Hati Yang Bercelaru

Pagi tadi aku dapat result trial BM.

Then cikgu tanya aku kenapa aku tak buat esei bahagian B? Tak cukup masa ke? Tapi karangan bahagian C pun awak tak siap.

Hmmmmmm. Actually tak cukup masa satu, habit terlelap dalam exam pun satu.

Pastu cikgu siap tanya awak ada masalah ke?

Jujurnya aku rasa aku tak ada masalah pon. Serius cakap aku tak ada masalah.

Tapi aku rasa macam ada something yang buat aku rasa macam memang tak nak belajar.

Not BM subject only. The whole subject actually aku tak dapat nak carry.

Yup, aku mengaku aku malas nak study.

And if boleh bersumpah depan semua orang, aku boleh bagitau yang aku memang tak tau cara study yang sesuai untuk aku.

Study last minute? Sometimes topik yang aku fokuskan tak masuk.

Study sambil dengar lagu? Aku langsung tak boleh fokus.

Menghafal? Short memory term aku too high for this.

Fahamkan? Kadang aku jadi confuse.

Semua cara aku dah try. Ntah laaaaaaaaa.

Aku sebenarnya tak nak sambung STPM. Dari awal lagi aku memang tau yang aku tak boleh nak carry.

That is too high for me!

Awal aku masuk haritu pun sebab aku rasa bosan duduk rumah.

But aku tak tau kenapa aku boleh stuck kat sana. Nak tau kenapa?

Of course sebab parents aku. Diorang kata dah alang-alang masuk teruskan je sambung.

And now here I am. Useless me and burden one.

Dengan situasi dimana mak bapak aku tak cukup duit lagi. Kalini aku memang rasa betul betul tak berguna.

Kadang rasa macam tak memahami diorang pun ada.

Agak-agak kalu aku berhenti sekarang sempat tak.

I`m too scare to take the risk. Cukup la dengan spm aku.

Aku rasa macam dah tak sanggup lagi dah nak hadap orang sibuk mengata pasal aku punya result. Kenapa?

Kesalahan besar ke kalau keputusan aku cukup-cukup makan je?

Penat lelah aku sengkang mata semata nak ulangkaji selama ni rasa macam sia-sia je bila aku jumpa orang macam ni.

Paling aku tak sanggup bila orang terdekat aku sendiri kata aku tak pandai which is nenek aku.

Aku tak tau aku nak meluah dekat siapa.

Ye, aku tau aku sorang je cucu dia yang tak de apa yang boleh dibanggakan.

– Lebah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. berhenti je belajar..g masuk kolej komuniti..belajar kemahiran..jangan buang masa..nt dah sedar diri..baru catch mane yang tinggal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *