sasa, berpakaian rapi dan berdasarkan pemerhatian rakan-rakanku, dia bekerja di sebelah bangunan aku bekerja, juga sebuah syarikat internasional.

Lelaki itu setiap pagi tanpa jemu, akan cuba duduk di meja sebelah aku, meja hadapan aku, meja belakang aku, yang pasti, setiap kedudukan kerusinya akan nampak muka aku yang sedang makan bersama rakan. Aku abaikan lagi.

Tiba satu ketika, aku dan rakan selesai makan dan mahu kembali ke pejabat. Manakala lelaki tersebut masih sedang makan.

Memang aku nampak ya kawan-kawan, kerana dia mengambil tempat meja makan berhadapan aku, memandang aku. Haish apa ke gila mamat ni. Jadi aku bangun dan menuju ke lif.

Tiba-tiba, lelaki tadi berlari-lari, menuju ke lif juga dan masuk ke lif yang sama seperti aku. Dia berdiri di sebelah aku, dia berpusing dan pandang aku, tanpa kata, dia senyum kepada aku dan kembali pandang ke depan.

Aku lantas memandang kawanku di belakang lif, dan kami sama2 mengangkat bahu. Mungkin aku nampak seperti anak dara, hakikatnya aku ini isteri dan ibu kepada seorang anak dan dua anak syurga.

Balik ke rumah, aku menceritakan perihal tersebut kepada suamiku, dan suamiku hanya mendengar tanpa komen.

Situasi itu berlangsung begitu, adakalanya aku sedang makan, lelaki itu seperti biasa mengambil tempat di hadapan aku, dia akan berbual bersama rakan-rakannya. Tetapi matanya memandang aku.

Jadi apa aku buat, aku terpaksa menyorok sedikit, menggunakan kawan aku yang duduk di hadapan aku.

Aku nampak dia cuba mencari2 mana wajahku untuk dilihat. Dan apabila dilihat aku sedang makan sambil cuba untuk tidak melihat dia, dia ketawa kecil. Kurang asam. Aku perasan, di jari manisnya ada cincin.

Perkara ini berlarutan lama. Banyak kali juga terserempak di luar waktu makan di sekitar pejabat. Tapi takkan aku tak boleh kemana mana hanya kerana ini.

Jadi aku buat tak tahu. Bagi aku lelaki ini sudah berkahwin. Tetapi kenapa kau masih nak bermain-main mata dengan orang yang kau tak kenal setiap hari.

Adakah kau mencuba nasib. Aku geram betul. Tapi takkan aku nak tegur apa masalah encik ye pandang2 saya.

Aku risau ditegur kembali, maaf ye cik perasan kot, atau maaf ya, saya sebenarnye boleh nampak hantu. Saya nampak ada benda ikut cik ni. Hahaha.

Jadi berdasarkan kebarangkalian di atas. Aku biarkan saja. Apa yang aku buat, cerita pada suami apa yang jadi. Aku risau juga, pandang memandang ni last aku hadap adalah di kolej.

Di tempat kerja ada tapi tidaklah setegar ini. Suami aku seperti biasa hanya pendengar setia, tiada komen. Mungkin remeh bagi mereka para suami.

Selepas perkara itu, aku bersyukur kerana PKP. Dan syarikatku membenarkan Work From Home sehingga ke saat ini. Jadi kuranglah pandangan mata liar terhadap diri ini.

Aku faham, aku juga perlu tundukkan pandangan. Tapi kalau dah setiap hari memang lelaki itu sengaja muncul duduk di depan mata, aku tak tahu bagaimana.

Alhamdulillah Allah selamatkan aku dari terus terjerumus ke sesi pandang memandang setiap hari. Aku yakin, dari mata turun ke hati.

Wanita ini hatinya lembut, janganlah wahai lelaki bermain dengan pandangan. Sangat bahaya. Sekian terima kasih kerana mendengar. Jaga diri patuhi sop.

– Wanita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *