Haunted Homestay

Assalamualaikum semua. Ramai marah kat aku sebab cerita tak habis, (https://iiumc.com/benda-aneh-dari-rumah-uwan/)

Sebenarnya cerita tu takat itu je. Aku tengah ikhtiar cari jalan nak keluarkan “benda” tu dari rumah uwan sebab ayah rancang nak bina rumah depan kawasan rumah uwan tu nanti. Maaf tau.

Disclaimer: Aku bukan confessor cerita Housemate Creepy.

Kisah2 ini benar, bukan rekaan atau cedokan dari mana2.

*Kisah Homestay haunted

Masa tu aku terdesak nak cari homestay sebab aku nak konvo lagi beberapa bulan. Malangnya, Banyak homestay berdekatan uni aku dah dicop orang.

Family aku pulak berasal jauh di utara, uni aku ni selatan tanah air. Nak tak nak aku usaha google dan search di FB siang malam.

Dipendekkan cerita aku jumpa satu iklan homestay terdekat. Jarak 40 minit dari uni aku, sebuah condo. Aku pm owner dan owner minta deposit duit untuk booking 2hari 1malam dan selesai transfer aku pun lega.

Tibalah hari kami bertolak dari kampung ke selatan. Kami pun sampai dekat magrib. Tapi peliknya owner bagi nombor seorang perempuan untuk call kalau dah sampai. Aku pun sangka baik ingat tu bini dia.

Kami tiba jam 7.30 malam disambut akak tu yang rupanya jiran sebelah merangkap penjaga amanah rumah. Lohh. Owner rupanya tinggal di Terengganu dan memang dah lama tak datang situ.

Rumah tu ada 1 bilik single, 1 bilik double dan satu master bedroom iaitu bilik yang paling besar dan ada cermin di almari. Master bedroom ni, kalau tidur mengiring ke kanan, memang cermin tu ngam2 nampak muka sendiri.

Selepas masuk rumah, kami kemas apa patut dan bersiap untuk makan dan solat. Aku pulak lepas isyak kena keluar dengan abang ngah untuk ambik jubah konvo dari kawan aku.

So lelaki cuma tinggal ayah aku je. Ayah aku dah tua. Dia banyak berehat je. Strong man family kena keluar masa tu. Haha.

Masa inilah kejadian aneh mula terjadi……….

Semasa aku keluar tinggalkan homestay, banyak kejadian pelik menimpa keluarga aku. Terutama pada ahli keluarga perempuan aku. Rasa menyesal pun ada tapi kita pun tak tau benda nak jadi macam tu.

Selepas aku balik ke homestay, adik perempuan aku datang kat aku cepat2 bagitau, “waktu abang keluar tadi, paip air dalam toilet macam orang bukak. Lepastu Bunyi macam orang tengah mandi.” Glups. Bior betul.

Adik aku ni kira rapat dengan aku, so dia memang akan cerita seketoi-ketoi apa yang dia kena.

“Abang tau tak, tadi masa adik dengan mak baring kat masterbedroom, kami rasa macam ada orang kat belakang tirai. Rasa macam orang tengok2”

Masa adik aku cerita, aku perasan yang mak aku dah tido kat lantai ruang tamu. Kakak aku pun. Ayah aku di bilik double dan master bedroom takda siapa berani tidur.

Tapi aku rasa macam tak percaya. So aku buat macam biasa. Masuk master bedroom ambik tilam.. pastu lari cepat2 hahahaha.. aku pun tetiba rasa tak selamat lah dalam bilik tu.. aku lagi rela tidur atas lantai depan pintu rumah malam ni.

Lepas adik aku cerita, baru aku perasan yang rumah tu macam suram.. gelap.. tambah2 master bedroom.

Melihatkan master bedroom kosong. Siap beraircond lagi. Dan tak tahu kisah yang tengah terjadi. Abang ngah aku yang mamai dan penat drive terus masuk bilik tu, terus baring… berdengkur.. wah senang betoi dia lena.

Pagi esoknya kami bangun, berkemas keluar dan selesaikan urusan konvo. Tiada apa2 komen tentang kejadian dalam rumah. Maybe sebab kami masih dalam rumah ni, so kami elak nak borak pasal tu. Fokus konvo dan happy2 je.

Setibanya di kampung, semua buka kisah pengalaman masing-masing. Rupa-rupanya, yang teruk dikacau ialah abang ngah dan ibu. Adoiii.

“Malam tadi masa abang tido abang terjaga 3,4 pagi, abang rasa macam ada orang tengah berdiri hujung kaki. Abang ingat hang (kamu) mai depan katil abang. Tapi bila abang bukak mata tak nampak apa pulak.”

“Abang mamai kut” aku nyampuk.

“Takkk, abang sedar. Abang tak berani ngiring belah kanan sebab takut cermin almari tunjuk ada benda lain kat belakang abang pulak.”

Macam aku bagitahu story sebelum ni, abang aku ni antara jiwa kental. Dia degil takn ak blah dari katil.. yelah sebab dah bayor.. rugi tak tidur.. haishh boleh pulak camtu..kalau aku dah lama cabut.

Last2, malas nak dipendam gamaknya, abang aku bagitau penuh kejadian semasa 3,4 pagi dalam master bedroom tu.

Dia terjaga sebab rasa ada orang berdiri depan katil, dia ingat aku atau adik aku datang kat dia,

Tapi apabila dia buka mata, dia tak nampa apa-apa cuma dia rasa kehadiran sesuatu dan masih rasa ada benda tengah berdiri depan dia.

Tapi……

Bila dia pejam mata, ahhh mulalah..

Dia nampak benda tu menyerupa kain putih yang berdiri sampai bawah, rambutnya panjang sampai ke bawah.. kaki tak nampak dan tengah tenung abang aku. Bila abang aku nak ngiring ke kiri nak alih fokus.

Benda tu mula nak merangkak naik atas katil… wat de fish…. nak tidur sekali ke apa? Aduhh.

Lepastu abang ngah aku cepat bangun. Dan dia tak cukup tidur malam tu.

Sebelum keluar dari homestay pagi tu, aku sempat ambik satu gambar dalam bilik double dan adik aku pun satu gambar bilik master bedroom homestay tu. Yaaa baru perasan.. rumah tu walaupun hiasan dalaman cantik, tapi ada aura seram yang tak dapat digambarkan.

Masa kami serah kunci, akak jiran tu bagitahu tengahari nanti ada customer lain satu family nak check-in.

Kami satu family masa tu senyum sesama sendiri dan tak cakap banyak. Harap keluarga selepas kami tu bahagia lah menikmati kenangan indah. Hahaha.

Itulah rumah kalau tinggal lama tak berpenghuni, tak ada alunan alQuran dan zikir..samalah seperti sebuah kuburan.

Rezeki masing2 tak sama, mungkin ada dapat homestay ok dan ada yang memberikan pengalaman ngeri.

– Jay (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *