Assalamualaikum. Hai. Aku Sya. Aku cuma nak cerita pasal aku yang rasanya macam dah hanyut ke lembah kegelapan. Susah nak mencari cahaya lagi.
Aku ni nak kata alim tak lah alim sangat. Cuma ada lah sikit pengetahuan agama tu. Aku tak ramai kawan. So, aku suka nak cari kawan baru. And kawan yang aku cari tu bukan kawan-kawan yang alim-alim, ada yang free hair, yang tak tutup aurat dengan sempurna, suka makeup tebal-tebal sampai bila nak ambik wuduk pun makeup masih melekat kat muka, yang suka menyumpah. Aku kawan dengan orang macamtu dengan niat aku, bila aku bergaul dengan orang-orang macamtu, aku serba sedikit akan dapat ubah diorang.
Kadang-kadang aku tegur, diorang akan dengar. Tak pernah diorang bantah. Aku bagi hadiah al-Quran dekat kawan yang selalu mengadu sedih dekat aku, aku bagi buku-buku agama untuk diorang baca dan muhasabah diri, aku selalu cerita-cerita tentang nabi dan sahabat, aku suka share hadis, bagi motivasi. Hadiahkan diorang stoking lagi untuk diorang tutup aurat.
Ada yang mula tunjukkan perubahan diri, aku suka sangat. Cuma masalahnya kat sini adalah aku, jenis cepat sangat nak terpengaruh dengan benda sekeliling aku.
Bila kawan dengan orang-orang macamtu, aku nak jadi sebahagian dari dorang. Maksudnya, aku kena ikut cara diorang beracakap, cara diorang bergaul. Bila aku jadi orang yang macam diorang aku beranggapan yang diorang akan selesa dengan aku, jadi mudahlah untuk aku share hal-hal agama. Tapi, entahlah kenapa aku rasa aku pulak yang semakin hanyut tatkala diorang semakin ke arah memperbaiki diri.
Aku yang tak pernah cakap pelik-pelik dah mula cakap pelik-pelik, aku dah tak minat nak mengaji and sembahyang awal waktu, aku makin suka tengok benda pelik-pelik. Aku, jadi lebih teruk dari diorang yang aku nak ubah. Dalam masa yang sama, aku mengharapkan diorang berubah. Kalau dalam tempoh tertentu diorang tak berubah, dan masih buat benda yang sama, aku terasa marah, rasa macam apa yang aku buat tu macam sia-sia. Sia-sia cakap itu ini, tapi ada yang tetap sama je tak berubah langsung.
Aku pernah pujuk diri aku masa apa yang aku nasihatkan diorang taknak dengar, nabi pun dakwah dalam tempoh yang lama dan kena tempuh macam-macam dugaan baru lah orang nak yakin dengan Islam dan sebarkan Islam semampu mungkin. Tapi mungkin hasutan syaitan juga agaknya, bila diorang tak berubah seperti yang aku harapkan, aku tinggalkan apa yang pernah aku amalkan dan jadi lebih teruk dari diorang, dan lebih teruk dari aku yang dulu sebab aku rasa apa yang aku buat tu macam takde hasil.
Aku cuba berubah, kembali kepada asal tapi tetap susah. Tak tahu lagi macam mana nak berubah ni. Aku dah takda feel nak khusyuk dalam solat, nak mengaji, nak berdoa bersungguh-sungguh, berzikir, puasa. Aku buat semua tu tapi rasa kosong. Aku tak pernah tinggalkan kecuali mengaji and selawat dan doa lepas solat sebab aku rasa bosan. Kalau puasa and solat aku still buat lagi. Cuma feel tu dah tak ada.
Doa pun aku pernah doa, “Kau tahu apa yang aku niatkan ya Allah. Aamiin”. Rasa bersalah tapi aku buat juga. Aku nak mengaji lagi tapi rasa tak boleh nak pegang Al-Quran. Kadang-kadang kalau ada video agama yang lalu dekat Facebook, Youtube atau Instagram aku, aku akan scroll cepat-cepat, taknak tengok. Kenapa ye? Hati aku dah hitam ke?
Aku pernah baca, orang suruh buat solat sunat Taubat bila terasa diri dah terlampu leka dan jauh. Tapi aku nak buat macam mana sedangkan hati ni dah tak ada feel langsung. Mana pergi iman aku? Macam mana aku nak khusyuk dalam solat macam selalu? Macam mana aku nak mengaji kalau aku dah tak suka nak pegang Al Quran? Bantu lah aku. Bantu aku apa yang perlu aku buat. Aku taknak dengan takde feel tu jadi alasan untuk aku tak berubah. Aku mohon bantuan semua, apa yang perlu aku buat untuk aku berubah kembali.
Aku sayangkan Islam. Aku taknak masuk neraka. Aku tak nak mati dalam keadaan sia-sia. Aku cemburu dengan insan yang mati dalam keadaan yang nampak ke mana arah tuju dia selepas tinggalkan dunia. Contoh macam arwah Yahya Ali. Bomba yang meninggal dengan 5 lagi kawannya. Tersenyum, seronok sangat muka dia yang dah tak lagi melihat dunia. Entah apa yang arwah tengok sampaikan mukanya boleh tersenyum macamtu. Tengok orang-orang yang syahid di Palestin, pun tersenyum gembira mayat mereka. Untungnya. Meninggal dalam keadaan yang Allah redha.
Aku takut, kalau aku mati dalam keadaan Allah murka, dalam keadaan aku tengah buat maksiat, tengok benda pelik-pelik. Macam mana aku nak berubah ni? Bantu aku kawan-kawan… ㅠ.ㅠ
Macam mana nak berubah dan dapat feel tu balik?
– Sya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit