Hati Yang Terluka

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Terima kasih admin sebab approve tulisan ini. Aku merupakan pembaca setia IIUM Confession sejak zaman belajar lagi. Aku tidak tahu di mana hendak diluahkan rasa ini.

Aku namakan diri aku Mawar. Aku berusia 32 tahun Masih bujang dan tinggal dengan kedua orang tua ku. Aku boleh dikatakan yang paling Berjaya dalam keluargaku. Gajiku boleh aku katakan hampir mencecah 5 angka.

Dalam keadaan hidup yang masih bujang, aku boleh dikatakan dalam kategori yang berjaya dalam adik beradikku. Mempunyai sebuah rumah di Selangor dan memiliki sebuah kereta, aku masih mewah dalam pebelanjaan bulanan aku. Tiap-tiap bulan keluar negeri, membawa ibubapaku bercuti.

Ibubapaku merupakan orang biasa-biasa. Ayahku merupakan penjawat awam yang telah berpencen. Ibuku tidak pernah bekerja sejak dia menamatkan pengajiannya 35 tahun yang lalu.

Aku anak kedua dari 4 beradik dan merupakan anak perempuan pertama dalam keluarga. Aku punya seorang abang dan 2 orang adik perempuan.

Walaupun aku mempunyai seorang abang, tapi aku rasa aku adalah anak sulung. Anak yang akan menjadi tempat rujukan ibubapanya.

Anak yang akan berlari dapatkan ibubapanya, jika ibubapanya dalam kesusahan. Anak yang membela Nasib ibu bapanya, saat ibu bapanya dihentam oleh orang luar. Anak yang akan menguruskan adik-adiknya.

Memandangkan abang adalah satu2 anak lelaki dalam keluarga, makanya ibubapaku sangat menyayanginya. Pada aku, terpulanglah kepada mereka jika mereka nak sayang mana-mana anak pun, Itu hati mereka. Siapalah aku untuk memaksa mereka menyayangi aku.

Sedari kecik, aku memang seorang anak yang sangat patuh dan taat kepada kedua ibubapaku. Aku sangat sayangkan mereka. Dari sesudah SPM, aku telah diatur jalan hidupku.

Asalnya, Aku memilih untuk menjadi seorang peguam kerana itu adalah impianku sejak kecil. Tapi memandangkan keputusan SPM ku cemerlang, ibu memaksa aku untuk menyambung pengajian dalam bidang kesihatan.

Di usia sekarang, hampir kesemua sahabat-sahabat aku telah berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Tapi aku? Mungkin ini ujian untuk aku. Aku punya segalanya atas muka bumi ini. Rumah, kereta, duit, apa saja aku nak, aku mampu beli. Ke mana saja aku mahu pergi, aku akan pergi.

Tapi satu je aku tiada, suami. Bukan aku tidak mahu berkahwin. Aku sangat ingin berkahwin. Lebih-lebih lagi melihat adikku sudah berkahwin. Aku juga Wanita yang punya fitrah. Fitrah ingin disayangi dan ingin menyayangi.

Sejak kecil, ibubapaku melarang kami bercinta semasa belajar. Sesudah aku menamatkan pengajian, aku telah berkenalan dengan beberapa orang lelaki. Ada yang baik. Ada yang tidak. Kukira semuanya berjumlah 6 orang dalam tempoh 8 tahun. Tapi setiap lelaki yang aku kenali, semuanya ditentang keras oleh ibuku.

Ye, kerana semuanya bukan berasal dari orang senang, bukan dari golongan amak yang berpengaruh, dan kononnya tidak setaraf dengan keluarga. Dan yang paling membuat aku sedih, bila dia kata, semua lelaki yang mendekati ku hanya inginkan duit dan kesenangan aku.

Konflik bermula Ketika mana aku berkenalan dengan seorang lelaki. Kunamakan dia B. B ini merupakan seorang duda anak tiga. Aku mengenalinya saat dia masih lagi suami orang. Aku bukan penyondol ye.

Di awal perkenalan kami, kami hanya berkawan. Sama macam aku berkawan dengan lelaki lain. Tapi saat itu, dia dalam proses penceraian. Aku yang memberi dia semangat untuk meneruskan hidup. Hubungan kami terputus beberapa bulan dek kerana kesibukan kerja aku.

Kami dipertemukan semula di hari lahirku, dimana dia mengucapkan selamat hari lahir padaku. Saat itu, aku baru memutuskan hubungan dengan seorang lelaki yang ditentang hebat oleh ibuku.

3 tahun yang lalu, Aku nyatakan Hasrat ku untuk berkahwin kepada ibubapaku. Bapaku tiada halangan. Setuju pun tidak, menghalang pun tidak. Itu pilihanku. Dia akur dan redha dengan siapa pilihanku. Tapi ibuku, hatinya sangat keras. Dia sangat menentang. Kali ini, alasannya adalah, duda anak tiga.

Aku mengerti, tak semua ibubapa rela anaknya menjadi ibu instant. Tapi ini adalah pilihanku. Aku yang memilih dan aku yang akan hidup bersamanya. Aku minta pengertian ibubapaku.

Selama 32 tahun ini, hidupku telah diatur oleh mereka, mengikut corak hidup mereka. Aku memberi peluang kepada mereka untuk memilih lelaki untukku sejak 8 tahun yang lalu. Semuanya ditolak oleh ibuku. Tapi kalinini aku berkeras.

Ayat yang paling melukakan hati aku, sehingga hari ini. Ayat tu seperti rakaman suara yang sentiasa bermain dalam minda dan telingaku

“Ibu lagi sanggup tengok kami tak kahwin sampai tua, dari kamu kahwin dengan lelaki itu atau mana-mana lelaki yang entah siapa-siapa keturunannya.”

Semestinya aku terdiam, sangat terluka. Air mata berjuraian. Kecewa? Ini adalah kecewaku yang teratas. Akhirnya, aku memilih untuk akur pada ibuku. Kerana B yang telah yakinkan aku.

“Restu ibu sangat penting. Kita tunggu dan terus doa agar hati ibu terbuka. Percayalah, Allah yang memegang hati manusia. Dia yang akan buka kan hati ibu agar menerima B”

“B taknak Ibu benci kita nanti. B taknak hubungan anak dan ibu terputus”

“Percaya lah pada kuasa Allah. Satu hari nanti, Ibu akan terbuka hati untuk menerima B’

“B akan tunggu walau bertahun lamanya. Walau sehingga usia kita mencecah 50 tahun. Atau walau ajal menjemput.”

Keyakinan yang B berikan menjadikan aku Wanita yang setia. Sehingga kini, hubungan kami masih baik. Perasaan sayang dan cinta semakin menebal. Aku tersepit.

Dalam usiaku 32 tahun, aku masih bujang. Aku inginkan suami dan zuriatku sendiri. Tapi apalah daya aku insan yang lemah dan sangat kasihkan ibubapaku. Pernah satu waktu, aku dikata oleh saudara mara depan ibubapaku. Semestinya aku malu.

“Mawar bila lagi? Anak aunt yang muda ni pun dah kahwin”

“Aunt bila lagi?

“Bila apa?”

“Bila nak mati?”

Terdiam saudaramara ku dengan mulut laserku. Aku membalas dengan nada sahaya kepada mereka. Lembut tapi tajam. Biar mereka tahu, aku tidak boleh dipijak-pijak.

Berbalik kepada kisah aku dengan B. Dalam tempoh 4 tahun perkenalan aku dengan B, aku telah diuji dengan kesakitan. I was at my lowest point of my life. Allah menguji aku dengan injury kepada tulang belakang dan lutut. Aku membuat pembedahan sehingga 2 kali.

2 kali itu, ibuku tiada denganku. Bila aku discharge, aku perlukan pertolongan untuk ke tandas dan sebagainya. Ibuku banyak menekan aku.

“Tengok bila sakit, Ibu yang uruskan kamu. Mana lelaki yang kamu sayang tu?”

“Ni jatuh ni sebab ingkar cakap Ibu”

Aku diam. Diam sediamnya. Tapi diam aku bererti aku memendam. Walhal terlalu banyak rahsia aku pendam dalam hati ini.

“Lelaki itu yang menjaga Mawar sepanjang 6 hari di hospital”

“lelaki tu yang bayar semua perbelanjaan Mawar di hospital”

“Lelaki itu yang membayar hutang-hutang rumah dan kereta mawar masa mawar dalam MC”

Tapi tu semua hanya dalam hati. Aku takmampu lafazkan. Kerana ibuku pernah berkata

“Ibu taknak dengar kamu sebut nama dia, cakap tentang dia”

“Langkah mayat ibu dulu”

Ada satu waktu, aku bertongkat kiri dan kanan. Aku mohon ihsan abangku dan adikku untuk menghantar aku ke hospital. Tapi mereka tidak mahu. Susah untuk cuti. Baru balik kerja dan sangat penat. Mengantuklah dan sebagainya.

Makanya, berlalu aku ke hospital untuk fisioterapi dan temujanji menaiki grab. Walhal, adik beradikku sibuk berbakti kepada sahabat-sahabatnya untuk menghantar kawan-kawan ke airport atau terminal.

Kecewa? Aku telah lama kecewa. Apa yang aku tahu, di saat keluargaku memerlukan bantuan aku, aku pasti ada. Jika aku kerja, aku akan memohon EL demi keluargaku. Aku akan bersusah payah untuk mereka. Sehingga terkadang aku juga letih. Tapi aku akan usahakan.

Tapi di saat aku susah, aku memerlukan bantuan mereka, mereka TIADA dengan aku. Aku sangat kecewa.

Even, dalam keadaan aku masih menaip confesion ini, air mataku tak berhenti berjuraian kerana hati ini terlalu terluka kerana keluargaku. Sering kita dengar, anak yang berbuat salah kepada ibubapanya. Anak yang menyakiti ibubapanya. Tapi pernah ke kita dengar anak yang terluka kerana ibubapanya? Anak yang terlalu kecewa dengan ibubapanya?

Cakaplah apa sahaja atas muka bumi ini, semua aku turuti. Beg tangan mewah? Gelang emas? Cincin emas? Semua telah kuberi.

Apa lagi yang kurang tentang khidmatku sebagai anak wahai ibuku, ayahku? Aku terlalu penat. Jiwa dan raga. Aku hanya memohon satu. Pengertian tentang hati ini. Hati yang terlalu terluka. Hati yang terlalu kecewa. Namun, apabila berdepan, aku takmampu meluahkan rasa sedih dan kecewaku.

Kerna tiap kali memandang wajah tua mereka, hati ini sayu, dan merasa ihsan terhadap ibubapaku yang telah membesarkan aku sehingga aku menjadi aku.

Tapi hati aku bagaimana? Bertahun kupendam rasa ini. Aku numbkan hati aku, kerana mengutamakan kebahagiaan ibubapaku. Aku numbkan hati ini demi membahagiakan adikberadikku. Depan mereka, aku gelak, aku ketawa.

Tapi aku sudah berhenti bercakap tentang aku, tentang hati aku. Tentang kegembiraanku, tentang kesedihanku, tentang stressku. Semua aku pendam. Kerana aku rasa aku sendiri di rumah itu. Aku dirumah itu hanya untuk menjaga orang tuaku. Mengabdikan diri ini untuk mereka sehingga nafas akhir.

At least, aku menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang Anak, Adik dan kakak kepada keluargaku. Padaku, selebihnya biarlah ALLAH yang menilai. Rasa luka dan kecewa ini biarlah. Masa akan mengubat hati ini.

Allah yang akan ubat hati ini. Allah la yang maha mengetahui. Setiap inchi luka hati aku. Setiap inci rasa kecewa dalam hati ini.

Sehingga ke hari ini, aku selalu berdoa supaya Allah melembutkan hati ibuku, membuka pintiu hati ayahku untuk menjadi waliku yang sebenar dan step up untuk menunaikan hak aku sebagai anak perempuannya.

Doakan supaya hati ini terubat. Supaya luka di hati ini sembuh. Mungkin aku adalah anak yang derhaka.

Tapi percayalah, aku sudah berusaha. Berusaha untuk mengutamakan ibubapaku. Memuliakan mereka. Dan mengunci mulutku saat mereka melukakan hati aku. Aku sudah berusaha. Dan aku akan terus berusaha untuk membahagiakan mereka. Doakan aku ye.

– MAWAR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Parent awak dh terlalu selesa semua awak sediakan, duduk plak dengan mereka, jd mgkin trpikir kalau awak kahwin hidup diorg jadi susah nak itu ini. Kalau kahwin suami gaji kecik takut pulak diorg x merasa lg duit awak. Adik beradik pn dh selesa semua awak settlekan so semua lepas tangan. Percayalah mereka juga manusia biasa yg kdgkala pentingkan diri sendiri tanpa pesulikan perasaan org lain. Apa kata awak sewa rumah lain dr mereka dan layan mereka seadanya, x perlu lagi terlebih2. Mgkin mereka akan sedar, itu pn kalau ada sedikit common sense. Absence makes the heart grows fonder katanya. You deserve your own happiness, even without her con sent. Especially if its mainly because of her selfishness.

  2. Puan, saya ada education, rupa ada, kerja pun ada (permanent), tempat tinggal pula menyewa. Slowly but surely saya sedang mula dari bawah dan sedang membina kehidupan kepada lebih stabil. Kalau Puan betul seek restu ibu, insyaAllah saya ada ciri2 yang Puan cari. tapi umur saya 27. Kalau Puan nak berkenalan dengan saya, bolehlah up lagi story dan post di confession ni untuk cara saya cari Puan (akan saya attach screenshot ni sebagai bukti saya yang karang ayat ni)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *