Hati Yang Terluka

Aku Ramlah seorang gadis yang dilahirkan dari keluarga orang susah.

Sejak dilahirkan aku telah diberikan oleh keluarga kandung dengan keluarga angkat. 

Aku tinggal dengan pasangan suami isteri yang 4 tahun berkahwin dan tidak mempunyai anak.

Tapi setelah usia aku 7 tahun mereka dikurniakan seorang anak lelaki.  Pada ketika itulah segalanya terus berubah.

Aku dulu yang ditatang bagai minyak yang penuh namun kini disingkirkan. 

Aku mula menyendiri takut untuk mendekati si adik iaitu anak mereka.

Jikalau ada yang salah pasti nya aku yang akan dituduh. Aku jadi takut nak bertanya apa-apa atau meminta minta seperti dulu. 

Apa-apa benda mestilah si adik yang didahulukan. Aku mula faham siapa lah aku di sisi mereka. 

Pada usia 10 tahun aku semakin lali dengan cara layanan yang diberikan. Hanya air mata penan setia.

Aku selalu memujuk hati sendiri. Aku selalu berkata pada hati. Bertabahlah wahai hati. Bila kau dah besar nanti semuanya akan berubah. Kau akan mempunyai kehidupan yang lebih baik. 

Masa terus berlalu akhir aku masuk sekolah menengah. Semua urusan beli barang isi borang aku buat sendiri.

Mama selalu beritahu jiran. Aku percaya Ramlah ni dia pandai nak urus semua nya sendiri. Biar dia berdikari supaya senang nanti. 

Si adik pula baru masuk darjah satu. Dari persiapan baju sehinggalh memasukan buku dalam beg mama yang uruskan.

Aku cuma mampu melihat tidak berani meluahkan apa-apa namun jauh di sudut hati aku berkata alahai alangkah bahagianya andai aku dapat layanan seperti itu. 

Balik sekolah kami akan sama-sama membuat kerja rumah satu hari si adik tak tahu menjawab soalan. Terus dia berkata. Tolong aku buatan ni dulu kau tahu kan.

Aku jawab sekejap lah aku belum siap menulis tugasan yang cikgu aku berikan. 

Lantas si adik terus menjerit. Mama tengok anak angkat ni buat tak tahu je adik mintak tolong.

Mama lantas bangun terus berkata tolong buat kerja adik dulu kemudian baru buat kerja kau. Jangan kau nak malas ingat sikit siapa kau.

Berderau darah aku sudah lah hari-hari aku di beri gelaran si anak angkat oleh adik ni pula mama yang mengeluarkan ayat membuatkan aku merasa dunia gelap seketika. 

Hari hari kelalui dengan penuh rasa hampa aku terkadang menyalahkan takdir.

Mengapa harus aku dilahirkan dan di berikan pada orang. Apa salah dan dosaku diperlaku begini. Salah aku jadi anak angkat. Tak layakkah aku mendapat layanan yang sewajarnya. 

Walaupun kisah duka ini sudah berlalu berpuluh-puluh tahun namun ianya sentiasa membelenggu hidupku.

Pesanan untuk semua seandai mengambil anak angkat tolong jangan bezakan dengan anak sendiri. Kerana kesan-kesan tohmahan ejekan akan terpahat dalam jiwa selamanya.

– Ramlah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya ada jiran dia amik dua anak angkat..Mereka ni beza ibu bapa bukan adik beradik kandung…Tapi mak ayah dia sayang diorag berdua…Nenek saya pernah kata dkt saya “jangan panggil anak jiran kita anak angkat”..kecil hati dia..Alhamdulillah mereka dah besar..

    Awk saya tahu awk kuat dan tabah…Pergilah jalan2 or healing mana2…Jangan ingat benda2 mcm tu…Kalau dia layan awk mcm tu..nnti masa diorg tua anak kandung dia layan mcm sampah..jadi awk kena prepare mental and fizikal okay.

  2. Saya setuju. Adik kena sabar, ini ujian. Adik jadi penurut sahaja demi masa depan adik. Study hard and smart, saya yakin Allah sentiasa disisi adik, jadi serahkan jiwa dan raga padaNya. Mengadu padaNya dan jgn lupa solat. I know this is easier said than done, tapi sometimes there’s no options to choose from. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan adik mendapat Jannah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *