Assalamualaikum.. Luahan ni adalah sambungan confession akiko sebelum puasa lepas (hati yang tak bahagia).
Alhamdulillah, selepas sebulan lebih, aku berusaha nak berubah dan aku dapat lihat perubahan besar yang berlaku dalam hidup aku. Hidup aku lebih tenang dan bahagia walaupun masih sunyi. Luahan ni adalah apa yang aku buat selepas aku baca tips netizen yang komen kat luahan aku dulu.
Aku tahu, banyak orang yang komen dalam confession tu, rasa apa yang aku rasa dalam hidup mereka.-sunyi dan hilang tujuan hidup. Jadi aku kongsikan balik tips2 yang korang bagi dan ada je tips yang aku buat sendiri.
1) Dekatkan diri dengan tuhan. Sebelum ni, aku memang solat dan buat amalan sunat macam solat tahajud dan mengaji. Tapi, aku perasan, waktu luahan tu dibuat, aku selalu tinggalkan tahajud dan jarang mengaji beralasan penat kerja dan mengantuk. Bulan puasa lepas, walaupun tak penuh, tetapi aku berjaya solat tahajud balik. Mengaji, walaupun tak berjaya khatam sepanjang bulan puasa, tetapi Alhamdulillah, aku berjaya membaca jika nak dibandingkan sebelum ni. Dan kini, aku berusaha nak istiqamah walaupun dah habis Ramadhan dan rutin aku berjalan normal seperti dulu.
2) penuhkan masa dengan hobi. Alhamdulillah, sekarang ni, aku berusaha nak penuhkan masa aku dengan benda2 yang aku suka. Aku masih layan drama, tetapi sekarang ni aku layan drama cina. Tujuan aku bukanlah nak habiskan masa semata, tetapi aku belajar bahasa cina dari drama tu. Aku juga start balik membaca buku. Sebelum ni satu buku pun aku tak dapat nak habiskan sebab sibuk. Tetapi, sekarang ni masa perjalanan nak pergi kerja, aku habiskan membaca buku atau qada’ tidur. Hehe.
3) sayangi diri dan jaga kesihatan. Walaupun takdalah obesiti, tetapi aku perasan badan aku naik mendadak bila aku stress. Aku makan macam biasa, portion yang sama, tetapi bila aku stress, semua bad thing berlaku kat badan aku-rambut gugur, muka berjerawat, etc. Bad hormone mungkin. Bulan puasa lepas, aku reset pemakanan aku. Aku berjaya save duit dengan tak pergi bazar. (Tetapi tiba2 mengidam nak makan ayam percik). Aku banyak makan sayur dan buah, dan usaha nak elakkan makanan manis atau bergoreng. Ikutkan dulu, aku memang jaga habis muka aku, tetapi bila aku stress, aku malas nak buat semua rutin kecantikan korea yang pernah aku buat dulu. Sekarang ni, aku start balik sikit demi sikit.
4) selalu ucap terima kasih dan senyum dengan orang asing. Aku perasan ,aku ni jenis introvert walaupun ramai yang cakap aku extrovert. Sebabnya, aku talkative dengan orang yang rapat dengan aku je. Bila dah kerja, kawan2 rapat semua jauh, aku jadi pendiam sangat. Dalam sehari, boleh kira berapa kerap aku cakap dengan orang. Sekarang ni aku banyak cakap bila aku dengan mak aku je. Dan aku jenis tak suka WhatsApp orang. Dengan apa yang aku start buat sekarang, kalau aku terpandang orang dalam lrt aku senyum. Kadang2 ada je yang balas senyuman aku. Kadang2 ada je yang pandang pelik. Tetapi aku perasan kalau aku senyum kat foreigners atau bangsa lain, selalu dorang yang akan balas senyuman aku. Kalau senyum kat malays ni semua buat muka pelik/kelat. Nasib aku tak boleh senyum kat lelaki. Nanti ada pulak yang cakap aku nak goda pakwe dia. Aku juga start ucap terima kasih kat pak cik bas, pak cik lrt, kakak cashier etc. Mungkin apa yang aku buat ni macam takda kesan. Tetapi mungkin juga apa yang aku buat ni boleh buat dorang lagi semangat nak bekerja. Bila dah besar ni, aku perasan budaya senyum dan terima kasih ni cuma pelajaran waktu sekolah dulu je. Praktikalnya di sekolah dengan mak cik kantin dan cikgu2 je. Bila dah besar, semua dengan phone, orang kiri kanan tak dipandang.
5) padam instagram akaun dan facebook akaun. Ni benda yang paling efficient sekali aku rasa. Memang sayang sebab dengan socmed ni, kita dapat tahu update kawan2 kita. Lagipun banyak update terbaru yang boleh kita tahu tentang dunia luar. Tapi bila aku padam je akaun insta dan fb aku, terus aku perasan masa aku ni sebenarnya banyak. Aku juga perasan aku kurang sedih. Mungkin sebab dulu aku suka compare hidup aku dengan kawan2 aku. Kerja yang hampir sama, gaji yang sama, tetapi kenapa dia boleh travel jauh ke korea. Aku pergi langkawi pun tak pernah. Itu dululah. Aku berusaha nak faham nikmat rezeki. Mungkin rezeki aku untuk keluarga aku. Sebab nak post confession ni, aku terpaksa buka akaun baru sebab akaun lama dah padam. Akaun baru ni pun aku cuma follow berita2 semasa. Aku taknaklah jadi seperti katak dibawah tempurung.
Benda ni je kut yang aku berjaya buat. Ada yang komen suruh berkenalan dengan kawan baru, aku boleh je kawan dengan orang baru. Tetapi aku susah nak rapat dengan orang. Apa guna kawan beribu, tetapi bila susah, sorang dua je ada dengan kita. Ada yang suruh travel. Aku nak travel, tapi aku masih ada mak, ayah dan adik-adikku lagi. Kalau nak bawa parents aku travel, kena bawa adik-adik aku sekali. Aku masih tak mampu lagi. So, gaji aku, aku habiskan pula dengan shopping barang mak, adik-adik dan kucing2 aku. Tapi kalau ada je orang yang tengah cari travel partner, kalau aku free, boleh je aku join sekali.
Harap perkongsian aku ni dapat tolong sesiapa yang sebelum ni pernah ada rasa macam aku dulu. Aku pernah alami dan masih alami apa yang korang rasa, tetapi aku usaha nak keluar dari hidup begini. Aku masih tak faham fungsi kehidupan aku. Ayat, ‘kenapa aku tak mati je?’ masih ada je dalam fikiran aku, tetapi aku tukar, kalau aku mati, sapa nak jaga parents aku bila dorang dah uzur. Dah kurang doa anak yang soleh nak doakan parents aku nanti. Hidup ni cuma sekali, kalau aku mati, banyak benda dalam dunia yang aku masih tak terokai. Allah sayangkan aku, sebab tu Allah bagi aku peluang untuk beribadat kepadaNya dan ubah dunia ni jadi lebih bahagia.
– Akiko
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit