(https://iiumc.com/hati-suamiku-masih-pada-isteri-orang/)
Baru selesai aku membaca kisah di atas… teringat akan diriku sendiri. Ya Allah, bantulah kami hamba-Mu ini.
Aku kenalkan diriku E. Bertahun-tahun aku mencari cinta, akhirnya aku bertemu N di sebuah tempat yang tersangat istimewa. Tempat yang terlalu suci lagi menyucikan hati yang penuh dengan debu dosa.
Kami bersama mencari keredhaan-Nya. Ketika itulah kami kenal erti “tiada yang milik kita”. Dia ingin bersamaku walau aku tidak melihat kesungguhannya.
Aku sering kali terluka dan cuba mengundur diri. Di setiap kali aku cuba pergi, dia pasti akan kembali. Aku berdoa dan terus berdoa agar Allah bukakan hatinya untukku.
Dipendekkan cerita, setelah dua tahun aku bertemu Z. Aku gunakan Z untuk melupakan N. Kami menikah tidak lama kemudian. Z sangat baik denganku. Aku mula terima Z atas “perancangan Allah adalah yang terbaik untukku”.
Sesungguhnya N tidak pernah lepas dari hati dan fikiranku walau bagaimana aku cuba keluarkan dia dari akalku. Di setiap sujudku, itulah kenangan aku bersama N jadi terlalu sukar untukku melupakannya.
Empat tahun dalam perkahwinan aku, rumahtangga aku mula bergolak. Akan tetapi, kebaikan dan pengorbanan Z membuat aku teruskan hidup berumahtangga. Tiba di suatu saat ketika pergaduhan adalah makanan harian kami, entah dari mana N muncul semula, membongkar rahsia hati.
Agak terkilan mengapa setelah sekian lama baru N berterus terang. Agak terlambat. Tetapi dari pertemuan di alam maya itu, kami berhubung. Berhubung demi meneruskan kehidupan kami masing-masing. Dia beristeri dan aku bersuami.
N banyak memberi aku nasihat dan membuatkan aku terus bersabar. Aku tidak lupa akan kebaikan dan pengorbanan Z, tetapi aku selesa ketika ada N. Dan kebanyakannya kami bersembang tentang Z kerana aku tidak mahu aku atau N lupa aku masih bersuami.
Kami seperti sahabat yang sentiasa ada untuk mengingatkan ketika kami lupa pada Yang Esa. Hubungan aku dengan Z semakin pulih. N berundur diri.
Setahun kemudian, N muncul kembali. Ketika itu aku sudah stabil dengan pendirianku. Aku juga sering kali mengingatkan N:
“Aku tidak akan sesekali gantikan Z kepada N, dan jika jodohku bersama Z tidak panjang, aku juga tidak akan kembali kepada N kerana aku yakin N tidak akan boleh menerima aku atau syak wasangka anak-anakku seperti Z. N semestinya baik, tapi tidak akan pernah sama dengan Z.”
Aku cuba jauhkan diri dari N bukan kerana aku benci, tapi aku tidak mahu melukai hati Z dan aku juga tidak mahu meruntuhkan rumahtangga aku sendiri.
Adakah aku rindukan N? Ya, aku selalu ingat dan rindukan dia. Aku hanya mampu kirimkan doa dan airmataku untuknya setiap kali hatiku ingin menghubunginya.
Sehingga kini, aku masih berdoa agar Allah hilangkan N dari hatiku kerana sudah terlalu lama menghuni hati yang semestinya dibahagikan penuh kepada suamiku.
Tapi cara apa lagi boleh aku lupakan N sedangkan kenangan terindah kami adalah sujud kepada Allah? Setiap kali aku sujud, setiap kali aku berdoa, setiap kali itulah aku akan ingat pada N.
Masihkah aku bersalah kerana menduakan hatiku ini?
– Yang Bersalah, E. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Geli la baca. Sempat ea pikir pasal orang lain selain suami dan anak2.
Kita selalunya mencintai sesuatu yang bukan kita miliki, hakikatnya bila kita dah dapat belum tentu sesuai dengan diri kita.. Banyak kan mengingati mati supaya kita tidak alpa dengan tipu saya dunia
Euwww get a life sis. Mende kau ni fikir pasal suami orang. Settle masalah kau tu bina balik trust dengan suami bukan duk khayal fantasi ngan laki orang. Kenot brain la ngan orang camni. Otak rosak gamaknya
1 je nk ckp. dah bersuami buat apa pikir and contact laki lain. bodoh namanya
Baik ko p berubat la sis.Takut ada jin pengasih menempel kat ko smpai angau mcm ni.
Berdosa tau dah ada suami tp ada hati dgn kekasih lama.Ko yg buka ruang diri sendiri utk ke arah mencurang.Dah tau diri tu dah kawen knp nak berhubung lg N tu?Jgn ckp Allah yg beri rs cinta..itu semua dtg dari HAWA NAFSU sendiri
Kita ada akal waras sis..bezakan yg mana haram vs halal.Jgn ikut perasaan.Kalau lama2 lg melayan N x mustahil ko akan cerai dgn laki ko.Bahaya sebab x jaga batasan .
Maaf sis sy hanya mampu nasihat.Jgn smpai yg dikejar x dpt yg dikendong berciciran.Setan ni akan selalu memperindahkan lelaki bkn muhrim lain nmpk lbh elok di mata si isteri.Itu smua jarum utk rosakkan diri dan jiwa.
Jgn lagi contact dgn N.Block semua no dia..fb dia ke apa.Jgn gali lubang kubur sendiri