Assalamualaikum buat pembaca IIUM Confession. Ini kali pertama saya membuat confession di ruangan ini dan pertama kali juga saya membuat penulisan panjang untuk meluahkan segala perasaan saya. Selama ini segala rasa sakit hati saya hanya pendam sendiri tanpa menceritakan kepada sesiapa.
Sebelum itu saya meminta maaf andai penulisan ini berterabur sebab saya tidak punya bakat terpendam untuk mengarang ayat supaya dapat menghasilkan sebuah penulisan yang cantik dan dramatik. Cukuplah sekadar luahan saya dapat difahami oleh pembaca sekalian. Kisah ini sedikit panjang harap pembaca sekalian tidak boring dengan penulisan ini.
Kisahnya bermula bilamana saya mengenali seseorang pada pertengahan tahun lepas. Saya mengenali Azim dari sebuah laman sosial menerusi aplikasi ‘dating ’. Saya mendaftar masuk aplikasi dating dengan niat untuk mencari jodoh demi untuk menamatkan zaman bujang.
Pada suatu hari, saya mendapat sapaan dari seorang lelaki yang bernama Azim. Azim menyatakan hasrat mahu berkenalan dengan saya. Ketika itu kami hanya berhubung melalui aplikasi dating sahaja. Selepas itu kami berpindah chat pula melalui fb messenger.
Sehinggalah seminggu perkenalan kami, Azim beranikan diri untuk meminta nombor telefon saya. Dan ketika itu saya rasa saya sudah cukup selesa berkawan dengan dia, maka saya pun berikan nombor telefon saya untuk dihubungi.
Selepas pada itu, kami berhubungan pula melalui telefon dan hubungan kami semakin rapat. Dia kerap call dan whatsapp saya. Boleh dikatakan setiap hari, setiap masa dan setiap saat. Hati saya berbunga. Kami banyak bersembang pasal diri sendiri, pasal family dan pasal kerja.
Oh ya, lupa saya nak bagitau. Actually rumah kami dekat je. Lebih kurang jarak 5 km je dari rumah saya. Saya menyewa rumah bujang dan tinggal bersama kawan-kawan, manakala dia pula tinggal bersama dengan keluarganya. Azim memang asal orang bandar, dan saya cuma asal orang kampung (Kelantan) sahaja.
(*Nanti saya akan explain sebab kenapa saya perlu mention nama Kelantan dalam confession saya ini. Saya berharap tiada yang salah faham soal ini, dan berharap tidak timbul negetif komen terhadap masalah kenegerian ya.)
Selepas beberapa minggu usia perkenalan kami saya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan dia. Saya membuat keputusan ni demi kebaikan saya sebenarnya sebab saya tidak mahu jatuh cinta pada seseorang tanpa dia melihat diri saya dahulu. Saya takut jika dia tidak menerima saya tapi pada masa tu saya sudah jatuh sayang pada dia. Saya takut hati saya yang terluka.
Sebelum berjumpa dengan dia, saya pernah mention bahawa yang saya ni takde lah cantik mana pun. Dan respon dia, soal cantik adalah soal kedua, yang paling penting hati tu baik. Itu yang paling utama. And I was like hmmmm ok. Just wait and see.
Make the story short, selepas pertemuan itu, saya mendapat whatsapp dari Azim dan dia cakap dia ok. Maksudnya dia terima saya dan nak teruskan perhubungan kami ke arah yang lebih serius.
Ketika itu hati saya sangat-sangat berbunga. Saya dapat rasakan kebahagian itu milik saya sekarang. Saya dapat rasa bahawa Allah makbulkan doa saya dengan menghadirkan seorang lelaki yang cukup baik yang boleh menerima segala keburukan serta kelemahan saya. Saya sangat bersyukur Allah memakbulkan doa saya pada saat ini.
Kenapa saya cakap macam ni? Sebab sebelum ni saya juga pernah melalui satu fasa patah hati yang sangat teruk dengan cinta pertama. Hubungan yang tidak kesampaian. Disebabkan itu saya sangat bersyukur pada saat ini Allah telah menghadirkan Azim ke dalam hidup saya dan dia ikhlas terima saya seadanya.
Back to story, selepas pada itu bermulah hari-hari indah kami. Hubungan yang semakin lama semakin erat. Kami kerap keluar makan bersama dan tengok wayang bersama. Dari penilaian mata kasar saya, saya dapat merasakan dia seorang yang sangat baik, bertanggungjawab, caring, hormat orang tua, dan tidak merokok.
Boleh dikatakan dia memenuhi kriteria yang saya nak. Tapi sebab utama saya suka dia adalah dari cara layanan dia terhadap adik-adik dia, dan layanan dia terhadap kedua mak ayah dia. I was thinking, if he can treat his parents and his siblings very well so that’s mean dia mampu memberikan layanan yang baik juga kepada isteri dia nanti.
Hidup dia cuma kerja dan keluarga. Dia sangat jarang untuk menghabiskan masa keluar lepak bersama kawan-kawan. Azim cuma banyak menghabiskan masa dengan keluarganya sahaja. I feel like I am very lucky to have him in my life.
Setiap pagi saya akan dapat whatsapp “Assalamualaikum sayang. Selamat pagi” dari dia. Time kerja dia busy sangat jadi kami tak dapat chat lama. Tapi bagi saya cukuplah sekadar chat pendek begitu pun sudah buat saya bahagia. Saya bukan seorang yang nakkan perhatian 24 jam dari dia. Saya faham tugas kerja dia yang busy. Saya memahami kerjaya dia dan saya juga tidak pernah mengongkong hidup dia. Saya tidak kisah dia nak berkawan dengan sesiapa asalkan jangan curang.
Dalam beberapa bulan kemudian, pertama kalinya hubungan kami diuji dimana ex-girlfriend Azim (first love) datang mencarinya balik. Azim cakap maybe dia ada masalah dengan suami dia sebab itu perempuan tu datang mencari dia balik. Tapi Azim tak melayan sangat sebab dia tau perempuan tu masih berstatus isteri orang. Dia tak mahu menganggu rumahtangga orang.
Pada masa itu terdetik rasa cemburu dalam hati saya. Saya berteka-teki sendiri, bagaimana kalau betul time tu rumahtangga ex-girlfriend dia memang berantakan dan dia mahu Azim kembali semula pada dia ? Time tu aku rasa tergugat dan takut.
Aku cuba bertanya Azim dengan menyuarakan satu soalan kepadanya. “Andai kata ex-girlfriend awak sudah bercerai dengan suami dia, dan dia akan datang semula kepada awak, adakah awak akan terima dia semula dalam hidup awak?” dan jawapan dia : “Saya akan terima dia balik andai dia betul sudah bercerai dengan suami dia dan time tu kita masih lagi belum ada ikatan yang sah.”
Dari jawapan itu membuatkan hati aku hancur berkecai. Bermaksud selama ini aku bukanlah seorang yang sangat penting dalam hidup dia. Hati aku terlalu sebak. Selepas dari itu, aku tidak balas chat dia. Dan dia perasan masa tu aku sangat terasa hati dengan kata-kata dia, lalu dia cepat-cepat meminta maaf dan dia perbetulkan semula tanggapan dia agar tidak berlaku salah faham.
Dia cakap “Itu cuma andaian je. Tak mungkin dia akan bercerai dengan suami dia dan takkan mungkin untuk saya terima dia kembali ke dalam hidup saya setelah apa yang dia buat pada saya sebelum ini.” Aku hanya mampu bagi respond dingin sahaja terhadapnya. Aku stop berhubung dan berdiam diri dari dia beberapa hari untuk hilangkan rasa sakit hati aku ini. Bagi aku ini cara terbaik untuk aku tidak merumitkan keadaan sebab aku masih sayang pada dia.
Aku sakit aku pendam, aku marah juga aku pendam. Tidak pernah aku menunjukkan rasa marah pada dia sekalipun walaupun keadaan aku ketika itu sangat sakit. Aku menangis sendiri. Dalam tempoh masa beberapa hari aku nampak usaha dia yang bersungguh-sungguh untuk meminta maaf dan memujuk aku balik. Kali ni aku tewas, dan kemaafan diberi.
Selepas dari kejadian itu kami kembali bahagia. Bahkan makin erat dari sebelum ini. Pada masa itu aku rasa ada hikmah perkara itu terjadi. Ia cuma sebuah ujian untuk kuatkan lagi hubungan kami. Nampak dari cara dia yang bersungguh layan aku membuatkan aku tiada ragu terhadap dia.
Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah perumpamaan yang sesuai dengan situasi sekarang. Kebahagian yang kami kecapi tidak lama. Pada bulan November aku dah mula rasakan sesuatu yang tidak kena pada dia. Hubungan kami semakin lama rasa semakin jauh. Kami kurang whatsapp apatah lagi call langsung tidak.
Apabila aku tanya alasan kenapa then dia cakap dia busy. Kerja banyak kena siapkan dan dia stress. Dengan alasan dia tu aku bodoh percaya bulat-bulat. Demi sebuah cinta dan kesetiaan aku cuma mampu beritahu dia ‘takpelah awak. Focus pada kerja awak dahulu. Soal saya jangan risau, I’m OK ’. Walaupun keadaan hati pada masa itu sudah gelisah dan celaru. Kerana cinta saya pada dia yang terlalu besar, saya diamkan demi menjaga sebuah perhubungan.
Walaupun sudah jarang whatsapp, tapi hubungan kami masih lagi ok. Tidak bergaduh dan tidak pula bermasam muka. Sometimes ada juga kami keluar spent time bersama lepak kedai mamak, makan-makan dan tengok wayang bersama. Time tu aku masih takde perasaan curiga langsung pada dia. Time lepak-lepak kami terbuka topik serius pasal hubungan kami. Azim beritahu yang dia ada merancang untuk membawa saya berjumpa dengan keluarganya. Dan saya rasa excited sebab saya nampak kesungguhan dia untuk membawa hubungan ini kearah yang lebih serius.
Pada pertengahan bulan January, pada cuti raya Cina yang lepas, untuk pertama kalinya saya bertemu dengan ibunya. Ayahnya tidak dapat join sebab ada urusan yang perlu diselesaikan. Pertemuan kami dibuat di Mc Donald, bukan dirumahnya. Walaupun agak kekok dan berdebar tapi saya dapat mengawal situasi dengan baik. Yelaah kan pertama kali dalam hidup jumpa bakal mak mertua. Nervous dia lain macam. Hihihi.
Pertemuan kami diterima baik oleh ibunya, dan selepas pertemuan itu saya dapat respon positif. Azim beritahu bahawa ibunya berkenan dengan saya. Ibunya suruh saya panggil mak je. Tak payah panggil mak cik. Mak beritahu selepas ini dia nak jemput saya kerumah mereka untuk berjumpa dengan lebih formal, berjumpa ayah Azim dan adik-adik dia. Aku happy sangat. Allahu tidak terluah macam mana rasa.
Azim berbincang dengan ibunya dengan perancangan kami yang telah dirancang iaitu kami merancang untuk bertunang pada bulan 4 dan menikah pada penghujung tahun ini. Ibu dia menyambut baik perancangan kami but she advise untuk buat majlis pertunangan selepas raya since diaorang sangat busy.
What his mother say, kami follow sahaja. Mungkin itu yang terbaik untuk kami. Sebab soal pertunangan ini melibatkan dua buah keluarga ditambah pulak dengan masalah jarak yang jauh. Jadi memerlukan sedikit masa untuk membuat persediaan. But I am very grateful, aku seakan dapat merasakan hubungan kami telah bergerak selangkah kearah perkahwinan.
Keesokan hari Azim dan keluarganya pulang ke kampung mereka di Melaka kerana ada event family. Sebelum itu masa kami first jumpa mak pernah mempelawa saya pergi ke kampung bersama mereka tetapi saya menolak. Bagi saya tidak manis untuk perempuan yang masih belum ada ikatan untuk join aktiviti bersama keluarga besar mereka sedangkan saya masih lagi orang luar. Saya tolak pelawaan ibunya dengan baik.
Kisah hubungan kami diuji lagi sekali. Sebaik sahaja dia balik dari kampung. Hubungan kami semakin jauh. Chat yang sudah terlalu jarang apatah lagi call. Whatsapp dari aku dia mula ignored. Kadang tak baca atau kadang hanya bluethick tanpa respon. Naluri aku kuat mengatakan ada something yang dia hide dari aku. Walhal sebelum ini, walau sesibuk mana pun dia, dia akan cuba reply atau paling tidak, kalau tidak sempat untuk balas dia tidak akan bluethick kan whatsapp aku. Tapi kali ni tidak!
Apabila ditanya kenapa, jawapan yang diberikan sama. Dia cakap busy and kerja banyak. Walau aku tak dapat terima jawapan ini tapi aku diam. Aku tak mau keruhkan keadaan dan aku tak nak pergaduhan antara kami berlaku. Masalah ini aku pendam lagi, walau hati sudah mula terluka.
Hubungan sudah semakin terlalu jauh. Tiada lagi panggilan manja antara kami. Ibarat kami seperti orang asing. Walau macam mana pun, hubungan kami masih lagi carry on seperti biasa walaupun dalam keadaan awkward antara satu sama lain. Dalam tempoh ini tidak terkira berapa kali aku menangis sendiri.
Situasi awkward kami terbawa sehinggalah pada pertengahan bulan 2. Ketika ini hatiku dah tak mampu bertahan. Aku sakit ! aku sedih ! Aku up kan satu status di whatsapp yang hanya di setkan untuk dia sahaja. Aku tulis “I’m hurt”. Daripada status tu aku mendapat respon dari dia, dan dia tanya kenapa. Ada masalah apa-apa ke ? Tapi aku bluethick kan saje. Selepas itu dia call aku.
Pertama kali selepas dari masalah yang berlaku kami berbincang. Aku tanya kenapa dan apa masalah yang berlaku. Bagaimana dengan perhubungan kita sekarang yang semakin lama semakin jauh. Jawaannya still sama mengatakan dia busy dan dia tak mampu nak focus pada aku. Walhal naluri aku kuat mengatakan dia bukan busy dengan masalah kerja, cuma sekarang dia busy dengan orang lain. Bukan dengan aku !
Setelah banyak kali di desak, akhirnya dia buat pengakuan bahawa dia sudah ada pilihan lain, tapi dalam masa yang sama dia masih sayangkan aku. Kali ni hati aku benar-benar hancur. Ibarat sekarang hati aku ditikam bertubi-tubi dengan pisau. Betapa luluhnya hati aku dengar pengakuan dari dia. Aku Sakit Azim! Sungguh sakit atas kau apa yang kau buat pada aku!
Aku tanya dia, Kenapa sekarang? Kenapa perlu bina hubungan lain di belakang saya sedangkan kita sudah lama bersama? Apa kekurangan saya? Apa salah saya ? kenapa beri sejuta harapan pada saya? Dia hanya mampu meminta maaf pada saya. Dia akui kesilapan dia. Dia yang bersalah dalam hal ini. Aku suruh dia membuat pilihan adakah pilihannya aku atau perempuan tu? Dan dia mintak tempoh masa untuk buat keputusan. Aku tau pilihan dia sekarang cuma perempuan itu, bukan aku!
Dia meminta maaf dan dia cakap bahawa dia masih sayang aku dan tak rela kehilangan aku dalam masa yang sama dia juga sayang perempuan tu. Dia banyak kali cakap aku seorang yang sangat baik, aku ada ciri-ciri perempuan yang dia nak.
Aku sangat menyampah dengan jawapan dia. Jika aku punyai ciri-ciri yang dia impikan kenapa masih perlu mencari orang lain lagi ? Tidak bersyukurkah kau dengan apa yang kau ada sekarang. Sungguh senang untuk kau mempermainkan hati seorang perempuan. Aku tak faham dengan sifat lelaki macam ni.
Aku dapat baca dari cara dia sekarang bahawa aku lagi pilihannya tapi aku masih lagi berikan dia tempoh untuknya buat keputusan. Selepas dari itu aku terus tamatkan perbualan. Ketika ini sungguh demi Allah aku terluka teruk. Emosi aku merosot. Tak boleh nak describe bagaimana rasanya sakit hati tu bila dipermainkan.
Aku duduk di dalam bilik air di bawah paip hujan pada pukul 3 pagi sambil menangis semahunya. Aku biarkan air paip tu turun bersama dengan deraian air mataku. Aku tak hiraukan kesejukan yang mengigit sekarang yang penting aku nak menangis semahunya dan lepaskan segala apa yang aku rasa sekarang.
Aku mempersoalkan kepada Tuhan. Kenapa kali ini aku diuji seperti ini lagi? Kenapa aku, bukan orang lain? Kenapa Kau hadirkan seseorang dalam hidup aku hanya sekadar untuk menyakiti perasaan aku lagi? Kenapa, kenapa dan kenapa? Saat ini aku menyalahkan takdir Tuhan. Kenapa Allah bersikap kejam terhadap aku. Adakah aku tak layak untuk mengecapi sebuah kebahagiaan.
Emosi aku drop. Time itu syaitan mulakan godaan dia di saat aku lemah. Aku seakan terdengar bisikan jahat suruh aku bunuh diri, minum peluntur yang ada dalam bilik air tu. Alhamdulillah iman aku masih kuat. Aku masih lagi boleh buat pertimbangan baik dan buruk. Tapi aku tak tahu sejauh mana aku mampu bertahan sekarang.
Aku mengambil keputusan untuk cuti tanpa gaji selama 2 minggu. Aku text boss aku dan explain keadaan aku. Aku tak kisah pada saat ini dia nak pecat aku tau tak. Aku dah tak kisah. Sekarang ni yang penting aku fikir soal diri aku, aku takut aku tak mampu untuk mengawal emosi aku dan terdorong untuk buat perkara yang bukan-bukan. Sekarang ini hanya family sahaja tempat aku bergantung.
Dalam tempoh aku berada di kampung, aku dapat text dari Azim. Kami bincang sebagai ikhtiar terakhir andai hubungan kami masih lagi boleh diteruskan atau tak. Saat ini aku dah mampu bertenang walaupun hati masih lagi sakit. Aku Tanya kenapa dia perlu buat aku macam ni ?
Azim mintak maaf sebab dia dah buat macam ni terhadap aku sekarang. Dia cakap dia kalah pada godaan perempuan itu. Aku seorang yang baik sangat, tak pernah buat salah ape-ape terhadap dia. Cuma dia yang bersalah sebab dah mungkiri janji dia terhadap aku. Aku tanya atas sebab apa dia cari orang lain, dan apa kekurangan aku. Adakah aku tidak cukup cantik pada pandangan dia?
Alasan yang dia berikan sebab pertama aku nak sambung belajar. Dia tak dapat terima. Andai kahwin nanti kami terpaksa berjauhan buat sementara waktu, dan sebab kedua sebab dia tidak berapa ngam dengan orang Kelantan.
Aku macam, kau tengah buat lawak ape sekarang ni Azim. Segala alasan yang kau berikan semua tak masuk akal. Padahal pada mula-mula perkenalan dulu aku pernah persoalkan tentang ni pada kau and kau cakap okey. Bukan masalah besar untuk kau. But now ?
Aku ingat lagi conversation antara aku dengan dia soal ini. “Awak okay ke berkawan dengan orang Kelantan ni. Kan nanti tetiba saya jadi mangsa ‘Awak terlalu Kelantan untuk saya pula’. Time tu dia gelak je. And dia cakap dia okay je dengan orang Kelantan. Dan kawan-kawan office dia pun ramai orang Kelantan. Dia takde masalah dengan soal kenegerian.
So aku okay laa bila dia cakap macam ni sebab aku tak nak masalah ni timbul di kemudian hari. Tapi tak sangka akhirnya aku jugak menjadi salah sorang mangsa isu kenegerian ni. Dan kedua, di awal perhubungan aku kami pernah berbicang soal perancangan aku untuk sambung belajar. Aku pernah cakap ini last option aku andai aku masih tak dapat offer kerja dari mana-mana company sekarang.
Yes aku job seeker dari 2 tahun lepas lagi. Aku dah banyak submit resume dan apply dekat mana-mana company but yet still don’t have any hope or chance. Aku tak berputus asa.
Company yang aku kerja sekarang tidak stabil, salah satu punca aku tak mampu nak teruskan kerja di situ sebab soal gaji lambat bayar. Tapi nak tak nak masih perlu berkerja dan bertahan di situ sebelum dapat offer kerja lain. Aku tak boleh menganggur. Disebabkan itu lah aku buat keputusan untuk sambung belajar semula andai aku tak de rezeki untuk tukar kerja. Last option !
Back to the story, dia cakap dia okay. Kita tengok keadaan macam mana. InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan kita berdua. Tapi at last dua isu ni pulak yang berbangkit sebagai alasan dia tak mampu untuk memilih aku. Aku terima takdir Allah yang dah ditetapkan pada aku sekarang.
Tapi time ini hatiku sakit semula bahkan makin sakit. Walaupun hanya mulut sekadar cakap terima takdir yang ditetapkan tapi hati tidak. Aku berdoa bersungguh-sungguh pada Allah semoga kami masih lagi ada harapan untuk bersama, dan bolak-balikkan perasaan Azim sekarang agar dia boleh kembali pada aku semula. Hati manusia itu Allah yang pegang. Kita berdoa dan teruskan berdoa.
Pada suatu hari terdetik untuk aku mencari siapa perempuan itu. Aku nak kenal dengan dia. Dalam keadaan clueless sebab Azim tak pernah becerita langsung pasal girlfriend baru dia, Allah bagi aku petunjuk. Aku teliti semua friend facebook Azim. Time ni aku masih tak punya jawapan dan clue. Takde satu pun komen atau tanda like Azim pada mana-mana status perempuan yang boleh diragukan.
Iyer mungkin sebab some of them yang setkan status hanya pada friends sahaja so sebab tu pecarian aku terhad dan buntu. Aku masih tak berputus asa, aku teruskan siasat sehinggakan aku terjumpa satu post Azim wish birthday pada perempuan itu. Kali ni aku syak memang ni girlfriend baru Azim sekarang. Nama dia Zira.
Aku beranikan diri untuk pm direct Zira. Aku perkenalkan diri aku and straight to the point aku tanya dia sama ada dia kenal atau tak dengan Azim. And dia cakap dia kenal. Alhamdulillah aku dapat respon positif dari dia. Kami berbicang soal Azim.
Make the story short diaorang memang tengah berhubungan sekarang. Tapi aku tahu Zira menjadi mangsa keadaan juga. Sebelum ni dia tidak tahu langsung bahawa Azim dah ada orang lain. Dia ingat Azim single. Korek punya korek cerita, Azim memang cakap pada Zira bahawa dia single. Dia takde someone special. Time ni hati aku dirobek lagi. Betapa cepat dia lupakan aku dan seolah-olah aku tak pernah wujud di dalam hidup dia. Allahu, sedih tak terkata!
Aku bukak bercerita soal kami pada Zira. Bagaimana kami berjumpa, bagaimana perhubungan kami dan perancangan masa depan kami untuk bertunang dan bernikah. Yess, dia terkejut. Dia langsung tak tahu soal ni. Banyak yang Azim hide atau erti kata lain dia banyak menipu soal aku dari Zira.
Aku Tanya Zira bagaimana perasaan dia terhadap Azim sekarang and dia cakap, tipulah kalau takde perasaan sayang tu. Tapi tidak sepenuhnya lagi sayang since diaorang pun baru kenal sebenarnya. Selepas tu aku bagi cadangan untuk aturkan pertemuan kami bertiga tanpa dia ketahui. Saya juga suruh Zira rahsiakan soal discussion kiteorang dari pengetahuan Azim.
Rabu malam saya pulang semula ke KL. Perancangan untuk pertemuan kami diaturkan pada Jumaat malam. Aku pulang awal ke KL kerana aku dapat tawaran interview dari salah satu company antarabangsa di ibu kota. Alhamdulillah rezeki takkan salah alamat. Hikmah Allah ambik sesuatu yang paling aku sayang dan gantikan dengan sesuatu yang lagi baik. Baiknya Allah.
Sampailah kepada perancangan yang telah kami aturkan. Sedang dia sedang makan berdua dengan Zira aku menghampiri meja mereka berdua. Tanpa dipelawa aku terus duduk semeja dengan mereka. Reaksi Azim time tu gelabah dan terkejut. Dia terkejut macam mana aku boleh berada di situ, dan bagaimana aku boleh kenal dengan Zira.
Aku cakap tak perlu tahu soal itu, tak penting. Sekarang ini saya nak explanation dari mulut awak sendiri since selepas dari kita putus hari tu hanya melalui telefon sahaja. Jadi saya nak penjelesan dari awak. Aku tahu walaupun aku buat senekad ini Azim takkan balik pada aku dah. Tapi sekurangnya aku hilang dia dengan bermaruah. Mampu bongkar segala kejahatan dan tindakan khianat dia pada aku. Sekurangnya Zira tahu perangai Azim macam mana.
Selama hampir setahun aku bersama dia aku sudah masak dengan perangai dia. So, sekarang terpulang pada dia sama ada nak teruskan untuk bersama dengan Azim atau tidak. Zira baik orangya, dan bagi aku dia layak untuk mendapat orang yang lagi baik dari Azim.
Time tu Azim tanya saya. ‘Saya nak apa lagi dari dia ? Bukankah saya dah cakap kita memang dah takde apa-apa.’ Aku balas, ‘semudah itu Azim awak buat saya macam ini. Kenapa perlu membina perhubungan lain dibelakang saya di saat kita masih lagi berhubungan?’ Hati aku sebak tapi aku tahankan air mata aku dari jatuh di depan dia.
‘Saya Cuma nak penjelasan dari awak. Kenapa awak perlu datang ke dalam hidup saya dengan memberikan sejuta harapan pada saya and at last awk tinggal saya demi orang lain? Saya tak dapat terima apa yang awak buat pada saya, dan saya tak mampu nak maafkan awak sampai bila-bila.’ Dia cuma terdiam tak bersuara. Tak memberi respon apa-apa. Cuma aku mendengar sebuah keluhan saje dari mulut saya.
Aku dah tak mampu nak tahan air mata aku lagi. Ikutkan banyak lagi yang aku nak bincang and nak dengar dari mulut dia. Tapi aku tak mampu kawal emosi aku. Aku cepat-cepat mintak diri dan aku minta maaf pada Zira sebab dah susahkan dia dan ucap terima kasih sebab sudi pick aku di stesen MRT tadi.
Aku sanggup datang dari jauh semata-mata untuk berjumpa dengan Azim. Senekad itu aku mampu buat sebagai ikhtiar terakhir aku andai dia ingin balik kepada aku semula. Tapi semuanya sia-sia sebab dia nekad untuk buang aku dari hidup dia. Aku terus blah dari mereka. Air mata dah tak tertahan. Akhirnya tumpah jua.
Aku tau Azim follow aku dari belakang. Tapi aku cepat-cepat masuk ke dalam grab dan terus pergi ke stesen MRT untuk balik. Aku menangis semahunya di dalam kereta. Abang grab tanya aku ok ke tak. Aku cakap Ok don’t worry. Walhal aku masih lagi menangis.
Allahu beratnya ujian aku. Kenapa aku perlu melaluinya sekali lagi. Kali ni lagi sakit dari sebelumnya. Ibarat sekarang hati aku dirobek dan ditikam bertubi-tubi. Sakitnya Ya Allah. Kali ni hati aku benar-benar hancur atas apa yang dia buat pada aku. Aku tak mampu nak hadap perkara ni lagi. Aku tak mampu nak bukak hati pada sesiapa lagi sebab aku takut dikecewakan lagi. Cukup lah ini last untuk aku.
Selepas dari pertemuan itu Zira text aku dia cakap semoga aku jumpa jodoh yang lebih baik lagi. Dia doakan aku supaya kuat dan tabah. Aku reply aku cakap aku tak mampu nak maafkan Azim selepas apa yang dia buat pada aku.
And she reply, ‘saya juga pernah rasa apa yang awak rasa sekarang. Nak tak nak kita kena hadap dan teruskan life kita seperti biasa walaupun pahit. Dia berharap saya tak menyimpan apa-apa dendam. Cuba belajar untuk memaafkan walaupun saya tahu memaafkan itu bukan perkara yang mudah.’ Aku hanya mampu membaca tanpa memberi respon untuk chat dia.
Maaf Zira, saya terima baik nasihat awak . Tapi untuk sekarang ini saya tak mampu dan saya tak kuat untuk ungkapkan kata maaf untuk dia. Saat ini saya menanggung sakitnya. Andai lah awak tau keadaan saya saat ni macam mna baru awak akan faham situasi saya.
Aku down! Aku stress! Aku depressed! I lost my apetite. Perut aku menolak untuk terima makanan. aku loss weight 5 kilo dalam masa 2 minggu. Dah la berat sebelumnya pun BMI aku underweight. Cuba bayangkan selepas pada tu aku loss weight pulak sebanyak 5 kilo.
Sekarang ni aku dapat rasa tubuh aku sekarang kehilangan nutrisi dan badan aku mengigil. Bukan aku nak seksa diri tapi automatic benda ni berlaku. Aku cuba paksa makan. Aku makan sikit saje. Makan dua mulut rasa perut dah kenyang dan aku mampu tahan tanpa makan dalam sehari setengah. I don’t know what happen to me right now.
Aku buntu sekarang apa yang perlu aku buat. Aku rasa dalam situasi drama ni aku lah actor yang paling jahat sebab sudah merosakkan hubungan orang lain. Dan perlu ke untuk aku memberi kemaafan pada dia? Aku buntu!
– Insan yang terluka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit