Hati Yang Mati

Assalamualaikum. Sudah hampir tempoh 4 tahun selepas saya betul betul mencintai seorang perempuan. Berumur 20 tahun waktu saya berpisah dengan si dia.

Saya sedar sebelum ni, saya telah betul betul meletakkan hati kepada makhlukNYA sehinggakan pencipta kita cemburu akan apa yang saya telah buat.

Luahan saya adalah, apa yang saya rasa selama perjalanan saya ini, kosong kebanyakkannya.

Saya masih lagi dalam proses perbaiki diri dari segi solat, rukun Iman dan Islam serta buat juga Sunnah dari pembimbing Nabi Muhammad SAW.

Hati saya terhadap manusia sudah kosong sejak dari tahun itu. Saya tidak kisah kalau kehilangan kawan baik sekalipun kerana banyak kali dikhianati, ditipu oleh orang yang saya percaya.

Tapi 2-3 bulan lepas, saya sudah mulai suka akan seseorang. Cumanya, saya susah nak percaya orang.

Saya pernah bertegur sapa dia melalui sosial media yang ada.

Pada awalnya, dia seseorang yang periang, suka respon akan mesej mesej saya. Namun, kelamaan saya mula sedar yang dia akan respon mesej dalam 2-3 hari selepas itu dan paling lama 4 hari.

Saya jadi tak yakin semula untuk mulakan perbualan dan biarkan perbualan tu tergantung.

Doa sudah saya kirimkan kepada pencipta kita.

Susah untuk saya menerima orang lain sebab setiap kali fikirkan dia, hati saya mula tersentuh walau tak pernah berjumpa.

Muka dia manis, ayu serta perwatakan dia dari seseorang yang bagus dalam agama.

Saya sekarang jadi tidak yakin. Saya hanya meneruskan hidup saya kembali kosong. Rasa tidak bermaya dengan bermacam ujian yang menimpa.

Hanya bertahan untuk hidup kerana fikir akan dosa dan keluarga yang masih ada di kampung.

InsyaAllah, doakan saya kuat untuk hadap semua ini dan saya masih ada keyakinan untuk menunggu si dia.

– Hang qifa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *