Aku telah berkahwin, umur 35 tahun dan tanpa zuriat. Di usia 22 tahun aku menjadi isteri pada suami ku yang berusia 27 tahun anak yang ke 5 dari 6 beradik.
Pada pandangan mata orang, suami ku memang handsome berbanding aku namun aku jenis yakin pada diri sendiri yang aku lebih lawa darinya…. Hahaha.
Dalam usia 2 tahun. Kami di rezekikan dapat rumah sendiri walaupun suamiku jer yang kerja kerajaan. Aku… Aku ni suri rumah.
Episod derita mula menjelma. Arwah ayah mertua sakit tiba2.. Oleh kerana aku tiada kerja maka aku ke depan menolong menjaga FIL di hospital.
Aku ni jenis happy walaupun dari pukul 2 petang sampai 11 malam perut keroncong. Lapar tapi suami aku adik beradik tak nampak batang hidung. Aku beranikan diri cari makanan. Pukul 12 malam baru suami aku datang ambik sebab abang ipar ganti tempat.
Malam tu aku tidur rumah MIL. Pagi MIL dah bising suruh aku teman FIL. Aku jenis happy terus diam dan dalam diam aku suruh suami aku hantar aku balik rumah. Senangkan…..
Bagi aku senang sebab aku ikhlas jaga FIL tapi bila MIL aku sikap macam ni aku tak respect kerana FIL tu suami dia.
Tindakan aku mula tak disukai adik beradik suami. Alasan mereka aku tak ada anak… Isteri mereka ada anak dan 2 anak perempuan FIL bekerja.
Aku ni nampak jer happy tapi hati keras. Aku dengar pelbagai umpatan dan hinaan sehinggakan mata mata yang memandang mula membenci aku.
Bagi aku hinaan tiada goyah kerana hinaan tu bukan untuk aku tapi untuk suami aku… Kerana 2 tahun perkahwinan aku dan suami dah jumpa pakar O&G.
Pakar memberitahu suamiku problem dan aku normal. Kami berjanji simpan rahsia. Ke mana aku pergi akan ada kata mandul.. Rugi tak ada anak hinggakan menyuruh suami ku buang aku sebab mandul. Wow!! Hebatkan manusia.
Aku tetap aku, tiada undur untuk orang yang menghina. Aku berjalan ke depan… aku cantik aku pandai dan aku lah isteri yang tbaik Hahaha.
Pernah kakak aku kata kat aku… Memang kamu ni keras hati. Macam aku kata selalu kata kat diri aku… Jika aku tak bersalah kenapa aku nak dengar kata orang. Allah tahu siapa aku…
Bila FIL meninggal, MIL pula ujian yang paling teruk. Aku memang mengaku tak boleh jaga MIL dan aku carikan bibik. Bibik untuk jaga MIL memang baik orangnya. Aku kira upah bibik dapat dibayar oleh adik beradik suami ku dan mereka setuju.
Aku ingatkan dah selesai masalah rupanya makin teruk ujian aku. Hinggakan adik beradik suami aku nak datang serang aku kerana 1 kali dalam hidup aku mempertahan diriku sebagai menantu.
Apa yang aku kata masa tu “aku akan saman pada orang yang fitnah kat aku”. Orang aku maksudkan ialah biras perempuan aku. Menantu kesayangan… Hahaha.
Aku tunggu mereka datang. Aku buka aircon aku buka lampu kristal tauuu… Tunggu punya tunggu tak datang datang. Mereka ingat mereka ramai mereka menang…. Mereka salah sebab aku ada bukti apa yang mereka buat.
Dari mula hari tu aku makin cari kebahagiaan diri aku. Aku tak bergantung dengan suami sebab pelbagai episod berlaku, suami aku sembunyi kan dirinya yang handsome dan baik. Aku yakin Allah ada di samping ku.
Hebatnya suamiku sebab dalam hebatnya diaa, hatiku hancur. Dalam hancur aku masih lagi mahu melawa, hiaskan rumah cantik dan simpan duit.
Aku pernah kata kat suami aku, aku tak pernah lihat handsome dia. Kenapa aku aku kata begitu sebab sebelum aku kahwin, aku selalu berdoa mahu jadi isteri yang solehah. Taat pada suami. Namun ujian aku hebat… Pada Allah aku berbisik….
Semasa aku mengelilingi Kaabah… Aku melihat kebesaranNya. Aku berdoa berdoa merintih kesedihanku… Tiada yang tahu betapa hancurnya hati aku.
Bila aku merenung apa yang berlaku selama aku menjadi menantu hingga MIL aku meninggal dunia… Akulah manusia yang paling jahat di mata keluarga sanak saudara mertuaku. Aku cari bahagia ku sebab bahagia itu ada pada diri ku sendiri.
Aku bertuah dapat jadi tetamu Allah.. Ya Allah besarnya Kasih Sayang Mu pada ku hinggakan aku dapat merasai kebahagiaan selama berada di sana. Terima kasih Allah.
Ketika aku taip ni terbayang di mataku adik beradik suami datang rumah baru ni memohon kemaafan dariku kerana mereka sudah ditimpa pelbagai penyakit. Aku maafkan tapi lupa…. Tidak.
Aku layan sebagaimana tetamu lain. Selebihnya aku jaga bahgiaku. Walaupun aku tiada zuriat aku akan bahagia dan bahagia ku hanya Allah yang tahu. Walaupun aku ada suami belum tentu aku bahagia.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Virtual hugss!! Siscstrong semoga dibawah lindungan Allah senantiasa❤️❤️❤️
Sis saya suka semangat sis. keeep slayyingggg, chin up & keep flying. love you siss