Hai, nama aku Ina (samaran). Aku seorang pelajar SMK. Aku dibesarkan dalam kehidupan yang agak mewah, tapi aku dahagakan kasih sayang seorang ayah.
Waktu aku kecil, aku tahu ayah sayang aku, tapi bila aku meningkat dewasa, aku mula nampak yang ayah kurang sikit dekatkan diri dia dengan aku.
Apabila aku meningkat remaja, keluargaku berpindah akibat perselisihan faham.
FYI, mak aku berniaga, jadi selepas kami pindah, aku tolong mak aku berniaga di kawasan sini.
Nak dijadikan cerita, aku berkenalan dengan seorang lelaki, H (samaran). Pada awalnya, aku kenal dia macam tu sahaja, tapi bila lama-lama, aku pula yang mula bernafsu.
Di sinilah bermula titik hancur hidup aku. Ada satu malam ni, aku mengadu aku lapar. Dia pun datanglah bawakan maggi. Masa tu dah tengah malam, hampir pagi.
Aku ingatkan nak datang ambil maggi je, tapi lain pula jadinya. Aku duduk sambil borak-borak, sambil leka dan tak sedar jam dah nak dekat Subuh. Tapi aku buat tak endah je, aku pun sambung borak.
Pendekkan cerita, benda tu melarat apabila tangan aku yang mulakan segalanya. Aku mengajaknya untuk buat perkara ehem. Lepas ‘selesai’, aku pun balik macam biasa.
Lama-lama, aku rasa aku dah lost control. Aku kerap tidur dengan dia, bawa dia balik ke rumah semata-mata untuk lepaskan nafsu sahaja.
Masa ni H buat perangai, jadi kami berpisah. Lepas tu, aku tak tahu mana dia menghilang.
Aku pun mula jadi perempuan ‘murah’ yang senang diangkut. Aku senang sangat percaya orang, dan aku buat semua tu sebab nak perhatian, nak puaskan nafsu dan nakkan belaian manja.
Akhir sekali, aku rasa diri aku ni jijik, keji, hina, dan macam-macam lagi.
Pesanan aku satu je untuk remaja wanita di luar sana: jangan pernah jadikan “hauskan kasih sayang” sebagai satu alasan untuk jadi perempuan yang tiada maruah.
Aku sedar dan akui aku bodoh, tapi aku tak boleh buat apa-apa, semuanya dah terlambat. Akhirnya, aku menyesal sendiri.
– Inaa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Biasanya keluarga jns broken mcm ayah x beri perhatian atau mak suka marah2 yg buat anak2 gadis atau wanita cr cinta di luar smpai sggup serah body
Bertaubat dan menyesal la dik.Belum terlambat selagi belom nazak ni.
Psl ketagihan nak belaian tu sebab kamu muda lg hormon tgh bergelora..kamu kena igt kalau kena sakit hiv atau kelamin mana kamu nak bawa hidup kamu?
Cuba g cek status hiv di klinik
GELAP MASA DEPAN KALAU ADA.JGM FIKIR NAK FUN AJE.doa la minta Allah jauhkan kamu drp dosa
Belom terlewat kamu nak berubah.Istigfarlah mohon ampun